Sarah-Najwa-Zainon-400x500-1

Sarah Najwa Binti Zainon

Mengenai Saya

Puan Sarah Najwa berasal dari Pulau Lagenda Pulau Langkawi, Kedah. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu dengan Kepujian dari Universiti Malaya. Kini berkhidmat sebagai seorang pendidik di MRSM Langkawi. Puan Sarah aktif dalam mendidik masyarakat berkaitan ilmu celik kewangan terutamanya ilmu emas. Beliau juga aktif dalam beberapa  badan NGO di Pulau Langkawi dan membantu komuniti sekitar dari sudut kebajikan dan program-program kemanusiaan.

Pengalaman Pertama Menyimpan Emas 

Pengalaman pertama menyimpan emas  bermula apabila saya mendapat gaji pertama sebagai seorang guru. Ketika mendapat gaji pertama, saya terfikir untuk menguruskan gaji dengan membahagikan antara perbelanjaan dan simpanan. Namun, kaedah simpanan konvensional tidak begitu sesuai dengan diri saya kerana simpanan wang tidak bertambah malah semakin berkurang akibat tabiat suka menggunakan wang simpanan Ketika wang perbelanjaan sudah habis dibelanjakan. Saya terjumpa penulisan seorang sahabat berkaitan simpanan emas, lalu saya bertindak mencubanya. Alhamdulillah simpanan emas ternyata sesuai dengan saya dan saya gembira kerana simpanan emas saya semakin hari semakin bertambah.

Saya terdetik untuk memulakan bisnes emas ini ialah kerana saya ingin membantu sahabat dan saudara mara yang mengalami masalah simpanan wang seperti saya dahulu. Setelah saya menghebahkan kebaikan simpanan emas kepada mereka, mereka berminat untuk mula membeli emas. Sejak itu saya berfikiran, ada baiknya saya memulakan bisnes emas sebagai  Dealer Public Gold dan sekaligus dapat membantu menyelesaikan masalah simpanan bocor yang dihadapi oleh kenalan di sekeliling.

Kekangan Masa

Setiap perniagaan pasti ada cabarannya. Antara cabaran yang saya hadapi ialah kekangan dalam membahagikan masa antara kerja hakiki dan juga sebagai Dealer Public Gold. Namun, cabaran itu saya tanganinya dengan baik setelah mendapat nasihat daripada mentor. Cabaran dan ujian dalam business dapat kita hadapi dengan tenang sekiranya kita benar-benar fokus dan inginkan kejayaan. Setelah rasmi menjadi Master Dealer Public Gold, saya dapati kehidupan saya menjadi lebih baik. Alhamdulillah saya mempunyai sumber kewangan yang mencukupi malah simpanan saya setiap bulan juga bertambah secara konsisten. Dengan itu, saya ingin mengajak lebih ramai orang untuk sama sama berjaya bersama Public Gold. 

Terima Kasih Daun Keladi

Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, mentor dan juga introducer saya kerana tanpa mereka agak mustahil untuk saya mencapai kejayaan hari ini. Tidak lupa juga kepada semua staf Public Gold cawangan Alor Star kerana sentiasa membantu saya dalam urusan membina empayar bisnes Public Gold saya. Terima kasih juga kepada semua sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kejayaan saya setiap hari.

Pendaftaran sudah penuh.