Dora Ajeng

Latar Belakang

Nama diberi Dora Ajeng, seorang guru berbangsa Kayan (Etnik Dayak – Orang Ulu) dari Miri Sarawak. Saya sudah berkahwin dan diberkati dengan 4 orang anak.

Kenal Emas

Saya tidak pernah didedahkan tentang emas sebagai simpanan atau pelaburan, saya rasa ianya dipengaruhi oleh latarbelakang budaya saya yang kurang memberi pendedahan bahwa emas adalah aset fizikal sama seperti memiliki rumah atau hartanah. Aset yang selalu diceritakan orang tua kami biasanya hanyalah meluaskan tanah dan mengumpul barangan antik. Menurut saya, emas hanyalah aksesori untuk wanita yang suka show off semasa hari perayaan sahaja. Saya juga sangat berhati-hati supaya tidak terjebak dengan skim cepat kaya yang bertopengkan pelaburan emas.

Mencari Bisnes Menambah Pendapatan

Saya memang mencari-cari satu bisnes yang dapat saya buat selepas bersara secara hakiki nanti. Ciri-ciri bisnes itu mestilah tidak melibatkan tenaga fizikal, tak perlu pegang stok, dan dapat dijalankan dari segala penjuru dunia kerana saya memang suka travelling.

Saya mula bertatih buat bisnes kecil-kecilan semasa MCO 2020 dan saya ada sedikit extra income dari situ. Saya mula ligat berfikir bagaimana caranya untuk menyimpan sebahagian daripada duit bisnes saya itu supaya tidak diboroskan sembarangan. Seorang rakan baik saya telah memperkenalkan simpanan emas di Public Gold kepada saya dan tanpa berfikir panjang saya terus mula menyimpan 1 gram.

Detik Permulaan Bisnes Public Gold

Saya upgrade ke Normal Dealer pada 20 Oktober 2020. Peringkat awal menjadi dealer, saya tak kenal sesiapa kecuali introducer saya. Saya dan introducer saya pula dipisahkan oleh line internet yang teruk, sehingga sangat sukar untuk saya bertanya ini-itu. Ini memaksa saya search and explore sendiri segala urusan tentang dealership melalui tools set yang disediakan oleh group G100 dan dalam tempoh 3 bulan saya berjaya mencapai Club 100.

 

Permulaan Detik Positif Bersama Public Gold

Menyedari saya tidak mempunyai pengalaman dalam bisnes, saya mula hadir training PLT pada 01.01,2021. Sejak PLT ini saya terus hadir semua core program G100 dengan konsisten. Walaupun sangat kurang cekap dengan teknologi, saya usahakan membuat video-video pendek seterusnya mula live menggunakan platform FB personal dan Tik Tok.

Respon terhadap live saya tidaklah seberapa, namun setelah konsisten melakukannya, saya berjaya mencapai 300FL, dengan itu berjaya mencapai status Master Dealer dalam tempoh 11 bulan 3 hari, Syukur, puji Tuhan.

Saya mula melihat lonjakan dalam bisnes saya apabila saya mula membuat keputusan untuk ultra focus pada satu bisnes iaitu PG sahaja, Kedua, saya pilih untuk plug into PG1system sepenuhnya, sebab itu saya hadir semua core program secara konsisten. Ketiga, saya sangat sedar bahwa berkongsi manfaat simpanan emas adalah satu tanggungjawab mulia untuk membantu lebih ramai lagi masyarakat memperkukuhkan simpanan dan kewangan mereka.

Terima kasih team G100 Network di bawah mentorship tuan Mohd Zulkiflee Shafie yang banyak membantu saya grow dalam bisnes PG sehingga ke tahap ini. Perjalanan saya baru bermula, namun saya pasti bersama G100 saya akan terus menuju puncak kejayaan.

Salam senyuman takkan kurang daripada Dora.

DORA AJENG

PG00286971

Master Dealer

Pendaftaran sudah penuh.