Azman-Bilaji

Azman Bilaji

Mengenai Saya

Nama saya Ar. Azman Bilaji dan isteri Noor Fazliatun kini menetap di Johor Bahru. Kami mempunyai 5 orang anak. Saya bekerja sebagai seorang akitek dan kini masih menjalankan praktis Azman Bilaji Architect di Johor Bahru sejak tahun 2003 lagi.

Mula Menyimpan Emas Jongkong

Saya mula menyimpan emas jongkong pada tahun 2018 setelah berkenalan dengan introducer saya En Mohamad Hafiz Shafie ditahun 2017 melalui aktiviti berbasikal. Pengalaman dapat memegang emas 10g pada bulan Jun 2018 di atas tapak tangan meninggalkan kesan mendalam didalam diri saya, memikirkan logam sekecil itu boleh jadi begitu bernilai sejak dahulu kala. Setelah saya mula menyimpan emas, barulah saya sedar tentang sifat boros saya sebelum ini. Sesal mula melanda diri. 

Pada bulan September 2018 saya membuat keputusan menjadi dealer emas kerana ingin terus membeli dengan harga diskaun. 

Pada penghujung tahun 2019 saya telah menghadiri program PLT di Ampang selama 2 hari. Sekembalinya saya dari program itu, minda saya mula terbuka untuk menjalankan business emas ini dengan secara lebih serius. Selama ini saya beranggapan yang business utama yang saya masih jalankan sehingga sekarang, adalah satu satunya sumber perniagaan saya hingga ke akhir hayat. Walau bagai mana pun setelah di buat perbandingan tentang kebebasan kewangan dan pendapatan pasif, saya dapati Public Gold ini tiada tandingannya.

G100 Network menyediakan satu landasan yang sistematik untuk saya mendaki tangga kejayaan yang tidak saya jangka. Bermula dari tarikh saya bertekad untuk mendidik lebih ramai orang faham tentang kelebihan menyimpan emas, saya telah berjaya menjadi Master Dealer dalam masa 15 bulan.

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan saya Noor Fazliatun dan anan anak yang sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah bagi dalam membina bisnes ini, introducer saya En FMD Mohamad Hafiz Shafie yang tak jemu membantu saya di awal penglibatan saya. Terima kasih saya kepada kepada mentor dan pengasas G100 Network En Zulkifli Shafie di atas semua tunjuk ajar dan panduan percuma yang dicurahkan dan tidak lupa Mentor En Syukor Hashim yang selalu mendidik di social media tanpa jemu.

Pendaftaran sudah penuh.