Nur-Suaidah

Nur Su’aidah Bachok & Muhamad Hadi Mat Napi

Bisnes Paling Mudah Dengan Sistem Yang Hebat

Saya pernah tinggalkan bisnes Public Gold ini, dan saya tak sangka akhirnya saya kembali semula kepada bisnes ini setelah 4 tahun.

Tahun 2015 ketika saya di Dungun Terengganu dan anak saudara saya hanya telefon saya mencadangkan join bisnes Public Gold ini. Saya dan suami langsung tak pernah tahu pasal Public Gold, tiba-tiba diajak buat bisnes ini. Dia sangat yakin saya boleh pergi jauh.

Ketika itu saya hanyalah seorang surirumah dan aktif berbisnes. Dari satu bisnes ke satu bisnes, saya bukan jenis buat 2-3 bisnes dalam satu masa. Kebetulan pula, ketika saya dicadangkan buat Public Gold, produk bisnes saya sudah habis saya jual. Jadi saya fikir bolehlah mencuba. Suami saya pun beri keizinan.

Tak Berbaloi Buat Bisnes Public Gold

Selepas saya aktif menjadi Dealer Public Gold sejak Jun 2015, saya merasakan tidak berbaloi kerana komisyen yang saya dapat terlalu sedikit 1% (Normal Dealer). Nak dibandingkan bisnes saya yang sebelum ini, saya boleh dapat cash yang berganda lebih banyak dalam masa sehari ataupun seminggu.

Dalam saya rasa tidak berbaloi dan agak sukar nak dapat kepuasan dengan komisyen yang rendah dan tidak tetap ketika itu, saya buat sahaja.

Saya belajar banyak perkara dengan Public Gold, saya belajar menyimpan aset sendiri dan keluarga, hidup dibawah aras kemampuan, dan saya dan suami juga sudah ada matlamat yang jelas iaitu nak bebas hutang secepat yang mungkin!

Ilmu kewangan dan pengurusan kewangan yang sebelum ini zero, saya perolehi ilmu ini dengan sangat mudah di Public Gold. Saya didedahkan dengan seminar-seminar emas, tips kewangan yang sangat banyak membantu kehidupan dan cara pemikiran saya dan suami.

Saya terus mengajak orang ramai menyimpan emas dan kami capai kejayaan pertama kami bersama Public Gold ketika itu.

Kembali Kepada Bisnes Lama & Pendapatan Bertambah

Saya mula ada minat yang lain. Saya dapatkan nasihat daripada mentor saya, Tuan Zulkifli Shafie, beliau menasihati saya agar saya asingkan dan fokus satu bisnes sahaja. Saya cuba untuk buat dua bisnes dalam satu masa tapi ternyata gagal.

Di sinilah bermulanya saya tinggalkan bisnes Public Gold saya selama 4tahun. Perjalanan yang lama, letih dan memberi seribu pengajaran buat diri saya.

Selama 4 tahun saya buat bisnes lain, tidak dinafikan komisyen bulanan saya 5-10 kali ganda lebih besar daripada komisyen 1%, tapi saya tidak sedar yang saya adalah orang yang berbeza.

Saya banyak berbelanja, saya kurang menyimpan (saya fokus bayar hutang), dan matlamat untuk saya dan suami nak cepat-cepat bebas hutang sudah dilupakan.

Walaupun komisyen @ gaji bulanan saya dapat adalah lebih besar, tapi saya letih dengan bisnes tersebut, terhenti setakat itu kerana saya rasakan susah nak grow. Lebih-lebih lagi apabila PKP 2.0 berlanjutan pada hujung tahun 2020. Bisnes semakin terjejas.

Apabila saya sedang mencari-cari bisnes apa saya nak buat, mentor Tuan Zul baru sahaja keluar dari penjara ketika itu. Ia juga sebagai tarikan kepada saya untuk kembali ke bisnes lama iaitu bisnes Public Gold.

Saya tidak sangka, bisnes yang saya tinggalkan 4 tahun itu masih kekal. Keseluruhan pelanggan saya sejak 2015 masih dalam empayar emas saya.

Tidak teragak-agak pada Januari2021 saya terus buat keputusan untuk kembali serius dengan bisnes PG. Suami saya bagi lampu hijau, dan saya terus pecut capai Master Dealer pada 27 Februari 2021.

G100 Network : Mudah Dan Bersistem

Ketika saya kembali, saya terkejut dengan keseluruhan empayar dibawah bimbingan Tuan Zulkifli kerana saya rasa sangat mudah dan bersistem. Semuanya sudah tersedia, saya tidak perlu pening-pening nak buat poster, urus pasukan dan juga meluaskan empayar.

Itulah namanya G100 Network. Pengasasnya adalah mentor kami Tuan Zulkifli dan disebalik tabir G100 Network ini ada committee team yang luar biasa hebat. Ada sistem, ada business school, semua lengkap dalam G100 Network!

Kerana adanya sistem ini jugalah, saya terus boleh capai Master Dealer dalam masa 58 hari untuk completekan 300fl dan juga 300K personal sales. Pada awalnya saya rasa boleh ke saya lakukan, tapi ternyata telah tercapai. Saya selesai sebulan lebih awal dari target saya & mentor. Terima kasih semua committee team G100 Network.

Sejak kembali, empayar kami juga grow dengan sangat cepat. Pasukan dealer dibawah empayar saya sepenuhnya menggunakan tools dan hadir semua business school yang G100 dah sediakan. Saya yakin untuk terus berada dalam bisnes ini dan melahirkan 50 Master Dealer pada tahun 2024, insyaAllah.

Terima Kasih

Dan yang terakhir, jutaan terima kasih buat semua pelanggan yang mempercayai kami, team thesmoothgliders yang bersama-sama grow dan semua staff PG yang sentiasa membantu bisnes kami.

Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak saya yang menjadi tulang belakang bisnes hari ini, Mahaguru Tn Syukor dan mentor Tn Zulkifli. Seluruh committee team G100, terbaik.

Saya doakan kejayaan semua, sama-sama kita terus berjaya dalam bisnes Public Gold ini. If we walk together, we can go far together. See you at the top!