Adam-Fahmi-bin-Ghazali

Adam Fahmi bin Ghazali & Huda Amira Binti Azman

Perjalanan Membina Empayar Yang Boleh Diwarisi Bersama Public Gold By G100 Network

Nama saya Adam Fahmi bin Ghazali. Saya berasal dari Ipoh, Perak. Saya telah berkahwin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Saya seorang penjawat awam dan telah berkhidmat selama 13 tahun. Saya merupakan pengusaha Chalet diberi nama Hillside Cottage di Cameron Highlands. Saya percaya ilmu pengetahuan itu amat penting. Saya telah baca beratus buku kewangan dan pelaburan. Dan saya tak jumpa satu cara mudah dan cepat untuk menjadi kaya. Jangan sesekali melabur dalam mana mana instrument tanpa ilmu dan guru yang betul.

Walaupun mempunyai pendapatan yang kukuh dan pendapatan tetap setiap bulan, saya tetap mencipta Multiple Source of Income (MSI). Kerana saya percaya pendapatan dan pekerjaan yang kukuh tidak menjamin apa-apa. Semasa Pandemik Covid 19, Juruterbang pun boleh hilang punca pendapatan. Pendapatan saya dari pelaburan hartanah melalui rumah sewa, dan chalet pun turut terjejas. Saya belajar 2 perkara penting dari pandemik ini, iaitu anda perlu mula mencipta MSI dan mempunyai simpanan yang kukuh. Cabaran pada masa akan datang adalah cabaran ekonomi. Jadi kena mula simpan duit dalam bentuk hard asset dan komoditi seperti emas, perak dan hartanah. Saya juga percaya kita kena ada simpanan yang kukuh bagi bersedia menghadapi masa yang buruk.

Saya mula aktif menjadi dealer sejak Mei 2020

Alhamdulillah pendapatan dari Public Gold sedikit pun tidak terjejas malah semakin berkembang. Kekuatan Public Gold adalah konsep CONSUMERCHANT. Anda boleh menyimpan emas dan pada masa yang sama anda boleh menjual emas seterusnya menjana pendapatan pasif dengan menjadi dealer. Kekuatan yang kedua adalah ‘INNOVATION’. Public Gold adalah syarikat emas pertama mendapat pengiktirafan patuh syariah dan yang pertama memperkenalkan akaun emas atas talian. Public Gold juga memperkenalkan E-commerce Malaysia yang pertama iaitu ‘PG Mall’. Public Gold telah menyediakan platform yang terbaik kepada lebih 500 ribu customer sedia ada. ‘Now everyone can buy gold”. 

Saya katakan semua ini bukan sebab saya dealer Public Gold tetapi sebab kekuatan inilah saya menjadi dealer. Sebab itu saya berani rekemen orang ramai menyimpan emas Public Gold. Saya juga nampak potensi bisnes emas yang disediakan oleh Public Gold. Masih ramai yang tak sedar kepentingan simpanan emas di luar sana. Jadi tugas dealer untuk berkongsi ilmu emas dan bantu orang ramai yang masih tidak tahu cara untuk memulakan simpanan emas. jika kita nak sesuatu, kita kena berusaha bersungguh-sungguh. Saya percaya saya tidak akan berjaya tanpa doa dan restu kedua ibu bapa. Walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga, saya tidak menjadikan ianya satu alasan untuk tidak berjaya. Jika kita ada Dream yang besar, semua masalah akan nampak kecil. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Penghargaan

Saya kini sedang berusaha keras bersama G100 Network di bawah bimbingan En Mohd Zulkifli Shafie. G100 Network merupakan team dealer yang paling cepat berkembang di dalam Public Gold. Selepas setahun aktif menjadi dealer, saya berjaya naik ke pangkat Star Master Dealer dengan direct frontline mencecah 370 orang dan lebih 1200 penyimpan emas dalam empayar saya. Jutaan terima kasih kepada mentor, upline dealer, seluruh ahli keluarga, serta team G100 Network yang sentiasa menyokong dan membantu saya sepanjang perjalanan membina empayar emas yang boleh diwarisi. Syukur Alhamdulillah.

Pendaftaran sudah penuh.