photo1661892928.jpeg

Fiza

Latar Belakang
Saya Fiza, antara Master Dealer terawal dalam G100 Network dan seorang suri rumah yang menjalankan bisnes Public Gold ini secara sepenuh masa. Saya adalah anak kelahiran Selangor dan mempunyai 4 orang adik beradik. Sekarang saya tinggal di Klang, Selangor bersama suami tersayang iaitu Abd Halim, serta 5 orang cahaya mata kurniaan Tuhan pelengkap hidup kami.



Dari sudut pendidikan, saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakuanan dari UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Saya pernah bekerja sebagai Eksekutif Kewangan dengan sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya dari tahun 2015 – 2020. Ia satu bidang yang memberi pengalaman kepada saya tentang kewangan, Ar Rahnu dan bisnes perniagaan.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang minat dengan emas.

Orang kata, tak kenal, maka tak cinta. Bila dah jatuh cinta, memang angau dibuatnya.

Mula kenal Public Gold pada Jun 2017 di mana waktu itu saya ingin mencari sumber pendapatan tambahan lain untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

Allah temukan saya dengan blog mohdzulkifli.com dan dari situlah titik tolak di mana saya kenal dengan ilmu kewangan. Bacaan yang santai dan berilmiah di blog beliau saya jadikan gedung ilmu untuk belajar ilmu emas dan pengurusan kewangan.

Segala ilmu di blog itu saya catit di diari dan cuba applykan dalam kehidupan seharian. Sambil menimba ilmu, saya juga mula berkongsi apa yang dipelajari melalui penulisan di media sosial Facebook secara agresif. Setahun follow tuan Mohd Zulkifli di blog, saya beranikan diri untuk berjumpa beliau pada Jun 2017 untuk lebih kenal kepada susuk tubuh yang banyak memberi inspirasi untuk saya berubah menjadi lebih baik dari segi sahsiah diri dan kewangan.

Alhamdulillah Allah jumpakan saya dengan orang yang baik-baik dan dari saat itulah saya mula follow rapat segala ilmu yang beliau kongsikan.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Dulu waktu jahil kewangan, saya hidup dibelenggu hutang. Siang malam risau dengan hutang-hutang yang ada dan saya pernah menangis teresak-esak depan mentor sewaktu sesi one to one coaching bersama beliau.

Serius, saya nak ubah hidup saya. Saya nak ubah hidup keluarga saya.

Bukan ingin mewah, tapi cukuplah tidak terlalu fikirkan pasal duit setiap hari. Mentor pesan, jika nak ada duit yang banyak kita perlu ikhtiar cari pendapatan kedua untuk ada extra income sebagai saving dan bayar hutang-hutang yang ada. Beliau cadangkan saya jadi dealer Public Gold yang aktif. Sambil simpan emas, sambil sampaikan manfaat emas itu kepada kenalan-kenalan yang lain.

Nak buat bisnes tapi tak pandai.

Saya ingat lagi mentor pesan jika ingin pandai buat bisnes, kena hadir ke JLT (Jutawan Emas Leadership Training). NDO dan PG1S setiap minggu. Ingat lagi, waktu itu modal tak ada untuk ke JLT dan saya terpaksa jual 5 gram emas sebagai yuran untuk belajar. Sedih rasa hati, baru nak kumpul emas, tapi mentor suruh jual pula untuk datang belajar. Mentor sedapkan hati, nanti bila dah ada ilmu, kumpullah balik emas tu. Bukan emas yang buat kita kaya, tapi ILMU.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Nak dijadikan cerita, sungguh cabaran saya sangat besar di tahun pertama dan kedua membina bisnes. Suami adalah penghalang terbesar. Tiap kali ingin hadir ke kelas education training (PG1S) di Ampang, mesti air mata ini akan mengalir. Suami tidak berapa suka apabila isterinya memandu kereta berseorangan selama 2 jam hanya untuk ke kelas. Nak minta suami hantar setiap minggu, dia pula sibuk bekerja. Sebab degil, saya pergi juga kelas walaupun balik berseorangan lewat malam dan kami bermasam muka hampir setiap minggu.

Tak habis cabaran bersama pasangan, bos di tempat kerja juga mula tak senang duduk bila dapat tahu saya membuat bisnes berkaitan emas. Waktu itu, jawatan sebagai Pengurus Ar Rahnu terus ditukar kepada Pegawai Kewangan di ibu pejabat.

