Md-Haris-Bin-Abdul-Halim

Md Haris Bin Abd Halim & Rohaima Nawawi

Pemilik Bisnes

Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Dilahirkan pada Oktober 1975. Seorang suami dan bapa kepada 4 cahaya mata. Itulah saya Md Haris Bin Abdul Halim.

Mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta Rose Nawawi dan menetap di Bandar Kinrara, Puchong hingga kini. Bersama beliau, kami menguruskan perniagaan sendiri juga bertempat di Bandar Kinrara.

Beli Emas Sekadar Hobi Mulanya

Bermulanya perjalanan sebagai penyimpan emas pada 2014 apabila saya sedang mencari hobi mengumpul yang baru. Kebetulan pula saya baru berhenti merokok, asbab daripada itu saya mempunyai duit lebihan yang tidak digunakan dalam masa terdekat.

Saya bermula dengan sekeping gold bar seberat 2gm yang dibeli dari kedai emas terkenal. Tak dapat dikenalpasti kenapa saya memilih emas ketika itu. Cuma yang pasti saya tahu emas ada nilainya dari dulu hingga kini dan terpukau dengan kilauannya pada ketika itu.

Benarlah seperti yang dipelajari. Fitrah simpan duit adalah untuk dibelanjakan, fitrah simpan emas pula untuk dikumpulkan. Dari sekeping menjadi dua, dari dua menjadi tiga dan seterusnya. Tetapi seperti ada yang tak kena bila saya dapati harga untuk jual sangat lah besar jurangnya. 

Tempat rujukan saya sudah tentu lah isteri saya, sebab dia orang Kelantan dan orang Kelantan ni memang terkenal dengan celik emas. Dipendekkan cerita, beliau minta saya baca blog mohdzulkifli.com yang sarat dengan ilmu kewangan dan emas. Ingat lagi ayat dia..”Baca blog mamat ni. Info blog dia bagus”. Maka bertapalah saya membaca setiap cerita tentang emas dan di situ lah saya mengetahui tentang Public Gold dan mulakan pembelian pertama saya dengan sekeping 2 dinar.

Dari Customer Biasa Kepada Dealer

Fitrah manusia tidak pernah puas. Bermula dari titik tolak mencari keuntungan maksima dalam simpanan emas dan ilmu dari blog mentor Mohd Zulkifli Shafie, pertengahan 2015,saya mengambil keputusan menjadi Normal Dealer dengan belian emas sebanyak RM30 ribu pada harga RM144 segram!!

Fitrah manusia tidak pernah puas Kembali lagi bila dirasakan insentif Normal Dealer sebanyak 1% dirasakan sedikit. Beberapa bulan kemudian saya upgrade ke Priority Dealer dengan belian sebanyak RM60 ribu pula. Perjalanan sebagai dealer agak perlahan dan lembap. Tiada latihan khusus yang disediakan waktu itu, tiada pengalaman berbisnes, terikat dengan kerja hakiki bukan penghalang kepada semangat mahu Berjaya dalam bisnes Public Gold. Mujur saya sudah bertukar introducer kepada en Mohd Zulkifli (saya join Public Gold tanpa ada introducer) dan dengan beliau lah rujukan saya dikala saya melanggar dinding dalam bisnes.

2015, saya menghadiri bengkel Rahsia Usahawan Emas yang dianjurkan oleh En Mohd Zulkifli Shafie. Alhamdulillah, bermula dari situ, saya sedar impian sebenar yang perlu saya capai dan menggunakan kelebihan sebagai dealer Public Gold untuk mencapai impian tersebut. Ditambah lagi dengan adanya PG1system yang diwujudkan pada 2016, maka lebih jelas dan lancar lagi perjalanan saya sebagai dealer Public Gold.

Awal 2018 dipanggil ke HQ Public Gold di Bayan Lepas untuk hadiri interview Master Dealer dengan ditemani oleh mentor En Mohd Zulkifli Shafie dan bermula lah perjalanan baru sebagai seorang Founder Master Dealer.

Hidup Bebas Tanpa Terikat Dengan “Rat Race”

Alhamdulillah dengan membuat bisnes Public Gold sepenuh masa, saya berkesempatan untuk hidup bebas tanpa terikat dengan ‘rat race’, mencapai matlamat bebas kewangan dan mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

Kejayaan dalam perniagaan tidak mempunyai jalan singkat. Setiap laluan dalam perniagaan yang kita pilih, mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri.

Bagi yang memiliki jiwa dan semangat yang kental, mereka akan menganggap setiap perjalanan itu sebagai pengalaman yang mengajar, untuk menjadi seorang pemilik bisnes yang lebih baik.

Anugerah percutian daripada Public Gold yang diperolehi. Antaranya Russia, Indonesia, Vietnam, Cambodia.

Terima Kasih Semua!

Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada isteri saya Rose Nawawi yang memahami bisnes PG ini, kaum keluarga, sahabat-sahabat, semua penyimpan emas di bawah dealership saya, kakitangan PG yang memberikan sokongan kepada bisnes PG saya, Mentor dan sifu saya En Mohd Zulkifli Shafie dan juga En Syukor Hashim yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan bimbingan dan tidak lupa kepada Dato Wira Louis Ng yang menyediakan peluang dan platform perniagaan emas no 1 di Malaysia.

Pendaftaran sudah penuh.