Noralida-Md-Amran-1

Noralida Binti Md Amran

Nak Bersara Awal Berduit

Saya seorang pengurus kanan di syarikat Oil & Gas, mempunyai 3 orang anak. Mempunyai kerjaya yang stabil dan pendapatan yang tinggi adalah impian bagi setiap orang. Kehidupan saya sekeluarga boleh dikatakan sangat selesa. Pangkat yang besar juga bermaksud tanggungjawab juga besar dengan tekanan kerja yang besar. Saya mula terfikir sampai bila saya harus bekerja dan berapa banyak simpanan yang saya perlu ada untuk bersara awal? Nak bersara awal berduit!

Tercari-Cari Kaedah Simpanan Yang Lebih Selamat

Nak jadikan cerita, pada PKP 1.0 saya tercari-cari kaedah simpanan yang lebih selamat kerana pada ketika itu saya ingin mengembangkan portfolio kewangan saya ke arah perancangan persaraan awal. Saya telah mengikuti FB seorang doktor yang telah membimbing ramai penyimpan emas di Malaysia berjaya mengurus kewangan mereka dengan lebih baik. Saya menghubungi beliau dan mula berminat untuk menyimpan emas sebagai salah satu kaedah simpanan persaraan. Disitulah titik tolak saya sebagai penyimpan emas sekaligus serius menceburi bisnes emas Public Gold. 

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Ya betul, setelah mempelajari ilmu emas, saya semakin ketagih menyimpan emas dan semakin seronok berkongsi ilmu emas kepada ahli keluarga, rakan-rakan, saudara mara & rakyat Malaysia. Tiada istilah malu dalam diri kerana saya membantu membimbing mereka menyimpan emas dan menguruskan kewangan dengan lebih baik. Inilah bisnes yang saya cari selama ini kerana ianya sangat mudah dan tidak langsung mengganggu kerja hakiki saya, Dengan hanya berkongsi ilmu simpanan emas, saya telah membantu memberi manfaat kepada ramai orang dan mengubah taraf hidup mereka secara tidak langsung. Saya telah diberi insentif oleh syarikat Public Gold diatas membimbing penyimpan-penyimpan emas. Pada bulan pertama, insentif yang diterima adalah 3 angka dan meningkat kepada 4 angka pada bulan ke 4. Insentif ini telah memberi booster kepada saya untuk terus berkongsi ilmu simpanan emas kepada ramai orang dan pada bulan ke 6, insentif yang diterima mampu untuk membayar bayaran ansuran bulanan rumah baru saya. Siapa tak seronok, hutang rumah dibayar dengan bonus Public Gold! Ini telah memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai matlamat saya untuk bersara awal.

Kesibukan Bukan Alasan Untuk Saya Mengalah

Sejujurnya, kerjaya hakiki saya sangat sibuk hingga ada kalanya saya tiada masa untuk berkongsi ilmu emas. Kesibukan bukan alasan untuk saya mengalah. Kerana kesibukan kerja, saya telah mengstruktur semula pengurusan masa bisnes Public Gold agar tidak menjejaskan kerja hakiki saya. Dengan ilmu yang ada dari pelbagai seminar, workshop & mesyuarat yang dihadiri, saya mempraktikkan segala ilmu dengan sebaik-baiknya. Pengurusan masa sangat penting bagi saya yang melakukan bisnes ini secara separa masa. Saya akan merancang dan menyusun jadual prospecting dan follow-up penyimpan emas pada sebelah malam & hujung minggu. Dalam kesibukan kerja, saya telah berjaya mencapai Top Producer Award pada hampir setiap bulan dan ini secara tidak langsung telah menyuntik semangat saya agar terus mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Alhamdulillah Kejayaan Demi Kejayaan

Alhamdulillah, pada bulan Ogos 2021, saya telah mencapai 1 lagi kejayaan iaitu pangkat Master Dealer dengan membimbing  lebih 300 penyimpan emas dengan empayar keseluruhan seramai 1549 orang penyimpan emas dan mempunyai hampir 160 orang dealer di bawah bimbingan saya. Ini adalah 1 pencapaian yang sangat besar bagi diri saya yang hanya melakukan bisnes ini secara separa masa sahaja.  Saya sangat yakin, dengan bimbingan dari Upline, mentor dan pemimpin-pemimpin hebat yang telah berjaya, disokong dengan sistem pembelajaran yang sangat lengkap mampu mempercepatkan proses kejayaan saya. Platform bisnes emas Public Gold  sangat relevan pada zaman ini kerana segalanya boleh dilakukan hanya dihujung jari pada bila-bila masa sahaja. Public Gold memberi peluang kepada rakyat Malaysia & Indonesia di mana sahaja mereka berada menjana pendapatan tanpa had. Saya percaya, dimana ada usaha di situ ada kejayaan. Saya akan terus berusaha untuk membantu rakyat Malaysia celik emas dan melakar banyak lagi kejayaan di masa hadapan untuk mencapai impian saya, BERSARA AWAL BERDUIT! Jika saya boleh, anda juga boleh!! Jom bersama saya & Team PGG100 Network!