IMG_20220827_025905_664.jpg

Amirullah Zuki

Latar Belakang
Saya merupakan seorang guru matematik di Sekolah Kebangsaan sekitar Ampang,Selangor. Mula berkhidmat pada 4 November 2019.



Pendidikan tertinggi ialah Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( Mathematic) dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Mula menyimpan emas dari umur 15 tahun masa tingkatan 3 di Sekolah Menengah Sains Machang. Namun, masa itu saya hanya tahu berkaitan emas perhiasan. Emas pertama Yang saya Beli adalah seutas rantai.

Pada tahun 2016 saya mula membaca buku Wang Emas Bertahan Ketika Gawat karangan Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Masa itu baru saya tahu EMAS yang paling sesuai untuk jangka masa panjang ialah EMAS jenis 999.

Pada tahun 2017, saya baru kenali Syarikat EMAS Public Gold dan memulakan simpanan pertama dengan belian gold bar 1 gram Edisi POS Malaysia.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Pada tahun 2021, setelah lima tahun menyimpan emas secara sendiri. Saya dapat tahu, bahawa Public Gold sediakan peluang untuk jadi setiap customer untuk jadi dealer.

Pada 31 Januari 2021, saya telah membuat belian emas sebanyak 6 dinar bagi melayakkan saya menjadi dealer.

Masa itu, belum tahu lagi akan kewujudan G100 dan Tuan Mentor, Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Saya hanya berkongsi kebaikan menyimpan emas ini kepada keluarga dan rakan terdekat sahaja pada permulaannya.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
1. Cabaran masa.
Tidak cukup masa untuk fokus kepada Public Gold disebabkan banyak juga tugasan sebagai guru dan sebagai ketua keluarga.

2. Konsisten
Sudah untuk konsisten dalam memberikan komitmen kepada bisnes. Kadang terganggu dengan tugas-tugas yang lain bersama keluarga dan sekolah.

3. Skill Set, Mind Set dan Tool Set.
Agak sukar untuk dapatkan skill set dan mindset yang betul berkaitan bisnes. Seletah hadir PLT, Batu tahu cara yang betul dalam buat bisnes. Berkaitan tools set, saya secara berperingkat membeli alat yang perlu seperti kerusi yang selesai, meja kerja, lampu softbox, wifi, webcam dan mic yang sesuai untuk lebih melancarkan lagi tugasan sebagai PGBO.
Perubahan selepas bersama G100
Banyak perubahan yang berlaku dari segi pemikiran dan tindakan. Sentiasa rasa aura positif dan lebih bersemangat untuk buat bisnes sebab ada sokongan dari team G100.
Penghargaan
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan semua team G100 yang sentiasa ikhlas dalam berkhidmat. Moga Allah SWT membalas jasa kalian.

Kepada Tuan Mohd Zulkifli, InshaAllah saya akan jadi #NextMohdZulkifli yang dapat memberi manfaat untuk masyarakat.

Pre Order Name Tag