Nurul-Aini-Mohd-Ali-400x500-1

Nurul Aini Mohd Ali

Kerjaya Dan Gaji Yang Besar Bukan Jaminan

Jalan hidup yang agak lambat berbanding orang lain, saya mula bekerja sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara (ATC) di saat usia sudah lewat 20-an dengan tiada langsung simpanan kecemasan atau pun harta.

Gaji setiap bulan yang saya terima memang akan habis, hilang tanpa kesan. Walaupun saya menyimpan di dalam akaun bank tapi ia ibarat cuma persinggahan sebelum hilang ke tempat lain. Dengan hobi saya yang suka berjalan-jalan, cuba makanan yang baru serta shopping online di hujung jari, lagi laju duit tu pergi.

Sehinggalah saya berjumpa dengan Public Gold pada tahun 2017. Pada mulanya niat saya cuma untuk mengalihkan duit KWSP saya kepada bentuk emas selepas saya sudah disahkan jawatan dalam perkhidmatan.

Saya terbaca tentang simpanan emas jongkong dan saya terjumpa Public Gold secara tidak sengaja melalui blog tulisan Mentor saya, Tuan Mohd zulkifli Shafie di  https://www.mohdzulkifli.com/ . Blog ini banyak mengajar saya tentang pengurusan kewangan yang betul dan tentang simpanan emas yang betul.

Saya mencari sesuatu untuk mengekalkan duit yang saya ada, bonus jika nilai duit saya boleh meningkat dalam jangkamasa panjang. Tempat yang saya boleh simpan duit dengan tenang dan kekal lebih lama.

Saya bekerja tetap sebagai seorang ATC. Ada yang kata, saya simpan emas sebab gaji saya yang besar. Sesungguhnya mereka tak tahu. Kerja saya juga datang dengan tanggungjawab yang besar. 

Saya perlu exam setiap tahun (english dan live traffic) dan perlu buat medical check up setiap 2 tahun. Wajib lulus untuk kekalkan “lesen”  saya sekarang. Saya boleh katakan, kerjaya saya sebenarnya tidak tetap. Sebab, jika exam dan medical check up tidak lulus, saya tidak dibenarkan untuk kerja di atas tower. Jika ada kes melibatkan kapal terbang juga, lesen saya akan ditarik.

Seorang Juruterbang cuma membawa 1 kapal terbang mungkin 200 hingga 300 nyawa dalam satu masa tapi seorang ATC menjaga 1 mungkin hingga 30 buah kapal terbang dalam satu-satu masa. Boleh anda bayangkan? Berapa nyawa manusia yang ada dalam kapal terbang tersebut?

Disebabkan faktor kerjaya dan faktor umur membuatkan saya tekad menyimpan emas. Pekerjaan pada saya bukanlah satu benda yang tetap, jika ada apa-apa terjadi semua akan kembali kepada kosong.

Itu yang terjadi pada hari ini, ramai yang terkesan di zaman pandemik covid-19. Faktor gaji yang besar bukanlah satu jaminan jika tiada simpanan. Pada mereka yang ada simpanan boleh bertahan lebih lama berbanding yang yang tiada.

Bermula Menjadi Seorang Dealer Public Gold

Setelah membuat kajian dan membaca blog Tuan Mohd Zulkifli, pada tarikh keramat 27 Februari 2017, saya terus membuat belian yang pertama iaitu emas 250 gram dengan kaedah Easy Payment Purchase (EPP) seterusnya menjadikan saya Normal Dealer PG.

Setahun selepas itu pada bulan 26 April 2018 saya buat pembelian menggunakan kaedah EPP dan sah menjadi menjadi Priority Dealer pada 2 May 2018. Sejak menjadi Priority Dealer saya bertambah fokus dalam membina bisnes bersama PG.

Bermulanya empire #PublicGoldLangkawi sehinggalah ke harini.

Selepas 4 tahun bersama PG, Alhamdulillah pada 1 April 2021 saya telah bergelar seorang Master Dealer dengan direct customer melebihi 300 orang dan empire menghampiri 1000 orang. Moga saya terus diberikan kekuatan menyampaikan manfaat menyimpan emas kepada lebih ramai orang.

Pada mulanya saya kurang serius kerana insentif yang diterima cuma 1% – 2%  sangat kecil tapi apabila empire makin berkembang, banyak frontliner di bawah saya, insentif yang saya terima agak memuaskan. Bisnes yang mudah cuma mengajak orang menyimpan emas. Saya jadi bertambah tertarik pada PG.

Sejak itu saya mula mengkaji lebih mendalam tentang syarikat Public Gold dan juga PG Group. Sambil menyimpan emas saya seronok dalam mengajak ramai orang dan memberikan ilmu serta manfaat kepada orang lain tentang kehebatan menyimpan emas dan perak. Saya berkongsi di media sosial mengikut pengalaman hidup saya sendiri melalui akaun media sosial FB/IG/TT – Nurul Aini Mohd Ali.

Di PG Group juga ada platform e-commerce iaitu PG Mall. kita boleh berbelanja di situ sambil jana pendapatan melalui “shop – share – earn”. Kita berpeluang mendapat cashback sehingga 3.5%. Banyak pembaharuan yang dibuat oleh PG Group seiring dengan peredaran masa untuk terus kekal valid walaupun sudah 13 tahun dalam pasaran.

