Norhafizah-binti-Abdullah-2

Norhafizah Binti Abdullah & Abd Halim Bakri

Demi Melihat Anak-Anak Membesar, Saya Nekad Berhenti Kerja dan Fokus Membina Masa Depan Bersama Public Gold

Saya Fiza, antara Master Dealer terawal dalam G100 Network dan seorang suri rumah yang menjalankan bisnes Public Gold ini secara sepenuh masa. Saya adalah anak kelahiran Selangor dan mempunyai 4 orang adik beradik. Sekarang saya tinggal di Klang, Selangor bersama suami tersayang iaitu Abd Halim, serta 5 orang cahaya mata kurniaan Tuhan pelengkap hidup kami.

Dari sudut pendidikan, saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakuanan dari UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Saya pernah bekerja sebagai Eksekutif Kewangan dengan sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya dari tahun 2015 – 2020. Ia satu bidang yang memberi pengalaman kepada saya tentang kewangan, Ar Rahnu dan bisnes perniagaan.

Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang minat dengan emas.

Orang kata, tak kenal, maka tak cinta. Bila dah jatuh cinta, memang angau dibuatnya. Mula kenal Public Gold pada Jun 2017 di mana waktu itu saya ingin mencari sumber pendapatan tambahan lain untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Blog dan buku mentor tuan Mohd Zulkifli saya jadikan gedung ilmu untuk belajar ilmu emas dan kewangan. Sambil menimba ilmu, saya mula berkongsi apa yang dipelajari melalui penulisan di media sosial. 

Sungguh cabaran saya sangat besar di tahun pertama dan kedua membina bisnes. Suami adalah penghalang terbesar. Tiap kali ingin hadir ke kelas education training (PG1S) di Ampang, mesti air mata ini akan mengalir. Suami tidak berapa suka apabila isterinya memandu kereta berseorangan selama 2 jam hanya untuk ke kelas. Nak minta suami hantar setiap minggu, dia pula sibuk bekerja. Sebab degil, saya pergi juga kelas walaupun balik berseorangan lewat malam dan kami bermasam muka hampir setiap minggu.

Tak habis cabaran bersama pasangan, bos di tempat kerja juga mula tak senang duduk bila dapat tahu saya membuat bisnes berkaitan emas. Waktu itu, jawatan sebagai Pengurus Ar Rahnu terus ditukar kepada Pegawai Kewangan di ibu pejabat. Tapi ia tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus menjalankan bisnes. Waktu itulah saya mula block whatsapp status dan unfriend bos serta kesemua kawan-kawan di tempat kerja. Diam-diam buat bisnes dan akhirnya tahun ketiga saya terus hantar surat perletakan jawatan tanpa toleh kebelakang lagi. Life yang tidak enjoy di tempat kerja, membuatkan saya nekad untuk berhenti.

Tak sangka perancangan Allah itu sangat indah

Setelah 3 tahun bercerita tentang emas tanpa henti, Allah bukakan satu persatu pintu rezeki dari arah yang tak disangka. Simpanan setahun gaji dapat dikumpul yang mana ia agak mustahil bagi saya. Alhamdulillah saya juga dapat melunaskan segala hutang jahat yang ada seperti loan kereta dan hutang-hutang Ar Rahnu dengan menggunakan insentif yang diperolehi dari bisnes Public Gold dan yang paling bahagia, adalah bila saya sentiasa dapat berada disisi anak-anak serta dapat melihat mereka membesar di depan mata. Hari-hari adalah hari cuti, tak perlu hadap kesesakan lalu lintas dan setiap petang pula dapat jogging ke taman dengan anak-anak.

Kini, hampir 4 tahun saya membina bisnes, alhamdulillah saya adalah salah seorang Master Dealer terawal dari rangkaian G100. Walaupun agak lambat, akhirnya saya dapat juga title tertinggi dalam ranking dealer. Pencapaian yang saya dapat, bukan kerana saya hebat, tapi kerana konsisten belajar dan mempraktis segala ilmu yang diperolehi serta selalu berada di bawah radar mentor. Ia semua dengan izin Allah, alhamdulillah.

TERIMA KASIH

Akhir kata saya ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada mentor tuan Mohd Zulkifli Shafie dan puan Najdah kerana selalu memberi inspirasi untuk saya hidup bebas kewangan dan terus mencapai impian hidup dengan menyebarkan kebaikan kepada semua orang. Terima kasih juga kepada founder Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng kerana menyediakan platform terbaik untuk melahirkan one million millionaire. Perjalanan saya masih jauh, banyak lagi impian mak abah, anak-anak dan suami yang masih belum tercapai. Tapi saya yakin dengan segala education training dan support system yang dirangka oleh ahli committee G100, saya dan team mampu terbang jauh ke langit suatu hari nanti, inshaa Allah.