Hizam Shah

Latar Belakang

  • Nama penuh, Hizam Shah Bin Omar
  • Umur 56 tahun dan berasal dari Melaka
  • Berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, seorang lelaki dan perempuan
  • Profession sebagai Resort Manager dan sekarang di Lakeview Terrace Resort, Johor.  Telah berkecimpung dalam dunia Hospitaliti selama 35 tahun.

Kenal Emas

  • Menyimpan emas sejak dari tahun 2009 dengan mengumpul koleksi Gold Bar, Dinar dan Dirham dari beberapa syarikat.
  • Mula mendaftar dan membeli 10 gram Gold Bar dari Public Gold pada awal bulan Jun 2021. 
  • Pada 9 Jun 2021 bermula sebagai Normal Dealer setelah diperkenalkan oleh Introducer, Cikgu Azmy Fadzly apabila beliau tahu saya menambah kuantiti belian Gold Bar pada masa itu.

Kenapa Saya Menjadi Dealer?

  • Pada awalnya saya hanya tertarik dengan insentif apabila membuat belian sendiri, saya tak terfikir pun untuk buat secara aktif seperti sekarang.
  • Selepas jadi Dealer saya terfikir pula yang saya ada banyak pengalaman dan sejarah dalam pemilikan emas.  Emas banyak membantu saya semasa jatuh-bangun saya sebelum ini. Saya memasang niat untuk kongsikan pengalaman dan kebaikan simpan emas kepada ramai orang.
  • Setelah saya dalami tentang Public Gold dan G100, saya dapat kupaskan bahawa dealership ini adalah memberi “Customer Service”.  Ianya lebih kepada “Service” dan bukanlah “Selling”.  Customer Service amat sebati dengan jiwa saya di dalam bidang perhotelan.  Jadi saya nampak ianya tidaklah sesukar mana untuk promosi “service” kepada customer emas di luar sana.  Konsep service dan nilai service saya mudah untuk dipupuk dalam mengembangkan business ini.  “Happy Customers” akan menjadi “Loyal Customers” kepada kita.  Ini adalah suatu nilai yang saya nampak dalam dealership Public Gold.

Mencari Bisnes Menambah Pendapatan

  • Saya mula membeli buku-buku tentang emas untuk menambah ilmu.  Buku pertama saya beli adalah Bundle Buku tentang emas oleh Mahaguru kita, Tn. Syukur Hashim.  Saya amat teruja kerana buku tersebut ditandatangani oleh Tn. Syukur sendiri dan ianya amat personalised bagi saya. Seterusnya saya membeli Kombo Buku kewangan Tn. Zulkifli Shafie.  Memang betul, banyak ilmu yang saya dapat pelajari dari bacaan tersebut. Di samping itu saya juga banyak membaca buku-buku lain tentang emas.
  • Setelah beberapa bulan menjadi Dealer, hanya pada  12 Februari 2021 barulah saya menyertai NDO pertama. Seterusnya saya menyertai PLT & NDO pada bulan March dan April.  Saya juga tidak ketinggalan mengikuti setiap minggu  Talkshow, Weekly Business Meeting & Weekly Group Coaching.

Bagaimana saya bermula dan pencapaian setakat ini?

