Rohayati-Binti-Mohd-Noor-400x500-1

Rohayati Binti Mohd Noor

Dana Pencen Kedua Bersama Public Gold

Nama diberi Pn. Rohayati Binti Mohd Noor berbintang Libra, merupakan seorang pendidik lulusan Ijazah Sarjana Muda TESL dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia dan lulusan Sijil Perguruan Malaysia dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan bersara wajib pada Oktober 2027.

Saya banyak melibatkan diri dalam perniagaan sebagai stokis negeri dan daerah. Pernah memiliki butik kecantikan dan andaman. Saya sangat meminati bidang perniagaan termasuk mengusahakan Homestay sendiri. Namun, disebabkan kekangan masa kerja hakiki dan masalah kesihatan berkaitan saraf dan slipdisc,ia telah menghadkan keupayaan pergerakan dan komitmen dalam mengurus perniagaan yang lasak. Manakala suami,  merupakan seorang pesara syarikat swasta  terpaksa melalui pemasangan stent pada jantung. Kami menjalani hidup berdua sahaja.

Atas faktor diatas, saya memilih untuk menjalani perniagaan secara serius bersama Public Gold kerana ianya sangat mudah, murah dan patuh syariah. Perniagaan yang tidak melibatkan modal pusingan, penyimpanan mahupun penghantaran stok, menjadikan ia sangat sesuai dengan tahap kesihatan saya. Saya mula berkongsi akan kebaikan simpanan emas bersama rakan, sahabat dan saudara mara tanpa mengira masa dan dimana sahaja termasuk di media sosial dan media cetak dengan satu niat untuk berkongsi ilmu simpanan emas yang betul. Saya memilih perniagaan ini sebagai bisnes saya di hari pencen.

Penglibatan Awal Bersama Public Gold

Penglibatan awal bersama Public Gold pada bulan Mei 2018 sebagai Normal Dealer dengan menyelamatkan wang insurans yang dibayar buat kali terakhir. Saya sedar, bagi mengatasi duit tersebut dari cair, saya terus buat tempahan 1 set Dinar dengan nilai lebih kurang 12ribu. Setelah menghadiri seminar demi seminar peluang perniagaan bersama Public Gold , saya telah nampak ada potensi yang baik ditambah dengan platform PGMall. Saya tanpa membuang masa terus mengambil keputusan untuk  tingkatkan ke  status Priority Dealer pada bulanOktober tahun yang sama dengan belian 100g melalui akaun GAP dengan mengalihkan simpanan untuk mengerjakan haji dalam bentuk wang emas yang lebih terjamin.

Alhamdulillah, pada awal tahun 2021, saya telah mencapai status Master Dealer suatu cabaran yang paling hebat kerana ia perlu pada komitmen dan ultra fokus serta mindset yang betul dan kini saya mampu membina pendapatan pasif minima 4 angka secara aktif.  Saya akan  terus memberi manfaat kepada orang ramai 

Saya juga berbangga kerana terlibat secara langsung sebagai jawatankuasa ‘Master Dealer Advisory Council’ (MDAC). G100 Network berpaksikan ilmu dan di ‘Business School by G100 Network’ saya turut memberi sumbangan sebagai Speaker program.

Penghargaan

Jutaan terima kasih kepada introducer saya 3 Star Founder Master Dealer Puan Nor Azah Ahmad dan mentor saya 5 Star Founder Master Dealer Tuan Zulkifli  serta sifu Emas Malaysia Tuan Syukor Hashim  yang tidak jemu memberi bimbingan. 

Kini, berada bersama  Public Gold dan G100 Network merupakan suatu rahmat kerana berada di landasan yang betul untuk terus menuju kemuncak kejayaan. Kata mentor, ”Bukan emas buat kita kaya, tapi ilmu” . Berpegang kepada falsafah ‘bonda’ saya, ‘Buat dengan Betul dan Sabar’ menjadi inspirasi untuk terus sampai ke kemuncak impian.

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Wira Louis Ng yang menyediakan platform dan peluang perniagaan yang hebat, menjadikan saya dan suami sebagai Public Gold Business Owner(PGBO) seumur hidup. Tiada busines sehebat ini yang pernah saya temui melainkan di Public Gold International.

Saya berharap agar saya  dapat terus membimbing rakyat Malaysia khususnya, untuk mengurus kewangan dengan lebih bijak melalui simpan emas Public Gold di samping merealisasikan impian sebagai Public Gold Busines Owner yang berjaya di dunia dan akhirat.

Pendaftaran sudah penuh.