ayunni harun 2022

Ayunni Harun

Tentang Kami dan Emas Pertama

Nama saya Nur Ayunni Binti Che Harun dan pasangan Mohammad Nur Shahrin Bin Mohd Razmi. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan suami adalah seorang Programmer di salah sebuah syarikat swasta di Cyberjaya.

Semasa hari pernikahan kami, saya menerima beberapa keping dinar dari suami sebagai hantaran disamping barang-barang lain seperti handbag, pakaian, jam tangan, dan beberapa lagi hantaran lain.

Itulah emas pertama yang saya ada iaitu dinar dan satu gelang emas hadiah dari mentua. Pada masa tu saya cuma pandang emas ni sebelah mata sahaja. Sehinggalah…

Jatuh Cinta Dengan Emas

Suami saya adalah penyimpan emas sejak kami belum kahwin lagi. Walaubagaimanapun, saya tak pernah ambil tahu tentang emas sehinggalah suami menjual sebahagian emas yang dia simpan untuk tujuan pelaburan pada instrumen lain. Kebetulan pada masa tu harga emas pada paras tinggi. 

Pada detik itulah baru saya nampak yang simpan emas ni sangat bagus. Tambahan juga, bila semak balik hantaran yang saya terima dulu, hanya dinar dan barang kemas je yang kekal, barang-barang lain semua dah rosak.

Nilai dinar yang saya terima sebagai hantaran kahwin dulu pun sudah meningkat hampir sekali ganda. Dari detik itulah saya jatuh cinta pada emas.

Bisnes Emas Bersama

Selepas nampak kebaikan simpanan emas, saya memujuk suami untuk upgrade status customer Public Gold kepada dealer sekadar untuk mendapat insentif atas pembelian diri sendiri memandangkan suami sudah memang penyimpan emas.

Selepas berbincang, kami mengambil keputusan untuk daftar akaun saya sebagai dealer. Selepas berdaftar sebagai dealer, kami join PG Leadership Training (PLT) yang dianjurkan oleh G100 Network. Dari situ kami sekali lagi terbuka mata tentang peluang bisnes yang boleh dibuat bersama Public Gold dan terus mengambil keputusan untuk serius membina bisnes bersama-sama.

Hubungan Lebih Baik Melalui Bisnes

Alhamdulillah, dalam masa 9 bulan kami sudah capai status sebagai Master Dealer. Banyak ilmu bisnes, ilmu kewangan, ilmu emas yang kami belajar daripada dealer-dealer yang hebat terutamanya dari Mentor Tuan Zulkifli Shafie.

Disamping pencapaian-pencapaian yang kami dapat sepanjang buat bisnes PG, ada satu pencapaian yang lebih besar bagi kami iaitu hubungan kami suami isteri bertambah baik. Kalau sebelum ni kami kurang bercakap, tapi sekarang ni 24 jam sembang Public Gold je, sembang bisnes je. Ada benda yang bermanfaat untuk disembangkan. Sebab suami saya ni jenis yang kurang bercakap sebab dia banyak menghadap komputer sahaja.

Tapi selepas buat bisnes PG dan bergaul dengan dealer-dealer yang positif, berada dalam circle G100 yang super positive, suami dah mula banyak bercakap. Setiap kali lepas join event atau meeting, dia akan bercerita balik pada saya. Bisnes PG secara tak langsung telah memberi impak yang besar pada kehidupan kami. 

Banyak benda positif yang kami belajar dari Mentor dan dealer-dealer hebat G100. bukan sahaja mampu membina business, malah mampu mengubah peribadi menjadi yang lebih baik.

Terima Kasih

Jutaan terima kasih kepada keluarga dan keluarga mentua yang sangat menyokong dan  membuatkan kami lebih bersemangat untuk berkongsi manfaat emas. Terima kasih juga kepada penyimpan emas yang memberi kepercayaan pada saya dan suami. Tidak lupa pada keluarga G100 Network yang super positive terutamanya Mentor Tuan Zulkifli Shafie yang banyak memberi tunjuk ajar.

Pendaftaran sudah penuh.