Tapi ia tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus menjalankan bisnes. Waktu itulah saya mula block whatsapp status dan unfriend bos serta kesemua kawan-kawan di tempat kerja. Diam-diam buat bisnes dan akhirnya tahun ketiga saya terus hantar surat perletakan jawatan tanpa toleh kebelakang lagi. Life yang tidak enjoy di tempat kerja, membuatkan saya nekad untuk berhenti.
Perubahan selepas bersama G100
Setelah 3 tahun bercerita tentang emas tanpa henti, Allah bukakan satu persatu pintu rezeki dari arah yang tak disangka. Simpanan setahun gaji dapat dikumpul yang mana ia agak mustahil bagi saya.

Alhamdulillah saya juga dapat melunaskan segala hutang jahat yang ada seperti loan kereta dan hutang-hutang Ar Rahnu dengan menggunakan insentif yang diperolehi dari bisnes Public Gold dan yang paling bahagia, adalah bila saya sentiasa dapat berada disisi anak-anak serta dapat melihat mereka membesar di depan mata. Hari-hari adalah hari cuti, tak perlu hadap kesesakan lalu lintas dan setiap petang pula dapat jogging ke taman dengan anak-anak.

Bila Fiza fikir semula, saya tak pernah menyesal walaupun saya tahu adat berniaga tu ada naik dan turunnya. Berbanding bila makan gaji, kita melakukan rutin kerja yang biasa dan akhir bulan duit confirm akan masuk ke akaun bank.

Tak sangka perancangan Allah itu sangat indah. Allah memang sebaik-baik perancang. Setahun lepas berhenti kerja abah kena stroke separuh badan. Adik beradik semua bekerja dan ada tanggung jawab masing-masing. Asbab saya buat bisnes sendiri secara online dan tiada bos, saya dapat jaga abah.

Rupa-rupanya ni rezeki yang Allah nak bagi. Jaga orang tua yang sakit.

Fiza pegang satu je, Allah tak kejam selagi kita berusaha dan bertawakal padanya, inshaa Allah rezeki tu sentiasa ada. Lagipun sebelum berhenti, saya memang sudah siapkan dana setahun gaji jika berlaku apa-apa kecemasan.

Kini, hampir 5 tahun saya membina bisnes, alhamdulillah saya adalah salah seorang Master Dealer terawal dari rangkaian G100. Walaupun agak lambat, akhirnya saya dapat juga title tertinggi dalam ranking dealer. Pencapaian yang saya dapat, bukan kerana saya hebat, tapi kerana konsisten belajar dan mempraktis segala ilmu yang diperolehi serta selalu berada di bawah radar mentor.

Ia semua dengan izin Allah, alhamdulillah.
Penghargaan
Impian saya jadi surirumah sepenuh masa alhamdulillah sudah tercapai. Sudah bebas hutang jahat, dapat jaga orang tua di kampung, ada saving setahun gaji dan mempunyai pasif income setiap bulan walaupun tidak bekerja melalui platform bisnes #PublicGold.

Syukur Allah bagi nikmat di usia 34 tahun. Bukan susah nak senang, bukan senang nak susah.

Mentor menggalakkan kesemua Master Dealer untuk berusaha jadi kaya seperti sahabat-sahabat Rasuluallah SAW.

Cari akhirat dan berjihad dengan harta dan diri kita ke jalan Allah. Buat kebajikan pada mak ayah, mak ayah mertua, adik beradik, kaum kerabat, ahli keluarga dan orang-orang yang susah.

Akhir kata saya ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada mentor tuan Mohd Zulkifli Shafie dan puan Najdah kerana selalu memberi inspirasi untuk saya hidup bebas kewangan dan terus mencapai impian hidup dengan menyebarkan kebaikan kepada semua orang.

Terima kasih juga kepada founder Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng kerana menyediakan platform terbaik untuk melahirkan one million millionaire. Perjalanan saya masih jauh, banyak lagi impian mak abah, anak-anak dan suami yang masih belum tercapai. Tapi saya yakin dengan segala education training dan support system yang dirangka oleh ahli committee G100, saya dan team mampu terbang jauh ke langit suatu hari nanti, inshaa Allah.

Pre Order Name Tag