Nazim-Hj-Badruddin

Mohd. Nazim Bin Hj Badruddin

Mengenai Saya

Nama saya Mohd. Nazim Bin Hj Badruddin, tetapi kawan-kawan saya lebih mengenali saya sebagai Gigs atau Abe Gigs. Saya dilahirkan pada 6 Julai 1977 di Kota Bharu, Kelantan. Saya mendapat Pendidikan menengah di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Media.

Sekarang saya merupakan ‘founder’ kepada AiSuka Bazaar, penyedia tapak niaga mudah dan murah sejak 10 tahun dahulu.Fokus kami adalah membantu golongan peniaga kecil berniaga dalam kos yang sangat murah, serendah RM20 sehari.

Saya telahpun berkahwin dan isteri saya merupakan suri rumah tetapi secara sambilan berniaga online bagi mengisi masa lapang.

Secara dasarnya, bisnes saya telah auto pilot. Sementelah bisnes hanya berjalan 2 hari seminggu dan diuruskan sepenuhnya oleh staff tanpa saya perlu ke lokasi tapak niaga. Saya sudah lama punya kebebasan tanpa bebanan hutang dan saya sentiasa bebas ke sana kemari tanpa perlu mengira masa bila saya hendak bercuti. Hidup saya seadanya tanpa komitmen besar setiap bulan.

SAYA DAN EMAS

Saya mula serius menyimpan emas pada tahun 2013. Membeli barang kemas sebagai simpanan dan pelaburan. Tahun 2013 juga saya bernikah dan saya menjual sedikit emas simpanan saya untuk majlis perkahwinan kami. Saya mula berdaftar sebagai penyimpan di Public Gold pada tahun 2016 dibawah Puan Norhaya Ramli.

Tahun 2017, Public Gold ada buat promosi dealership dan saya membeli emas dengan nilai yang melayakkan saya jadi dealer. Apabila tahu komisyen dealer Public Gold 1% sahaja dan harga emas waktu itu sekitar RM170 – RM180 segram, saya merasakan sangat membazir masa saya promote Public Gold kepada orang. Bisnes saya pun dah cukup bagus waktu itu. Apa yang saya nak kejar dengan RM1.70 setiap kali orang beli 1 gram emas? Jadi saya hanya fokus beli emas untuk diri sendiri.

TITIK PERUBAHAN DALAM BISNES PUBLIC GOLD

Adik saya, seorang wartawan Harian Metro telah diberhentikan kerja. Jadi untuk membantu beliau, saya minta beliau buat bisnes emas PG. Kebetulan ada satu seminar tentang bisnes Public Gold, saya ajak adik saya ikut serta.

Apabila pulang dari seminar Public Gold, saya rasa gelisah. Saya tahu tentang emas, tapi saya tidak bersungguh ajak orang simpan emas. Sudahlan plan bisnes Public Gold kelihatan sangat bagus. Akhirnya saya buat keputusan untuk serius buat bisnes Public Gold. Langkah pertama saya buat adalah upgrade menjadi Priority Dealer. 

Seterusnya saya bergerak sendiri. Waktu permulaan itu saya tidak kenal pun siapa Master Dealer saya. Bagi saya tak penting, saya boleh bergerak sendiri sehinggalah 68 hari saya serius buat bisnes Public Gold, saya dapat capai Club 100.

Pada suatu hari, Tuan Zulkifli whatsapp saya perkenalkan diri sebagai Master Dealer saya. Kira-kira jam 3 pagi kami sambung whatsapp. Keterujaan saya memang kemuncak. Saya pernah teringin untuk berhubung dengan beliau, tapi saya menyimpan hasrat sehingga saya dah capai kejayaan menjadi Master Dealer baru saya nak hubungi beliau.Tapi rezeki saya beliau hubungi saya terlebih dahulu.

Kemudian beliau hubungi saya lagi untuk berjumpa dengan saya. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, saya terus bersetuju. Pada 25 Disember, kami berjumpa dan waktu itu banyak ilmu baru yang saya perolehi dari beliau menguatkan lagi semangat saya untuk berjaya menjadi Master Dealer. Akhirnya, selepas 70 hari dari Tarikh saya dapat Club 100, saya Berjaya mencapai 300 orang frontline untuk melayakkan saya menjadi Master Dealer.

CABARAN

Untuk menjadi Master Dealer yang berilmu ilmu perlukan pengorbanan. Saya perlu cari ilmu, untuk saya kongsi dengan delaer-dealer dibawah saya.

Ia bukan soal diri saya seorang, tetapi soal dealer lain yang mengharapkan mendapat bimbingan dari orang yang berilmu dan boleh bawa mereka berjaya bersama.Saya buat bisnes Public Gold bukan kerana duit semata kerana dengan hidup saya sebelum buat bisnes Public Gold saya rasa ia sudah lengkap, tiada apa lagi yang hendak saya kejar.

Tetapi sesungguhnya apabila saya masuk ke bisnes Public Gold, saya nampak semakin banyak peluang saya ada untuk bantu orang. Kita boleh bantu orang menyimpan emas, kita boleh bantu dealer berjaya dalam bisnes Public Gold dan seterusnya mencapai impian financial freedom.

TERIMA KASIH

Dalam proses mengejar kejayaan ini, pastinya ucapan terima kasih tak terhingga adalah kepada isteri saya, Sharini Binti Md Sharif yang paling banyak berkorban untuk saya buat bisnes Public Gold. Antara orang terawal sebagai penyimpan emas dibawah saya adalah adik beradik saya. Kakak saya, adik-adik saya dan anak-anak saudara saya, terima kasih kerana mempercayai saya. Begitu juga rakan-rakan saya yang mempercayai saya untuk jadikan saya sebagai introducer mereka. Pastinya doa dan restu ibu juga penting. Beliau selalu risau untuk saya waktu pandemik ini.Terima kasih bonda.

Terima kasih juga kepada Mahaguru Emas, Tuan Syukor Hashim yang setiap minggu memberikan ilmu percuma. Saya memang sentiasa meluangkan masa untuk sesi live Tuan Syukor. Dan semestinya ucapan terima kasih tak terhingga kepada mentor emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie yang sentiasa ada untuk kami. Pengalaman beliau dalam bisnes dan kehidupan membuatkan beliau sangat layak bergelar mentor.