IMG_20220827_084953.jpg

Dr Khairil

Latar Belakang
Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Besar, kemudian di SMKA Simpang Lima dan KISAS Klang. Seterusnya menyambung pengajian dalam bidang perubatan di India/Malaysia.



Mula berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan sejak 2011 di Temerloh, kemudian di Klang dan sekarang di Kuantan Pahang
Bagaimana saya bermula simpan emas
Memulakan simpanan Emas sejak 2013 dengan pembelian 2 Dinar yang berharga sekitar RM 1000. Namun berhenti setakat itu kerana tiada ilmu. Kemudian berdaftar dengan Public Gold sebagai penyimpan emas pada 2017. Sekali lagi, tidak konsisten menyimpan kerana masih tidak faham dan kekurangan ilmu.

Mula upgrade menjadi dealer pada 2020 setelah membaca Buku Wang Emas hadiah dari introducer Ustazah Nor Azah. Alhamdulillah. Berjaya konsisten hingga kini dan mendapat banyak manfaat dengan simpanan Emas.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Setelah membaca Buku Wang Emas dan mendapat manfaat dari simpanan sendiri, rasa sangat seronok untuk berkongsi kebaikan Emas dengan keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling. Upgrade kepada Prioriti Dealer pada Disember 2020 dan terus berkongsi berkenaan kebaikan emas hingga kini. Alhamdulillah.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Cabaran masa antara keluarga, anak-anak, kerja, belajar dan business Public Gold. Alhamdulillah dengan bantuan dan support dari Mentor Tuan Zulkifli Shafie, introducer Ustazah Nor Azah dan semua team G100, segala cabaran dapat ditempuhi untuk sentiasa terus maju dan bergerak kehadapan.

Segala bantuan dan program – program yang G100 adakan membuatkan semangat business Public Gold dalam menyampaikan kebaikan emas menjadi lebih mudah dan relevan untuk dilakukan. Alhamdulillah.
Perubahan selepas bersama G100
Alhamdulillah… G100 memberi peluang kepada kami untuk berada dalam satu circle emas yang sangat positif. Ia penuh dengan aura yang hebat memberi inspirasi kepada sesiapa yang bersama mereka.

Selepas menjadi sebahagian dari keluarga G100, kami memiliki pengurusan kewangan dan simpanan yang lebih baik. Kami juga berjaya mencapai sebahagian impian kami terutamanya apabila kami berjaya menyelesaikan hutang-hutang jahat dan dapat menyediakan struktur kewangan keluarga yang lebih teratur. Alhamdulillah..
Penghargaan
Setinggi tinggi penghargaan buat isteri Nur ‘Adila Ahmad yang sama-sama berganding bahu menyampaikan kebaikan emas kepada semua. Keluarga dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

Tidak lupa kepada Mentor yang dihormati, Tuan Zulkifli Shafie dan introducer Ustazah Nor Azah yang tidak jemu dan sabar membimbing hingga ke tahap ini. Seterusnya kepada seluruh keluarga G100 yang siang malam bekerja bersama-sama untuk maju ke hadapan dalam suasana yang sangat harmoni. Berada dikalangan keluarga G100 adalah salah satu dari nikmat hidup yang
patut disyukuri. Alhamdulillah…

Terima kasih semua!