Dengan Emas Segalanya Mungkin

Saya memang penyimpan dan pembeli tegar emas menggunakan kaedah EPP.  Minda saya lebih cenderung membayar emas secara EPP kerana otak saya berfikir saya “berhutang” dan menjadikan saya akan lebih cepat melunaskan hutang tersebut.

Lain orang lain caranya.

Dengan kaedah EPP inilah saya dapat mengumpul aset emas dan gunakan emas tersebut untuk membeli hartanah, melancong ke Eropah serta membeli kereta idaman saya. 

Target seterusnya untuk mempunyai resort dan rumah di Langkawi dengan emas serta misi pencen awal dengan bergaya pada usia 40 tahun. Insyaallah.

Percaya Kepada Founder PG Group Dan Mentor

Pada 12 Oktober 2019, saya berpeluang menghadiri makan malam bersama Founder PG Group, Dato’ Wira Louis Ng. Duduk semeja dan mendengar sendiri hala tuju bisnes PG Group dari beliau sendiri membuatkan saya teramat yakin untuk terus bersama Public Gold.

Dato Wira Louis Ng, sangat peka dan sangat mendengar luahan masalah para dealer. Setiap keputusan yang diambil adalah demi menjaga kepentingan semua dealer PG. Seorang figura yang sangat merendah diri.

Tuan Mohd Zulkifli Shafie, nama besar di dalam PG. Saya berjumpa beliau untuk kali pertama di Langkawi pada bulan Disember 2017 ketika beliau membawa familynya datang bercuti. Auranya cukup besar.

Pembawaan diri dan caranya bersama family membuatkan saya yakin dengan Public Gold. Cara Tuan Zul berikan nasihat untuk bisnes Public Gold sangat bernas, sesuai dengan gelaran “champion of the champion” dalam PG. Saya sangat bertuah berada di bawah mentorship beliau.

Tuan Mohd Zulkifli Shafie lah founder kepada G100 Network. Dengan adanya platform G100 Network ini, saya dan rakan dealer sangat mudah menjalankan bisnes PG. Segala education sistem dan tools sudah disediakan. Pendek kata, follow sahaja sistem anda pasti berjaya.

Saya dan #PublicGoldLangkawi follow rapat Tuan Zul dan team G100 Network.

“If you want to walk fast, walk alone. If you want to walk far, walk together.”

Kumpul Hartanah Di Langkawi Dengan Emas

Kalau ikutkan sikap boros saya yang dulu, tak pernah sangka tahun 2021 saya sudah ada 3 bidang tanah di Langkawi. Dengan emas semua ini mungkin. Kalau kumpul duit, yang makin lama makin sikit tu saya rasa sampai bila-bila pun saya tidak ada harta.

Emas ini sangat istimewa, makin disimpan makin ketagih dan pandai pula bertambah. Itu yang terjadi pada Aini.

Untuk pembelian tanah ini ada setengah daripada simpanan emas yang saya jual dan ada juga yang saya pajak di ArRahnu untuk tunai.

Tapi yang peliknya, emas masih juga tidak pernah habis dan masih juga bertambah. Betul lah kata orang tua-tua, “siapa yang ada emas pasti ada duit, yang ada duit belum tentu ada emas”. 

Emas ini sangat unik pada saya.

Terima Kasih Public Gold

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada introducer saya, Rosa Adrina yang banyak membantu dalam bisnes Public Gold ini dari awal pembabitan saya sejak 2017.

Terima kasih juga kepada Founder PG Group, Dato’ Wira Louis Ng serta Mahaguru emas Malaysia Tuan Syukor Hashim dan pihak pengurusan PG khususnya kepada PG Branch Alor Setar iaitu HOB Puan Farzana serta staff yang banyak membantu saya dalam urusan berkaitan customer. Memang sangat terbaik dan moga Allah sahajalah membalas segala kebaikan.

Kepada team G100 Network khususnya Master Dealer Advisory Council (MDAC)  dan Executive Committee (EC) team yang bersusah payah dalam membantu semua customer dibawah rangkaian G100 Network tanpa bayaran sesen pun. Moga Allah lindungi kalian semua serta diberkati di dunia dan akhirat, moga kebaikan ini menjadi asbab untuk ke Syurga tanpa hisab.

Tidak lupa juga kepada Mentor, Tuan Zulkifli Shafie yang banyak memberi nasihat tanpa jemu kepada saya dan semua rakan dealer. Maaf jika kami semua degil, insyaallah dalam proses berubah kepada yang lebih baik. Doakan saya supaya dapat  mengikut jejak mentor dalam bebas kewangan dan diberikan kebebasan masa.

Pada family, rakan-rakan dan juga customer tersayang tanpa kamu semua saya tak akan mampu capai apa yang saya capai pada hari ini. Terima kasih atas semangat dan doa yang dikirimkan. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa kalian semua kepada saya.

Kepada semua rakan dealer PG, teruskanlah perjuangan anda memandaikan masyarakat melalui platform yang disediakan oleh PG.

Moga perjuangan kita di berkati oleh-Nya.

See you at the top!

Pendaftaran sudah penuh.