Sabri-Bin-Yaacob

Mohammad Sabri Bin Yaacob

Mengenai Saya

Saya, Mohammad Sabri Bin Yaacob, seorang Senior Chemist dalam industri minyak dan gas. Berkelulusan sarjana muda sains kimia dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pengurusan dari UiTM. Sekarang, dalam process melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Saya merupakan bapa kepada 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan.

Menyimpan Emas Untuk Suka-Suka

Saya menyimpan emas untuk suka-suka sejak 2009. Ibu saya menasihatkan agar kumpul emas sebab boleh digadaikan bila perlu. Perkenalan dengan En Zulkifli Shafie pada 2016 selepas membaca buku Zero Hutang dan membuat temujanji untuk bertemu beliau membawa saya kepada “fasa baru” dalam simpanan emas dan dari pertemuan itu, saya mengenali Public Gold. En Zul rekomen untuk saya menyimpan emas sebagai tabung Kecemasan.

Belian pertama saya juga adalah untuk menjadi dealer emas, tetapi Ketika itu, saya belum berminat untuk buat bisnes emas, sehinggalah pada February 2017, saya menyertai JLT di Gunung Jerai. Saya mula berbusiness dengan serious hingga hari ini, setelah memahami system business Public Gold yang sangat baik dan kukuh. Isteri saya yang pada mulanya tidak menyokong saya untuk berbusiness di Public Gold berubah fikiran setelah saya “paksa” untuk dia sertai JLT pada November 2018. Semenjak itu, kami berganding tenaga untuk memastikan business kami Berjaya.

Cabaran Terbesar Adalah Ego

Antara cabaran terbesar yang saya hadapi ialah, ego sendiri yang berasakan diri sudah serba bagus. Dengan networth yang sudah mencapai RM 1 juta awal tahun 2017, saya rasakan diri sudah cukup berilmu sedangkan ego itu amat merugikan diri sendiri. Saya teruskan business sebagai dealer Public Gold, dengan semangat yang pasang dan surut, tetapi tetap yakin ia merupakan business yang amat saya perlukan satu hari nanti walaupun pada awalnya, komisyen yang diterima tidaklah banyak dan saya temui pelbagai peluang untuk menjana lebih banyak income.

Memahami perbezaan besar antara passive dan active income, saya tetap memilih untuk serius dalam business Public Gold hingga saya menjadi local speaker untuk Public Gold Kuantan dan mengendalikan seminar hampir setiap bulan atas kapasiti seorang dealer Public Gold untuk mendidik masyarakat mengenai emas.

Saya menjadi Master Dealer pada February 2021 dan income dari Public Gold meningkat 3 kali ganda. Dengan lebihan pendapatan ini, saya boleh besarkan kadar simpanan. Ini juga mempercepatkan perjalanan saya ke arah financial freedom, dan melengkapkan impian saya membangunkan beberapa buah rumah di atas tanah sendiri tanpa loan bank.

Penghargaan

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Dato Wira Louis Ng, En Syukor, En Zulkifli Shafie, staff Public Gold, rakan-rakan dealer khususnya G100 dan para pelanggan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membimbing anda sebagai penyimpan emas di Public Gold.

Pendaftaran sudah penuh.