Fauzan Rasid

Latar Belakang

Nama diberi Mohd Fauzan Bin Rasid, lahir dan dibesarkan di Tumpat, Kelantan. Sekarang bekerja dan menetap di Gurun, Kedah. Bekerja sebagai peniaga sepenuh masa.

Kenal Emas

Mula menyimpan emas pada tahun 2015 dengan hanya 1 gram selepas membaca blog Mentor, Mohd Zulkifli Shafie. Sejak daripada itu saya mula belajar ilmu kewangan yang betul setelah sedar bahawa tahap kewangan saya sangat lemah.

Mencari Bisnes Menambah Pendapatan

Pada Ogos 2019, saya ambil peluang menjadi dealer walaupun pada waktu itu tiada langsung pengetahuan tentang bisnes emas Public Gold. Bermula hanya dengan suka-suka lama kelamaan makin nampak potensi bisnes ini yang boleh menjana ‘pasive income’.

Detik Permulaan Bisnes Public Gold

Pada mulanya agak segan nak kongsi ilmu emas di media sosial. Namun bila saya join program yang G100 Network anjurkan, saya makin bersemangat. Dengan sokongan moral yang baik daripada rakan dealer terutamanya introducer saya Tuan Syarif Jamil, saya yakin mampu pergi jauh.

Permulaan Detik Positif Bersama Public Gold

Setelah beberapa bulan aktif berkongsi ilmu dan manfaat menyimpan emas, usaha saya makin membuahkan hasil. Ramai orang mula sertai saya simpan emas di Public Gold walaupun saya tak pernah kenal dan jumpa mereka. 

Alhamdulillah pada Jan 2021 saya berjaya mencapai 100 customer pertama. Tanpa menoleh ke belakang saya terus konsisten mengajak orang ramai menyimpan emas. Mereka sangat positif untuk keluar daripada zon selesa bagi memperbaiki tahap kewangan.

Alhamdulillah dengan hasil tunjuk ajar dan menghadiri semua event G100 Network dan mentorship terus daripada En. Mohd Zulkifli Shafie saya berjaya menjadi Master Dealer (MD) pada Dec 2021. 

Target saya bersama Public Gold adalah untuk bebas kewangan sepenuhnya pada tahun 2025. Saya yakin mampu mencapainya dengan G100 Network.

“TERIMA KASIH PUBLIC GOLD, TERIMA KASIH G100 NETWORK, TERIMA KASIH EN. ZUL”

Pendaftaran sudah penuh.