  • Saya bermula agak perlahan dalam mengembangkan business ini.  Saya mula promote kepada orang-orang sekeliling saya selama tiga bulan di samping menajamkan skill saya dengan menggunakan tool set yang disediakan oleh G100 serta membiasakan dengan PG1S.
  • Disember 2021, berjaya unlocked Priority Dealer.
  • Seterusnya pada bulan Mac 2022 capai Club 365 FY 21/22.
  • Akhirnya pada 5 Mei 2022 dengan penuh bangga saya menghantar Form Master Dealer selepas berhempas pulas untuk mencapai Personal Sales.
  • WooWa adalah penyelamat dan amat membantu menaikkan Personal Sales.  Setiap hujung minggu, saya berWooWa dengan semua FL, minggu pertama dan kedua lebih kepada EDUCATE mereka, minggu ketiga PROMO2 terkini (jika ada) dan minggu keempat lebih kepada mengingatkan FL tentang TOP-UP akaun GAP bila dapat gaji.  Alhamdulillah method ini berkesan bagi saya dan dapat achieve target Personal Sales untuk melayakkan unlock Master Dealer pada bulan hujung bulan April 2022. 
  • Sepanjang perjalanan sebagai Dealer PG, saya berasa amat bertuah dapat beberapa kali mencapai Top Producer Bronze Awards, kemudian Silver Awards pada bulan April, menghampiri Gold Awards bagi bulan Mei dan akan terus berusaha untuk mencapai Awards yang lebih tinggi lagi.
  • Pada peringkat permulaan, saya menggunakan Google Ads dan hasilnya amat baik untuk 3 bulan (Nov 2021- Jan 2022). Malangnya pada bulan Februari 2022, akaun Google Ads telah digantung (suspended) dengan alasan dari pihak Google yang saya telah melanggar peraturan mereka.  Saya redho ajelah.
  • February 2022, saya mula menggunakan medium FB dan Instagram setelah mendapat restu dari pihak majikan tapi bersyarat.  Alhamdulillah saya dapat bergerak aktif dan dapat recruit dalam purata 50 FL sebulan.
  • Saya mementingkan service yang baik kepada customer yang sedia ada. Service ini penting bagi saya kerana kita perlu memenangi hati customers, mendapatkan kepercayaan dari mereka dan “BUILD UP RAPPORT” yang baik dengan mereka.  Ini penting kerana mereka akan menjadi “LOYAL CUSTOMERS” kita.  Yang paling saya suka adalah mereka ini semua menjadi sahabat baru dan memberi kepercayaan kepada kita..Saya lebih pentingkan quality customers dari quantity.  Bagi saya quality customers yang baik adalah jenis customers yang aktif, independent dan konsisten menyimpan setiap bulan.

Detik Positif Bersama Public Gold dan Impian Saya

  • Setelah berjaya unlocked Master Dealer secara official dalam tempuh kurang dari 12 bulan, saya telah membuat azam baru untuk mencapai FMD sebelum penghujung tahun ini, di samping membimbing lagi ramai Dealers di bawah saya dan melahirkan beberapa MDs.
  • Menjadi Dealer adalah di luar jangkaan saya.  Sebenarnya tidak sukar menjadi Dealer ni kerana saya dah sebati dengan jiwa Customer Service di hotel, jadi amat mudah saya terapkankan skill Customer Service dalam handling customers PG.  Saya amalkan cara kerja yang konsisten serta memastikan semua customers betul-betul faham dan boleh independent selepas dibimbing dengan baik. Saya percaya bila customer kita HAPPY dengan service yang diberikan, kita akan mendapat TRUST dari mereka, mereka menjadi LOYAL dan akan RECOMMEND kepada kenalan mereka pula.
  • Team Keluarga Emas SJ dan SJ sendiri, Mentor kita Tuan Zulkifli Shafie, Mahaguru kita Tuan Syukur Hashim, tidak dilupakan Tcer Amimah dan Cikgu Azmy Fadzly serta semua rakan2 Dealer yang hebat dalam G100 amat membantu dalam vision saya untuk menjadi Dealer yang berjaya mendidik ramai orang celik ilmu emas. 
  • PG1S yang telah disediakan amat mudah untuk kita ikuti dan gunakan, ianya kemas, tersusun dan direction yang amat jelas.
  • Umur saya semakin menghampiri persaraan.  Saya telah bersedia dan memilih untuk bersara awal tidak lama lagi dari kerja hakiki saya selama 35 tahun. Selepas bersara saya akan meneruskan lagi Dealership ini seperti yang saya lakukan sekarang bersesuaian dengan tagline saya: 

Chase your vision not the money, the money will end up following you”. 

(Ibarat kejar akhirat, dunia pasti mengikuti).  Menunaikan tanggungjawab secara ikhlas dan berniat baik dalam mendidik lebih ramai lagi orang untuk lebih celik dengan ilmu menyimpan emas)

“TERIMA KASIH PUBLIC GOLD, TERIMA KASIH G100 NETWORK, TERIMA KASIH TN. ZUL, TN. SJ, TCER AMIMAH, TN. FADZLY SERTA SEMUA RAKAN2 DEALERS G100 YANG HEBAT”

 

Pendaftaran sudah penuh.