7B455583-C8B3-43E8-B3F3-3E06F96A8ED4.jpeg

AZWANI ISMAIL

Latar Belakang
Nama saya Azwani Binti Ismail. Saya adalah pemilik kedai emas di Kelantan. Saya bermula mengenali Public Gold pada tahun 2014. Tetapi pada masa itu saya tidak tahu lagi sistem Public Gold ini bagaimana. Saya mula mendaftar sebagai ahli Public Gold dibawah bimbingan introducer saya, Tuan Mohd Nazim Bin Badruddin pada bulan November 2020 & terus upgrade sebagai Priority Dealer pada 30hb November 2020. Pada masa itu, saya hanya ingin mendapatkan stok gold bar untuk tujuan jualan di kedai saya, Kedai Emas Wanie Mohd F di Bandar Lama Pasir Mas, Kelantan.



Apabila telah menyertai beberapa sesi seminar, barulah saya faham yang bisnes Public Gold ini bukan bisnes yang biasa-biasa. Saya terus nekad untuk membangunkan bisnes dengan bersungguh-sungguh setelah mendapati bisnes modelnya tersangatlah bagus & mudah untuk dijalankan.



Menjalankan bisnes sendiri, saya terpaksa menanggung pelbagai kos-kos tidak seperti menjadi Dealer Public Gold. Tugas dealer hanya memandaikan serta mendidik masyarakat tentang pentingnya ilmu tentang simpanan emas & ilmu kewangan yang betul serta cara menukarkan perbelanjaan kepada pendapatan. Kami tidak perlu menyimpan stok, membayar upah pekerja, sewa kedai & lain-lain. Kami hanya perlu menyebarkan ilmu tentang emas & kewangan sahaja kepada masyarakat dan ianya sangat mulia. Beli emas, dapat emas & dapat bisnes percuma.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Saya mula simpan emas pada tahun 2008. Pada masa itu saya mula membeli barang kemas dengan gaji pertama saya. Pada masa itu saya masih mengenali Public Gold. Pada bulan Mei 2013, saya mula berjinak-jinak dengan jual beli emas di atas talian. Pada masa itu saya juga ada mengumpul gold bar / small bar.

Pada penghujung tahun 2014 juga saya telah terjebak dengan skim emas & mengalami kerugian ratusan ribu ringgit pada masa itu. Kerana tiada cukup ilmu & percaya kepada orang yang dikenali tentang pelaburan emas ketika itu membuatkan saya terduduk. Tetapi saya masih meneruskan perniagaan emas diatas talian seperti biasa pada ketika itu.

Saya bermula menyimpan emas dengan Public Gold balik pada November 2020 yang pada ketika itu zaman “Gold Rush”. Kesemua gold bar yang saya simpan telah terjual & saya perlukan stok untuk tujuan jualan di kedai saya.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Bagaimana saya boleh membuat keputusan untuk membuat bisnes Public Gold bersungguh-sungguh apabila saya mengetahui tentang cerita Mentor, Tuan Mohd Zulkifli Shafie yang direhatkan. Pada masa tu saya terfikir apa yang akan jadi sekiranya saya sudah tiada. Walaupun saya sudah ada bisnes sendiri, tetapi saya masih merangkak untuk membina bisnes itu. Dalam jangkamasa 3 ke 5 tahun masih fasa untuk survival sedangkan dengan bisnes Public Gold, saya tidak perlu memikirkan tentang kos-kos yang terpaksa ditanggung untuk bangunkan bisnes seperti bisnes kedai emas saya sekarang.

Lagipun, bisnes kedai emas saya sekarang sudah boleh berjalan secara automatik tanpa perlu campurtangan 100% daripada saya. Dengan sistem yang Public Gold sediakan iaitu PG1 System, saya rasa bisnes yang termudah, termurah & terpantas untuk saya capai bebas kewangan (financial freedom). InsyaAllah.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Antara cabaran yang saya hadapi adalah bila saya kena tune daripada menjadi seorang peniaga emas kepada pembimbing emas.
Perubahan selepas bersama G100
Perubahan yang ketara selepas saya bersama dengan team G100, saya lebih positif & mendidik saya untuk mendapatkan ilmu tentang emas dan kewangan dengan membaca buku serta menyertai seminar-seminar & majlis ilmu. Sebelum ni saya kurang terdedah dengan seminar yang berkaitan.
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada introducer saya Tuan Mohd Nazim bin Badruddin, Mentor Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie yang banyak membimbing saya dalam bisnes Public Gold.

Terima kasih juga kepada team G100 komitee yang banyak menyumbangkan tenaga untuk perkembangan G100 dengan input & konten untuk semua dealer gunakan untuk tujuan mengembangkan bisnes kami.

Saya doakan kita semua berjaya dalam bisnes Public Gold & mencapai cita-cita & impian kita.

If You Want To Walk Fast, Walk Alone
If You Want To Walk Far, Walk Together
If You Want To Walk Fast & Far In Business,
Walk With G100!
Success Is Predictable!

SEE YOU AT THE TOP!

Pre Order Name Tag