Didiana Binti Zakaria

Latar Belakang
Saya Didiana Binti Zakaria. Anak keempat daripada enam orang adik-beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Saya merupakan anak jati Johor. Dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Skudai, Johor Bahru. Sekarang menetap di Dubai, United Arab Emirates. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang putera. Sebelum ini bekerja sebagai Peguamcara & Peguambela dan kini bergelar seorang suri rumah sepenuh masa.

Kisah saya dan EMAS
Emas memang tidak asing bagi saya kerana keluarga saya memang sukakan emas dan penyimpan emas. Cuma, saya hanya simpan sebab tahu emas tu adalah logam berharga, tapi tanpa ilmu yang betul dan simpan di platform yang salah ! Suami pernah ditipu dengan skim cepat ‘miskin’ dengan Tok Belagak pada tahun 2014. Sejak dari itu, kami trauma dengan emas. Sampailah akhirnya saya bertemu dengan Public Gold pada tahun 2019 dan mengkaji hampir setahun sebelum mendaftar sebagai penyimpan emas Public Gold. Saya bermula dengan menyimpan 1 gram emas pada Ogos 2020 selepas mengkaji tentang simpanan emas Public Gold di instagram Dr Syafiq dan juga blog emas Tuan Mohd Zulkifli. Alhamdulillah sehingga saat ini saya terus konsisten menyimpan emas dengan Public Gold kerana dengan ilmu yang betul baru saya sedar dan faham akan 1001 manfaat yang dapat saya perolehi daripada pada emas.

Serius dengan bisnes EMAS untuk dijadikan sebagai ‘backup plan’ di saat Covid-19 melanda

Setelah meneliti dan mengkaji sistem jual beli emas di Public Gold selama beberapa bulan, saya terus upgrade kepada status Normal Dealer pada hujung Januari 2021. Pada masa itu, perkara yang betul-betul menguatkan semangat saya untuk serius dalam bisnes emas adalah bila heboh dengan ‘lockdown’ sempadan kebanyakan negara dan dunia ‘aviation’ waktu itu ibarat ‘mati’. Ramai pekerja airlines, orang sekeliling dibuang kerja. Risau teramat risau dengan apa nasib yang bakal menimpa suami memandangkan suami adalah seorang Jurutera Penyelenggaraan Kapal Terbang. Tak boleh jadi, saya mesti ikhtiarkan sesuatu !

Bisnes emas dengan Public Gold melekat di hati

Alhamdulillah emas memang betul-betul masuk dengan jiwa saya. Oleh sebab saya betul-betul suka dengan apa yang saya buat, iaitu berkongsi manfaat emas kepada orang ramai, saya terus mahu serius dalam bisnes Public Gold. Saya berhubung semula dengan Dr Syafiq dan menyatakan minat untuk terus upgrase sebagai Priority Dealer pada hujung Febuari 2021. Alhamdulillah hari pertama saya bergelar Normal Dealer pun terus ada yang berminat untuk mendaftar sebagai penyimpan emas dan Dealer. MashaAllah petanda yang sangat baik ! Minat yang semakin mendalam terus tersemat apabila Dr Syafiq, introducer saya menyatakan Mentor kami adalah Tuan Mohd Zulkifli Shafie, pengasas dan pengerusi G100 Network, penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang dan G100 Network adalah satu  ‘team’ yang padat dengan sistem latihan dan sokongan, dengan itu, kejayaan pasti boleh dicapai dengan G100 Network. In shaa Allah !

Bersyukur berada dalam ‘circle’ yang positif dalam Team G100 Network, Public Gold

Alhamdulillah saya sangat bersyukur Allah temukan saya dengan G100 Network, satu team yang Dealer-nya semua hebat belaka, saling menyokong, membantu, dan kami dapat bersaing secara sihat. Dengan hasil tunjuk ajar rakan-rakan Dealer dalam G100 Network dan menghadiri hampir kesemua event G100 Network yang ada, serta mentorship terus daripada Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan Dr Syafiq, walaupun agak lambat berbanding yang lain, saya berjaya juga menjadi Master Dealer (MD) dalam masa 13 bulan walaupun saya jauh di Dubai. Jarak bukanlah penghalang untuk saya berjaya dan terus berjaya In shaa Allah. Apa yang penting, kemahuan untuk terus belajar dan terus maju ke hadapan.

“TERIMA KASIH PUBLIC GOLD, TERIMA KASIH G100 NETWORK, TERIMA KASIH DR SYAFIQ DAN TUAN ZUL. ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING. MOGA KITA TERUS DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG SEKELILING KITA, SERTA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT. AAMIIN YA RABB”

Pendaftaran sudah penuh.