Faizal-bin-Mohd-Moktor-400x500-1

Mohd Faizal bin Mohd Moktor

Latar Belakang

Nama Saya Mohd Faizal Bin Mohd Moktor dan isteri saya Farhana Hanisah Binti Aziz dan kami mempunyai seorang anak. Saya lahir pada tahun 1982 berasal dari Muadzam Shah,Pahang dan kini menetap di Tanjung Karang,Selangor.

Kelulusan pengajian Tahfiz dan Ulum Ad-Diniah (Dauratul Hadith) di Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Kuala Terengganu dan Kerjaya saya adalah sebagai Mudir sebuah Maahad Tahfiz Lil- Banat (Perempuan) yang dibangunkan sendiri bersama isteri saya.

Mula Meminati Emas

Saya mula meminati emas apabila seorang dari sahabat saya bagi gambar satu dinar dalam group whatsapp, dengan gambar screenshot dari website public gold tersebut membuatkan saya tertarik dan terfikir untuk mula membuat simpanan emas, kebetulan ketika itu duit moratorium pinjaman dari kerajaan ada selama 6 bulan. Saya mula search dalam facebook berkaitan emas public gold. 

Setelah buat oder dinar pertama secara ansuran 10 bulan, terdedik dihati untuk melihat apa lagi yang disediakan oleh Public Gold dan terjumpa promosi dealer dengan belian 8 dinar. Tanpa berlengah masa selepas 5 hari menjadi pelanggan Public Gold terus upgrade sebagai dealer.

Apa yang terdetik untuk saya terus menjadi dealer adalah ingin membantu sahabat-sahabat saya untuk mulakan simpanan emas satu dinar paling kurang secara ansuran 10 bulan yang disediakan oleh Public Gold. 

Kebanyakan sahabat – sahabat saya adalah dari latar belakang yang sama seperti saya, tidak ada lebihan yang banyak untuk menyimpan emas,dengan kaedah yang disediakan oleh Public Gold ini memudahkan kami untuk mulakan simpanan emas.

Kenangan Manis

Sepanjang saya menjadi dealer Public Gold ini, banyak kenangan manis dan perasaan yang mengembirakan antaranya apabila saya dapat bagi servis yang terbaik untuk setiap penyimpan emas dan mereka berpuas hati, kegembiraan mereka adalah kepuasan bagi diri saya, dan setakat ini halangan yang saya terima tidak begitu besar, antaranya adalah kekangan masa dengan pengurusan Maahad Tahfiz sahaja,

Alhamdulillah berkat kesabaran dan ilmu yang dipelajari dalam kelas-kelas mingguan yang disediakan oleh team G100 saya dapat achieve CLUB 100 dan MASTER DEALER dalam masa 10 bulan.

Alhamdulillah setelah manjadi Master Dealer,kehidupan dan kewangan saya sedikit lega walaupun tidak setanding sfu-sifu hebat dalam G100, tetapi ianya betul-betul memberi kesan dalam kehidupan seharian saya bersama keluarga.

Saya dapat menghabiskan hutang-hutang jahat saya yang lama secara berperingkat, dan juga saya dapat keyakinan dari sahabat – sahabat sehinggakan mereka memberi gelaran (laqob) kepada saya pejal az-zahab wal fiddah (faizal – emas dan perak).

Sekalung Penghargaan

Sekalung penghargaan diucapkan kepada introducer saya dan mentor yang banyak memberi motivasi dan tidak lupa team G100 yang banyak membantu dari setiap segi dan yang paling dihargai adalah isteri yang selalu support segala usaha dalam membangun bersama Public Gold, 

Matlamat kami adalah ingin bersama G100 mencapai financial freedoom dan membantu orang ramai capai perkara yang sama.

Success is Predictable…