Norazharina-Mat-Amin

Norazharina Mat Amin & Fariz Izwan Jaffar

Membina Legasi Bisnes Demi Masa Depan Anak-Anak

Kebebasan masa dan kewangan benar-benar wujud? Persoalan yang saya tidak percayai sejak memasuki alam pekerjaan pada tahun 2006. Kerjaya saya sebagai jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi menuntut pengorbanan masa yang begitu banyak. Mujurlah ketika itu saya masih bujang, kemudian berkahwin 2 tahun selepasnya dan kami berdua seringkali outstation. Bila dikurniakan rezeki mengandung anak pertama, saya amat risaukan bagaimana untuk membesarkan anak dengan tuntutan kerja kami berdua yang begitu sibuk. Ditakdirkan suami mendapat tawaran bekerja di Indonesia dan saya ambil keputusan melepaskan jawatan agar kami sekeluarga dapat berhijrah ke sana.

Bagaimana Terbuka Mata Dengan Emas

Nah, ketika itu saya telah merasakan betapa nikmatnya kebebasan masa, alhamdulillah. Namun punca pendapatan saya telah hilang sehinggalah saya terbaca blog mohdzulkifli.com. Dari situ saya belajar banyak ilmu tentang emas pelaburan, daripada asalnya saya seorang yang kurang berminat dengan emas (terutamanya emas perhiasan), kini saya tahu wujudnya gold bar dan dinar yang bereputasi tinggi di Malaysia dengan jaminan beli balik pada harga tinggi.

Saya yakin bahawa saya mampu menjalankan bisnes emas Public Gold kerana bila kita mengajak orang ramai menyimpan emas, ini bermakna mereka menabung demi masa depan. Kami terus saja membuat belian pertama sebagai Priority Dealer secara online di Batam, Indonesia pada 30 Disember 2013. Setelah itu, saya menukar sebahagian besar wang simpanan ke bentuk emas, antara keputusan terbaik yang diambil dalam hidup saya.

Cabaran Bisnes Menguatkan Lagi Semangat

Kami kembali ke Malaysia pada 2016 dan sejak itu saya semakin aktif menyertai dan mempromosi seminar anjuran Public Gold. Alhamdulillah pertama kali saya dianugerahi Club 100 pada Annual Recognition Night ketika mengandung anak kedua. Setelah itu suami saya ditugaskan ke Shanghai, China pula dan saya membesarkan anak-anak di Malaysia. Hal ini tidak mematahkan semangat saya berbisnes kerana merekalah kekuatan saya sebenarnya.

Saya telah menganjurkan seminar di tempat kerja lama, membuka booth bersama rakan dealer yang lain, menyertai Leadership Training dan mengikuti PG Golden Tour dalam usaha menambah dan menyebarkan ilmu serta mengenali syarikat dengan lebih dekat. Tahun 2020 berlaku pandemik Covid-19 dan juga ‘gold rush’ apabila ramai yang mula menyedari kepentingan emas tatkala dunia mengalami kegawatan sosio-ekonomi. Ketika inilah saya berjaya membantu ramai penyimpan emas memulakan dan menambah simpanan mereka.

Alhamdulillah, segala usaha terbayar dengan tercapainya status Star Master Dealer secara rasmi pada 28 Januari 2021. Dengan insentif yang diterima, saya mampu berkongsi rezeki dengan Ummi Abah di kampung, menabung untuk pendidikan anak-anak, berinfak dan mengeluarkan zakat emas. Target saya seterusnya ialah melahirkan 10 Founders Master Dealer dan menerima insentif bulanan senilai 100g emas sebagai passive income.

Sekalung Penghargaan

Saya ingin berterima kasih kepada pengasas Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng dan isteri, Datin Yvonne kerana menyediakan platform bisnes yang amat bagus bukan hanya kepada dealer, malah platform simpanan emas yang sangat memudahkan rakyat marhaen seperti saya untuk menabung. Terbukti, Public Gold telah membawa fenomena baru dalam industri emas Malaysia serta menjadi ikutan banyak pemain emas yang lain. 

Setinggi-tinggi penghargaan buat mentor saya, Tn. Mohd Zulkifli dan isteri, Pn. Najdah kerana menunjukkan jalan untuk saya bermula dan kekal bersemangat membina bisnes bersama PG dan G100 Network. Juga buat mahaguru emas Malaysia, Tn Syukor dan isteri, Pn Jonaina kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar. Terima kasih juga atas kepercayaan yang diberi oleh rangkaian pembeli saya, PG Mates, serta sokongan yang mantap oleh committee team G100- you are the best!

Segala ini sudah pasti tidak tercapai tanpa doa restu suami, Fariz Izwan; Ummi, Abah, Mama, Abah mertua, seluruh ahli keluarga dan sahabat handai yang sentiasa memberi galakan dan dorongan untuk saya lakukan yang terbaik. Buat anak-anakku yang dikasihi, inilah legasi mommy buat kalian. InshaAllah.