Shafiq-Rohaizad-Buyong

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Bisnes PG Peluang Saya Capai Kebebasan Masa Dan Kewangan

Sekadar suka-suka dan ingin mencuba. Itulah titik permulaan mengenali emas dengan lebih mendalam. Hanya tertarik dengan satu posting di Facebook tentang emas. Saya memberanikan diri membuat belian pertama iaitu 1 dinar dan jongkong emas 5 gram (bukan jenama Public Gold) ketika itu. 

Tidak menyangka itulah langkah membuatkan saya terjun dalam bidang ini dan membuka pintu lebih jauh lagi. Benar emas itu mempunyai aura yang luar. Bermula saat itulah saya terus jatuh cinta dengan emas. Setiap hari gaji saya akan tukar sebahagian gaji saya dalam bentuk emas. Namun, hajat saya untuk terus menyimpan emas dengan lebih agresif tidak kesampaian apabila rakan saya yang merupakan seorang dealer tidak lagi aktif pada waktu tersebut.

Sepanjang 2014 saya terhenti seketika menyimpan emas walaupun minat dengan emas mulai bercambah dalam diri sehinggalah saya bertemu dengan blog satu blog iaitu www.mohdzulkifli.com. Niat hanya mahu belajar urus hal kewangan peribadi, tidak menyangka ibarat “mengantuk disorongkan bantal” blog tersebut membawa saya pelbagai artikel tentang ilmu emas. 

Saya sangat teruja kerana minat menyimpan emas hampir hilang dalam diri saya kembali bercambah. 3 bulan saya mengikuti blog tersebut sehinggalah saya memberanikan diri sekali lagi membeli emas. 

Tanpa berlengah saya terus ambil tidak memulakan syiling emas 1 dinar. Saya tidak menoleh lagi kerana dengan kemudahan PG sediakan dan mempunyai cawangan hampir setiap negeri membuatkan saya lagi seronok. Ini disebabkan ketika itu saya berkerja di Kuching. Apabila balik ke Semenanjung saya mudah berurusan jual beli di mana-mana cawangan PG di Semenanjung.

Public Gold bukan sahaja syarikat jual beli emas namun PG juga aktif mengadakan seminar-seminar emas percuma untuk mendidik masyarakat tentang emas. Inilah ruang dan peluang saya menambah ilmu emas depan mendepan kerana ilmu pengurusan kewangan suatu ilmu yang saya tidak pernah saya pelajari di universiti dahulu.

Keseronokan saya menyimpan emas dan manfaat kepada  kewangan saya membuatkan saya tidak boleh duduk diam. Saya perlu bercerita dengan orang lain tentang kelebihan menyimpan emas. Saya pasti ramai di luar saya tidak tahu kelebihan emas kerana secara biasanya ilmu emas tidak pernah diajar sepanjang hidup kita. Saya mula berkongsi apa saja ilmu yang saya pelajari dari seminar di facebook atau bercerita kepada kawan-kawan pejabat.

Minat Menjadi Kerjaya

Sekadar untuk mengalihkan simpanan tunai ke dalam bentuk emas, Public Gold telah menghadiahkan saya status dealer secara percuma. Minat menjadi kerjaya, itualah ungkapan yang boleh saya dikatakan. Minat saya tentang emas terus subur dalam diri saya. 

Status dealer yang saya perolehi di PG saya dimanfaatkan sebaiknya untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat. Bermula saat inilah saya serius membina bisnes PG walaupun insentifnya 1%- 2% saja. Namun, bisnes PG sangat berbeza dengan bisnes-bisnes lain sebelum-sebelum ini.

Pendapatan bisnes bersifat pendapatan pasif secara berterusan, jaminan masa depan telah membuka minda saya bahawa bisnes ini membuka peluang kepada saya untuk mencapai bebas kewangan dab bebas masa suatu hari ini. Sekali orang menyimpan emas dan mereka berterusan menyimpan emas, selagi itu dealer akan menikmati insentif.

Membina Kefahaman Tentang Emas Bukan 1 Hari

Bisnes PG yang sangat sesuai dengan diri saya kerana ia bersifat mendidik, mengajar dan berkongsi ilmu dengan orang ramai. Cabaran utama sepanjang berkecimpung dalam bidang ini ialah membina kefahaman baru dalam masyarakat tentang kelebihan emas sehingga mampu membina kewangan yang kukuh. Seperti kita maklum masyarakat sangat sinonim pelaburan dengan keuntungan berlipat kali ganda sehingga mereka yang kekurangan ilmu terus terperangkap dengan skim-skim cepat kaya bertopengkan emas yang berlaku suatu ketika dahulu. Ini titik penting untuk saya terus menyebarkan ilmu emas yang betul dan selamat. Dengan niat menyebarkan kebaikan saya menggunakan sepenuhnya kemudahan media sosial dan membuka booth bersama isteri untuk mempromosikan emas kepada masyarakat. Pendapatan Bisnes PG Banyak Membantu Kewangan Keluarga Saya

Ternyata usaha ini membuahkan hasil apabila 6 Mac 2021 saya telah mencapai Master Dealer dalam pada masa yang sama sebagai 1 star Master Dealer yang mempunyai lebih seribu penyimpan emas dalam rangkaian. Namun yang paling membuat saya lebih gembira ialah pendapatan daripada perniagaan PG  telah banyak membantu kewangan keluarga saya dan satu hari nanti saya berjaya mencapai bebas masa dan kewangan tanpa keluar rumah 7 pagi hingga 7 malam.

Sekalung Penghargaan

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih saya titipkan kepada guru dan mentor saya En Mohd Zulkifili Shafie dan isteri Pn Nadjdah yang memberi sokongan kepada saya dan isteri, guru emas saya En Syukor Hashim dan Pn Jonainah Nordin yang banyak membantu memberi nasihat dan teguran sepanjang perjalanan saya dalam bidang ini. Tidak lupa juga kepada Founder Public Gold Dato Wira Louis Ng yang menyediakan peluang sebaik ini yang memberi ruang kepada saya mencapai impian bersama PG. Titipan semangat juga tidak pernah luntur daripada isteri tersayang Puan Nuraini Nabilah Kamal yang sentiasa ada di sisi, ibu ayah serta keluarga yang sentiasa mendoakan.

Pendaftaran sudah penuh.