Fuad Marlia

Marlia Ramli & Ahmad Fuad

Bisnes PG Menjadi Plan Persaraan Keluarga Kami

Nama saya Marlia Binti Ramli, berusia 39 tahun. Saya merupakan ibu kepada sepasang anak yang berusia 15 tahun dan 8 tahun. Suami saya bekerjaya sebagai Senior Engineer dan saya merupakan HR Manager di salah sebuah syarikat Multinasional. Saya telah memulakan kerjaya sejak usia 22 tahun dan selepas 17 tahun saya masih bekerja sehingga ke hari ini.

Secara amnya saya dan suami merupakan pelabur yang mempelbagaikan simpanan pelaburan semenjak di awal perkahwinan pada 16 tahun lepas. Selain memiliki beberapa hartanah, unit Amanah melalui KWSP dan pelaburan di PNB, kami juga menabung emas secara berdikit mengikut kemampuan semasa. Memandangkan kami merancang untuk bersara pada usia 45 tahun, saya dan suami mengintai beberapa peluang freelance job sebagai pelan aktiviti persaraan kami. 

Semenjak berusia 32 tahun, saya sendiri telah bebas hutang yang tidak mendatangkan pendapatan. Apa yang menjadi fokus saya pada waktu itu hanyalah melakukan system rolling kekayaan supaya ianya membiak melalui beberapa cabang pelaburan sedia ada. 

Sehinggalah pada waktu percutian keluarga keluarga kami ke Korea, saya dan suami ada bincangkan bahawa sebelum usia 40 tahun kami perlu bersedia ke arah soal persaraan dan mencari perniagaan yang ringkas dan mudah supaya kami memiliki aktiviti masa lapang Pada usia 45 tahun kelak. Inilah perbincangan yang telah menjadi detik permulaan untuk kami mula mencari bisnes sebagai kerjaya sampingan selain kerjaya profesional di pejabat.

Setelah membuat beberapa penilaian, kami memilih untuk menjadi dealer PG pada usia 37 tahun. Saya mula menjadi Priority Dealer pada tahun 2019 melalui pembelian 150 gram emas yang berkadar RM28,500 ketika itu. Pada mulanya tidak terlintas langsung bahawa tindakan saya yang bertarikh 14 Febuari 2019 itu bakal mengubah plan persaraan saya dan suami. Waktu itu saya cuma fikir, dealership PG adalah bisnes “suka-suka” bila saya bersara pada usia 45 tahun kelak. 

Alhamdulillah… selepas dua bulan menjadi dealer, saya telah mencapai Club100 recruitment dan bulan keempat saya telah mencapai Club365. Saya malah mendapat tiket percutian percuma ke Cambodia di tahun pertama penglibatan saya sebagai dealer PG. Platform yang saya gunakan adalah hanya facebook personal saya iaitu FB : Marlia Ramli. Alang-alang menulis, saya mengambil peluang untuk mendidik masyarakat ilmu emas yang betul dan asas kewangan yang baik sebagai panduan hidup. 

Insentif pertama saya melalui dealership Public Gold hanya berkadar RM251. Jujur pada permulaan saya hanya “pandang sebelah mata” pendapatan dealership Public Gold. Sebagai HR Manager dan pelabur, nilai RM251 adalah amat kecil  buat saya. Tak apalah… Saya fikir, saya  hanya mahu menjadikan Dealership sebagai pendapatan geli-geli dan suka-suka sahaja.. 

Tetapi..

Rupa-rupanya saya melihat perkembangan empayar saya telah berkembang dengan pantas pada tahun pertama lagi dan hari ini selepas 28 bulan saya telah bergelar Triple Star Founder Master Dealer dengan direct frontline melebihi 2,000 penyimpan emas. Insentif Public Gold telah melebihi gaji saya di pejabat. Malah di tahun kedua saya juga telah mendapat tiket percutian percuma ke Rusia bersama suami saya. Mengejutkan! 

Pendapatan selepas dua tahun melalui Public Gold telah melebihi pendapatan saya di pejabat sebagai HR Manager yang telah bekerja selama 17 tahun. Ketika ini saya mula melihat betapa besarnya potensi bisnes PG dan ianya bukan sekadar freelance job. Melalui insentif PG, saya berpeluang menabung melebihi 100% gaji saya di pejabat setiap bulan. Ini adalah impian semua orang bukan? Bekerja sebulan, menabung dua hingga lima bulan ke hadapan. 

Sejak itulah saya semakin aktif mendidik dan mendidik. Saya mula sedar bahawa saya tidak boleh lagi menjalankan bisnes PG dengan mentaliti part time. Saya perlu sentiasa menganalisis progress bisnes secara serius dan memiliki full time mentaliti di dalam bisnes PG. Saya meletak 100% usaha dalam perniagaan PG kerana saya melihat potensi pendapatannya yang sangat besar dan luarbiasa di dalam tempoh yang singkat.

Selain berjaya menabung melebihi 100% gaji di pejabat setiap bulan dan mendapat tiket percutian percuma, melalui bisnes Public Gold juga saya dan suami berjaya menambah bilangan asset hartanah kami di sebuah negeri di Pantai Timur. PG telah menunaikan impian kami untuk memiliki sebuah unit rumah kecil di tepi pantai. Alhamdulillah….

Alhamdulillah..

Melalui pemilikan pendapatan PG, kami suami isteri tidak lagi bimbang andai hilang pekerjaan di pejabat. Ini kerana, dealership Public Gold yang merangkumi Public Gold Marketing dan PGMall telah menjadi salah satu Plan B yang bakal menampung keperluan ekonomi keluarga kami pada bila-bila masa andai dilanda musibah hilang pekerjaan. 

Dealership PG pada dua tahun yang lepas datang sebagai pendapatan “geli-geli” keluarga kami sahaja.Tanpa disangka, hari ini pada usia 39 tahun, kami telah mencapai matlamat kewangan dan persaraan melalui PG. Dealership PG telah menjadi cabang pendapatan pasif kami pada usia bersara kelak. Malah hari ini, seandainya kami hilang pekerjaan, insya’allah dealership dan bisnes PG telah menyediakan platform pendapatan yang sangat kukuh sebagai pengganti. Memiliki bisnes PG menjadikan tidur malam kami lebih lena tanpa merisaukan usia persaraan lagi.

Pre Order Name Tag