Faezah-Hamid

Faezah Binti Hamid

Latar Belakang

Saya Puan Faezah Hamid. Merupakan seorang Pengurus Kewangan (Pelaburan) di sebuah syarikat top 10 dalam Bursa Saham Malaysia. Berusia 32 tahun, sudah berkahwin, dan mempunyai dua orang cahaya mata. Saya graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan dan pemegang Sarjana Ekonomi Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini, saya melanjutkan pelajaran dengan tajaan Yayasan Peneraju bagi mendapatkan sijil Professional Chartered Financial Analyst (CFA).

Bagaimana Terbuka Mata Bermula Dengan Emas

Saya bermula dengan emas seawal usia 22 tahun, sebaik sahaja tamat pengajian Degree dan memulakan pekerjaan. Bermula dengan emas 916 (emas perhiasan), seiring dengan bertambah ilmu, saya fokus dengan emas999 pada Jun 2020. Maskahwin saya juga dihadiahkan dinar oleh suami tercinta pada Mei 2014 yang saya jadikan sebagai loket untuk diabadikan sebagai tanda cinta kami berdua. 

Saya fokus bebas hutang jahat dari awal bekerja, dan saya secara official bebas hutang jahat pada usia 28 tahun. Saya tidak pernah menolak mana2 cabang pelaburan kerana saya faham tidak ada satu pelaburan pun yang bersifat sempurna, kesemuanya saling lengkap-melengkapi.

Saya dan suami suka travel ke luar negara sebagai aktiviti percutian bersama keluarga. Kami selalu membincangkan satu kehidupan yang tenang-tenang sahaja pada usia 45 tahun nanti. Suami merupakan seorang engineer dan trader yang mempunyai kemahiran ilmu teknikal. Saya pula suka membaca dan background Finance, jadi kami gandingkan kemahiran berdua dalam pengkhususan bidang emas.

Bagaimana Terbuka Minda Untuk Buat Bisnes Emas

Tidak pernah saya bayangkan yang saya akan mempunyai bisnes emas. Saya dan suami aktif menggunakan emas dan rolling sebagai dana untuk tutup hutang jahat, dana menambahkan hartanah dan tanah, dana kecemasan, dana persaraan, dana pendidikan anak2, dan dana2 lain. Sebelum ini, saya pernah mencuba pelbagai bisnes. Menjual air dan buah tepi jalan, bisnes makanan, menjual tudung, menjual Herbalife, menjual baju dan lain2.Alhamdulillah, kesemuanya ke laut dalam perginya. Woha!

Sehinggalah satu ketika saya membaca dan menggali ilmu emas yang dipimpin oleh mentor saya, Puan Marlia Ramli, banyak mengubah cara saya berfikir.  Alang2 saya memang menyimpan emas dan ada background Kewangan, why not saya menyebarkan manfaat emas supaya lebih ramai orang dapat membaiki keadaan kewangan mereka? Jadi, Julai 2020 bermulalah secara rasmi saya menjadi Priority Dealer di bawah bimbingan mentor kehidupan saya-Puan Marlia Ramli.

Cabaran Yang Dihadapi, Kejayaan Yang Dicapai Dan Perubahan Dalam Hidup Lepas Jadi MD

Cabaran yang paling besar adalah dari sudut pembahagian masa. Bekerja sebagai Pengurus Kewangan dan menyambung pelajaran, yang menjaga emak yang sudah tua, juga ibu kepada dua orang anak lelaki yang masih kecil dan sangat aktif, serta isteri kepada seorang suami yang selalu outstation – masa dan tenaga adalah cabaran yang paling genting untuk saya. Saya pejam mata dan buat saja, kerana cabaran pasti ada, walau jalan mana yang kita pilih! 

Bermula menjadi dealer pada Julai 2020 dan pada 14 Jun 2021, saya berjaya mendapatkan 300 anak didik dan sales sebanyak RM860,000. Bagi saya yang selalu gagal dalam bisnes lain ni, ini merupakan pencapaian yang besar secara peribadi. Dan selama genap setahun, hanya sebulan sahaja saya tidak berjaya mendapat Top Producer iaitu pada Oktober 2020.Dari Januari 2021-Mac 2021, saya mendapat Platinum untuk tiga bulan berturut-turut dan Gold pada April 2021. 

Selama setahun fokus dengan PG, simpanan saya telah lebih 6 angka! Bila melihat emas2 yang berkilauan tu di tangan, saya rasa sangat teruja dan satu perasaan yang sangat best dan sukar digambarkan. Betullah, simpan emas ni menjadikan kita ketagih. Ketagihan yang membawa kebaikan. 

Fokus saya adalah untuk terus mendidik masyarakat tentang simpanan emas yang betul. Saya merupakan seorang Best Student ketika belajar dahulu (syukur dengan izin Allah, tiada sedikit pun niat untuk membangga diri). Jadi, saya sering bertanya pada diri, bagaimana untuk saya menyebarkan manfaat kepada masyarakat dengan sedikit ilmu yang Allah kurnia ini? Moga dengan Public Gold kita semua dapat mengumpul pahala dan dijadikan bekal di sana kelak.

Penghargaan dan Terima Kasih

Terima kasih terutama buat suami dan emak serta anak2 yang menerima diri ini seadanya. Seorang Faezah- yang ceria, aktif, colourful, dan passionate! Kepada mentor kehidupan saya- Puan Marlia Ramli- tak terungkap bagaimana rasa syukur mengenali beliau, seorang yang berjiwa besar dan mengajar saya erti perjuangan dalam kehidupan. Buat semua rakan2 pendidik di Public Gold- moga kita terus kekal istiqamah mendidik masyarakat ilmu emas yang betul. Kerana akhirnya, matlamat kita adalah dipertemukan di syurga kelak- sebuah dunia abadi buat kita semua. 

Pendaftaran sudah penuh.