Amir Mirza

Latar Belakang

Muhammad Amir Mirza Md Yazid, Seremban, Negeri Sembilan. Seorang Student Perguruan dan sedang menyambung pengajian di bandaraya Kuala Lumpur. Romeo kota berusia awal 20-an.

 

Kenal Emas

Bermula sebagai penyimpan emas pada tahun 2020 selepas bertemu Introducer, Upline Master Dealer En Abdur Rahman dan membuka akaun Emas GAP Public Gold. Demi masa depan yang lebih terjamin, saya mula tekad menukarkan sebahagian pendapatan kepada simpanan emas setiap bulan sikit demi sikit. Matlamat simpanan emas adalah sebagai “Simpanan Untuk Memulakan Kehidupan” setelah tamat pengajian nanti. Alhamdulillah, hasil konsisten menyimpan, simpanan saya pada 2022 semakin kukuh. Membuatkan saya lebih yakin dengan kedudukan kewangan walaupun masih bergelar seorang Student.

Membina Pendapatan Pasif Demi Masa Depan

Sebagai anak muda yang sedang mencorak masa depan, saya tersedar kepentingan kedudukan kewangan yang kukuh untuk hadapi cabaran mendewasa. Tangan dan kaki yang sudah perlu belajar mengejar dan menggapai kejayaan sendiri. Saya mula mencari sumber pendapatan pasif yang terjamin. Barulah saya sedar, Public Gold menawarkan jaminan pendapatan pasif yang kukuh dan boleh diwariskan. 

Bermaksud PG menyediakan peluang saya menjadi Business Owner dan akan bayar royalti kepada saya seumur hidup. Lebih menarik, walaupun telah meninggal  dunia, Business tersebut masih boleh diwariskan kepada keluarga saya. Berbeza dengan business yang lain, tak perlu keluarkan modal, buka kedai sendiri dan yang paling penting masa yang sangat fleksibel. Sesuai dengan keadaan saya sebagai seorang Student.

Saya berhubung semula dengan upline Master Dealer dan menyatakan minat untuk memulakan bisnes dengan Public Gold. Walaupun saya sedar tidak mempunyai modal mencukupi untuk mencapai syarat menjadi Dealer PG. Namun, PG dengan baik hatinya memberi syarat yang lebih mudah untuk saya memulakan business tanpa modal iaitu dengan mengajar 50 orang mula bijak menyimpan emas seperti saya. Saya turut mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada Tuan Mentor Zulkifli Shafie, pengasas G100 Network serta Tuan Syukor Hashim, Sifu Emas di Malaysia.

Pada awal 2021,  secara rasminya saya bergelar Authorised Public Gold Dealer dan pemilik Business PG. Alhamdulillah segala usaha mula terbayar dan saya meneruskan perjalanan dari Normal Dealer ke Priority Dealer dan kini seorang Master Dealer, dengan 100% tanpa mengeluarkan modal! Kini sudah lebih 300 orang menyimpan emas dengan bimbingan percuma dari saya.

Secara rasmi saya serius membuat promosi dan recruitment pada Januari 2021. Minat mendalam itu hadir apabila mentor yang merupakan pengasas dan pengerusi G100 Network menerangkan terdapat banyak sistem sokongan diberikan, diajar untuk memulakan bisnes seterusnya berkembang dalam Public Gold melalui G100 Network.  

Tulang Belakang Kejayaan!

Selain daripada keluarga yang tak putus beri sokongan kepada saya, G100 Network turut menjadi tulang belakang kejayaan ini. Walaupun saya tak mempunyai sebarang pengalaman menjalankan business dan hanya seorang Student, G100 Network terus menerus memberi sokongan dari segi ilmu dan toolset kepada saya. G100 Network menyediakan training yang bermanfaat untuk saya mengembangkan Mind Set dan Skill Set sebagai seorang Business Owner yang sebenar. 

Alhamdulillah, walaupun baru bergelar Student, saya telah membuktikan bahawa semua orang boleh jadi Business Owner dengan adanya Mind Set yang betul. Yang paling penting ialah usaha tanpa mengenal alah dan keinginan untuk tambah ilmu. Syukur juga kini saya mampu meraih pendapatan pasif yang berbaloi setiap bulan walaupun sibuk dengan pengajian di Kampus. Sasaran saya untuk bebas kewangan bersama Public Gold dalam 3 tahun dari sekarang akan saya pastikan menjadi realiti. Saya yakin mampu mencapainya dengan G100 Network.

SEE YOU AT THE TOP!

Pendaftaran sudah penuh.