Zahratul Amani Binti Mohammad Nizam, beraaal di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Sekarang merupakan graduan ijazah sarjana muda farmasi teknologi dan sudah mendirikan rumah tangga.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Mula menyimpan emas pada tahun 2018 selepas membaca maklumat penyimpanan emas di blog dan facebook dengan membuka akaun Emas GAP Public Gold. Hanya menyimpan 1 gram sahaja di akaun emas GAP kerana masih kurang ilmu tentang emas. Alhamdulillah pada tahun 2020 telah konsisten menyimpan emas sebagai simpanan dan pelaburan untuk mencapai matlamat bebas kewangan setelah membaca buku dari mentor Tuan Zulkifle Shafie yang bertajuk Wang Emas.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Insan yang memperkenalkan bisnes emas kepada saya ialah Puan Nor Azah Binti Ahmad. Beliau selalu membuat perkongsian di media sosial berkaitan kelebihan menjadikan emas sebagai simpanan dan pelaburan. Antara platform cadangan untuk membeli emas adalah melalui Public Gold kerana adanya program Dealership iaitu menyimpan emas dan membuat bisnes dengan Public Gold tanpa perlu menyimpan dan menjual barang. Kebetulan saya sedang tercari-cari mencari bisnes untuk menambah pendapatan.
Saya memulakan bisnes dengan Public Gold dengan upgrade menjadi Normal Dealer pada 1 April 2020 dan terus serius membuat perkongsian manfaat menyimpan emas.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Sedikit cabaran yang perlu saya hadapi ialah kekangan masa ketika belajar ijazah dan menjalankan praktikal.
Namun terdapat banyak sistem sokongan diberikan dan saya diajar untuk mengembangkan bisnes dalam Public Gold melalui G100 Network yang telah menyediakan model latihan dan program perkongsian ilmu emas yang mudah faham dan cepat disesuaikan tidak kira latar belakang.
Apa yang penting perlu ada keinginan untuk belajar dan berjaya.
Perubahan selepas bersama G100
29 Mei 2022 saya dan suami berjaya menjadikan emas dan perak sebagai hantaran serta perbelanjaan untuk perkahwinan. Simpanan emas juga membantu kami untuk menyediakan kelengkapan rumah pertama serta keperluan ketika awal mendirikan rumah tangga.
Penghargaan
Target saya bersama Public Gold adalah untuk bebas kewangan sepenuhnya dalam masa 3 tahun dari sekarang. Saya yakin mampu mencapainya dengan G100 Network.
“TERIMA KASIH PUBLIC GOLD, TERIMA KASIH G100 NETWORK, TERIMA KASIH DATO WIRA LOUIS NG, MENTOR TUAN ZULKIFLI SHAFIE, TUAN SYUKOR HASHIM, USTAZAH NOR AZAH, STAF PUBLIC GOLD DAN SEMUA RAKAN DEALER G100”