Nor-Esiah-Binti-Khalid

Nor Esiah Binti Khalid

Latar Belakang

Nor Esiah Binti Khalid itulah nama yang diberi. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba sederhana yang terdiri dari 8 orang adik-beradik. Memandangkan lahir sebagai anak bongsu, maka sejak kecil lagi dipanggil ‘Yang’. Abah Kak Yang seorang anggota polis dan emak hanya seorang surirumahtangga. Kak Yang mulakan awal persekolahan formal di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Butterworth terus melanjutkan pelajaran di dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak dan seterusnya ke KUITTHO dalam bidang yang sama. Sekarang ini, Kak Yang adalah seorang jurutera di salah sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah.

Bagaimana Boleh Terjebak Dengan Emas?

Kisah Kak Yang agak unik di mana Kak Yang kenal ilmu emas dari suami Kak Yang, Abd Halim Jaffar di mana beliaulah yang membuka pintu hati Kak Yang. Sebagai pesara tentera, beliau risau akan duit imbuhan persaraan akan habis begitu saja sekiranya tidak dialihkan kepada bentuk emas. Secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Kak Yang, beliau mencari dari pelbagai rujukan tentang emas dan akhirnya terjumpa blog Mahaguru Emas tersohor Malaysia iaitu Encik Syukor Hashim. Sejak dari itu, beliau berusaha mencari jalan mendapatkan sebanyak mungkin ilmu tentang emas dan akhirnya berjumpa dengan Mentor Encik Mohd Zulkifli Shafie apabila Mentor memberi seminar di Public Gold cawangan Sungai Petani. Sejak dari itu, beliau daftarkan dirinya juga Kak Yang sebagai customer Public Gold. Namun hasil pembelian tersebut melayakkan beliau dan Kak Yang sebagai Dealer Public Gold yang sah.

Mengapa Bisnes Emas?

Segala-galanya bermula apabila Kak Yang dipaksa oleh suami pergi ke JutawanEmas Leadership Training (JLT). Itulah titik permulaan.. di mana JLT ini membuka mata dan minda Kak Yang bahawa sesiapa pun boleh buat bisnes emas Public Gold tanpa mengira latar belakang sebelum ini. Hanya berbekalkan kesungguhan, semangat yang tidak mudah mengalah juga dengar cakap mentor sudah cukup untuk terus kekal di dalam bisnes ini.

Cabaran

Terlalu banyak cabaran yang mendatang, maklumlah Kak Yang bermula dari ‘zero’ tentang bisnes. Kak Yang tak pernah ada pengalaman menjual seperti orang-orang lain. Senang cerita, sebelum ini tidak berminat langsung tentang bisnes walau pun tahu 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan (bisnes). Namun apabila hadir ke program JLT setiap 6 bulan, ia telah memberi satu impak yang sangat besar pada diri Kak Yang juga keluarga. Dari tak kenal passive income, Kak Yang dapat menjana pendapatan pasif dari bisnes Public Gold. 

Walau pun insentif bermula dari 2 angka pada bulan pertama sebagai Dealer PG, Kak Yang sangat yakin dengan platform PG Group kerana memberi peluang kepada sesiapa saja yang berkehendak untuk mengubah lanskap kewangan kepada 360º dari sebelum ini.

Tidak sekadar pendapatan pasif setiap bulan, Kak Yang juga telah banyak mendapat anugerah sebagai Top Producer setiap bulan, Anugerah Pencapaian 100 Club, Top Achiever PG Mall setiap bulan dan yang paling manis dinobatkan sebagai 1st Runner Up untuk Personal Sales PG Mall.

Kak Yang bergerak aktif sebagai Key Operation Commerce Leader (KOL) untuk PG Group juga termasuk PG Mall dan Aurora Italia ~ Auroses.

Penghargaan

Jutaan terima kasih pada Mahaguru Encik Syukor Hashim, Puan Jonaina Nordin, Mentor Encik Mohd Zulkifli Shafie juga Puan Najdah Mohammed Hussein kerana tanpa curahan ilmu mereka, Kak Yang tak mampu manfaatkan ilmu emas ini sehingga ke tahap ini. Syukur Alhamdullilah.. mereka sentiasa ada apabila Kak Yang memerlukan. Tidak lupa pada suami, teman hidup dunia akhirat merangkap sahabat paling rapat, Encik Abd Halim Jaffar serta anak-anak Nur Hannani, Muhammad Hidayat, Nur Husnina dan Muhammad Hazimie yang menjadi pendorong serta tulang belakang Kak Yang selama ini.