Boleh panggil Maziz atau Aaron. Anak sulung lelaki dan nombor 2 dalam 4 adik beradik. Lahir di Kuala Lumpur tetapi membesar di Kelantan.
Graduan ijazah sarjana muda dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Kini bekerja di Agensi Pelancongan dan Pengembaraan di Gua Musang.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Previous image
Next image
Saya ada melihat suatu ‘posting’ yang di muat naik oleh rakan saya Cik Munirah Seruja berkenaan “emas itu kalis inflasi duit”.
Kondisi saya ketika itu adalah ingin mencari suatu instrumen yang boleh saya alihkan sebahagian duit faraid bahagian saya untuk disimpan dan tak terusik. Duit faraid tersebut adalah asbab kematian ayahanda tercinta saya, Mujib Bin Othman.
Saya takut kalau duit yang banyak itu tidak diurus dengan baik, maka ia akan cepat habis atau habis ke arah yang tidak bermanfaat
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Previous image
Next image
Niat asal saya membeli emas hanya lah sekadar mengalihkan duit RM5,000 kepada emas sahaja. Tetapi alangkah beruntungnya apabila hasil belian emas di akaun emas GAP melayakan saya untuk terus ‘grab’ status sebagai Normal Dealer ketika itu. Mungkin itu juga peluang saya untuk cuba-cuba berjinak dengan bisnes walau masih belajar.
Maklumlah, ibu saya Puan Norliyana Binti Ibrahim, ketika itu seorang ibu tunggal. Sebagai anak lelaki, saya perlu berdikari dan mampu mencari duit sampingan bagi meringankan beban ibu.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Previous image
Next image
Pada tahun 2020, saya dilemma untuk meneruskan bisnes Public Gold. Ini kerana saya sudah di tahun akhir untuk melengkapkan pengajian saya dalam jurusan kejuruteraan. Saya mungkin bakal bekerja sebagai jurutera apabila bergraduat dan mungkin juga saya sudah tidak perlukan lagi bisnes Public Gold.
Jadi saya buntu.
Alhamdulillah, malam itu saya sempat berjumpa dan consult bersama Tuan Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong(Abang Shafiq) dan Puan Nuraini Nabilah Kamal (Kak Aini) sebelum membuat keputusan. Ini kerana kami adalah Team G100 dari Kuching, Sarawak. Kami akan berjumpa sebulan sekali untuk mengkopi dan berbincang berkenaan bisnes dan network semasa mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie ‘direhatkan’.
Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk terus fokus kepada bisnes Public Gold. Kerana hanya bisnes Public Gold sahaja yang boleh mempercepatkan saya mencapai impian.
Kini saya sudah mencapai Master Dealer pada 28 Januari 2022 dan 1 Star Master Dealer dengan empayar hampir 2 ribu penyimpan emas.
Namun kejayaan saya hari ini bukan hasil diri saya sendiri melainkan dorongan dan bimbingan dari Cik Munirah, Tuan Syarif Jamil dan Tuan Mohd Zulkifli Shafie sendiri.
Berikut penglibatan saya dalam membina diri dan bisnes bersama G100 Network dan Public Gold.
Perubahan selepas bersama G100
Previous image
Next image
Proses ‘Membina Diri’ memerlukan masa. Kata Robert T Kiyosaki, proses pertukaran mindset mengambil masa 6 bulan dan ia bergantung seberapa cepat orang itu belajar.
Dalam bisnes, pastinya kena ‘PAKAI OTAK MENTOR DAN OTAK ORANG BISNES’. Kita tidak boleh pakai mindset orang kerja makan gaji. Ia jauh berbeza.
Ingat…
Kita tidak berlumba dengan sesiapa.
Malah kita tidak tunggu sesiapa dan tidak juga tinggal sesiapa.
Ini BISNES KITA.
Penghargaan
Terima kasih kepada ibu saya, Puan Norliyana Binti Ibrahim atas doa yang tak putus-putus. Juga atas sokongan yang tak berbelah bagi kepada saya sepanjang saya menjalankan bisnes Public Gold.
Terima kasih juga kepada introducer saya, Cik Munirah Seruja atas nasihat dan tunjuk ajar semasa saya dalam fasa membina diri. Terima kasih juga kepada Tuan Syarif Jamil (SJ) dan isteri Puan Mimi atas tunjuk ajar, coaching sehingga saya capai ke tahap ini. Juga kepada keluarga besar KES yang banyak membantu saya selama ini.
Terima kasih kepada Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan Puan Najdah (mentor) G100 di atas memberi peluang dan ruang untuk saya menyerlahkan diri bersama G100 dan Public Gold.
Juga terima kasih kepada ‘the best sifu of sifu’ Mahaguru Tuan Syukor Hashim dan Puan Jonaina (Cik Jun) atas nasihat dan teguran untuk saya terus meroket.