Emellia-Maskor-400x500-1

Emellia Maskor

Kakitangan Swasta Bina Dana Pencen Melalui Bisnes Public Gold

“Anak sudah hendak masuk dua orang, duit simpanan seperti ada dalam tiada”. Walaupun saya seorang eksekutif swasta dan suami seorang kontraktor tetapi pengurusan kewangan kami tidak begitu baik 8 tahun lepas. Sebelum berkahwin, kami sudah mempunyai hartanah yang disewakan atas nama masing-masing sebagai pendapatan pasif sekarang dan berharap dapat dijadikan dana pencen apabila tua nanti. Cuma sikap boros dan tiada ilmu kewangan menyebabkan kewangan kami tidak kukuh. Maka saya dan suami mula mencari peluang buat duit tambahan dengan hadir beberapa seminar perniagaan. 

Sejak ada anak, beberapa kali duit anak jadi ‘talian hayat’ sementara kami dapat gaji seterusnya. Sewaktu berpantang anak kedua, saya mula terfikir untuk mencari cara urus duit dengan baik dan mempunyai simpanan yang bertahan lama. Tabiat kewangan yang buruk ini mesti dihentikan.

Si Boros Jumpa Penawar

Sejak terbaca artikel di blog mentor saya, saya sangat gembira kerana akhirnya saya jumpa penawar untuk mengubati penyakit boros dan tips menyimpan wang dan emas yang betul. Semua duit simpanan anak saya tukarkan kepada emas supaya saya tidak lagi menggunakan duit anak sewenang-wenangnya. Saya juga menambahbaik teknik menyimpan sebahagian duit gaji kepada simpanan emas setiap bulan dengan jayanya. Beberapa cabaran kewangan seperti kebocoran duit,  simpanan duit tidak bertahan lama dan tiada dana khas mengikut matlamat kewangan selesai satu persatu. Alhamdulillah.

Berkongsi Manfaat Dengan Orang Lain

Ketika saya sudah menemui penyelesaian masalah pengurusan kewangan dan keseronokan menyimpan emas, saya ambil keputusan untuk menjadi dealer Public Gold pada 2014.. Walaupun komisen dealer antara 1% – 2 % sahaja, saya mahu berkongsi kebaikan dan manfaat simpanan emas dengan lebih ramai orang. Ketika mula-mula saya menjadi Dealer Public Gold pada 2014, ramai rakyat Malaysia masih lagi skeptikal dengan simpanan emas. Mereka bimbang Public Gold adalah pengelola skim cepat kaya yang seterusnya. Jika tidak berjaya simpan duit, mereka boleh tukar cara simpanan dengan beli dan simpan emas, asalkan dibimbing dengan ilmu yang betul dan dealer yang bertanggungjawab.

Pendapatan Tambahan Bertukar Jadi Pendapatan Pasif

Bermula dengan pendapatan bawah RM100, kini komisen Public Gold saya hampir menyamai malah ada ketikanya melebihi pendapatan kerjaya saya sebagai seorang eksekutif swasta. Hari ini, saya tidak perlu menunggu usia pencen untuk menikmati ‘dana pencen’. Saya masih boleh terus bekerja seperti biasa dan menambah tabungan masa hadapan dengan komisen Public Gold. Insha Allah sebahagian besar komisen tersebut akan dialihkan kepada pelaburan hartanah yang terbantut dulu akibat kecetekan ilmu kewangan.

Setinggi-Tinggi Penghargaan

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga iaitu suami, anak-anak dan ibu yang sentiasa memberi restu, memahami apa yang saya usahakan dan mendoakan kejayaan saya dari hari pertama saya buat keputusan membina bisnes ini hingga saya bergelar 1 Star Master Dealer Public Gold. Ini hanyalah ‘check point’ pertama saya dalam bisnes.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada mentor saya dalam bidang emas iaitu Tn Mohd Zulkifli Shafie dan guru emas Tn Syukor Hashim yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan menyediakan satu platform Latihan dealer yang terbaik. 

Program Latihan ini memberi peluang sama rata untuk orang biasa berubah menjadi luar biasa dalam mengubah masa depan diri sendiri dan keluarga. Terima kasih juga untuk semua sahabat-sahabat dealer PGG100Network yang sentiasa saling menyokong antara satu sama lain.