Amran-Bachok

Hj. Amran Bin Bachok & Hjh Masa’ah Binti Abdul Latif

Mengenai Saya

Nama Saya Amran Bin Bachok dan isteri saya Masa’ah Binti Abdul Latif dan kami mempunyai 3 orang anak. Saya lahir tahun 1976 dan berasal dari Pontian Johor dan menetap di Shah Alam Selangor. Saya bekerja sebagai Pengarah Teknikal di syarikat Teknologi KBSE Sdn Bhd sejak tahun 2007 yang juga merupakan syarikat saya sendiri bersama seorang rakan baik saya.

Saya bermula dengan simpanan emas lepas dengan satu program radio tentang kewangan yang menggalakkan simpanan emas. Kemudian saya beli buku yang ditulis oleh mentor saya Mohd Zulkilfi iaitu Buku Zero Hutang dan Wang Emas. Bermula 5 Januari 2018 saya mula buat belian emas pertama 0.5g di Public Gold setelah membaca blog mohdzulkifli.com.

Pada Bulan Mac 2018, saya menghadiri seminar emas Public Gold di Shah Alam yang disampaikan oleh En Shamsudin Kadir. Bermula dari situ saya rebut peluang jadi dealer kerana tertarik dengan insentif 1% yang saya anggap sebagai diskaun belian sendiri. Syarat untuk menjadi dealer Ketika itu adalah menjadi satu kewajipan untuk hadir ke Jutawan Leadership Training (JLT) kalau nak terus jadi dealer. Di JLT saya belajar banyak ilmu yang sangat bernilai sehingga saya dapat menarik lebih 50 orang saudara terdekat saya dalam masa 2 bulan untuk menjadi penyimpan emas. Sejak itu saya nampak mudahnya persekitaran bisnes ini  dan dapat mendidik orang lain tentang manfaat simpanan emas untuk pengurusan kewangan yang lebih baik.

Pencapaian

Alhamdulillah pada April 2020 saya telah berjaya mencapai Master Dealer dan Ketika ini hampir 890 orang penyimpan emas di bawah saya. Cabaran utama adalah diri sendiri, kerana betapa perlunya kita menjadi seorang pembimbing emas yang berilmu.Saya beruntung dan bertuah kerana menjadi sebahagian keluarga G100 Network kerana dengan adanya Business School Model oleh G100 Network saya dapat belajar lebih banyak ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan dengan orang lain. Alhamdulillah ada beberapa impian telah tercapai termasuklah menunaikan haji pada tahun 2019 asbabnya kerana simpanan emas.

Perubahan ketara yang saya dapat adalah saya mendapat lebih ramai sahabat-sahabat yang sentiasa positif dalam membina diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Hidup kini sentiasa positif untuk menyebarkan sebanyak-banyaknya kebaikan dan manfaat kepada orang lain.

Penghargaan

Terima kasih kepada mentor saya Mohd Zulkifli dan isteri serta Sifu Emas Malaysia Tuan Syukor Hashim atas segala tunjuk ajar dan nasihat. Terima kasih pada semua kaum keluarga, sahabat-sahabat dan semua penyimpan emas di bawah saya. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dapat mengecapi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tahniah pada anda yang bersama dalam  keluarga G100 Network.

Pendaftaran sudah penuh.