Maziz Syafiq Mujib

Latar Belakang

Salam dan Hai. Saya Maziz Syafiq Mujib. Boleh panggil Maziz atau Aaron. Anak sulung lelaki dan nombor 2 dalam 4 adik beradik. Lahir di Kuala Lumpur tetapi membesar di Kelantan. Graduan ijazah sarjana muda dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Kini bekerja di Agensi Pelancongan dan Pengembaraan di Gua Musang.

Jumpa Instrumen Simpanan

Saya ada melihat suatu ‘posting’ yang di muat naik oleh rakan saya Cik Munirah Seruja berkenaan “emas itu kalis inflasi duit”. Kondisi saya ketika itu adalah ingin mencari suatu instrumen yang boleh saya alihkan sebahagian duit faraid bahagian saya untuk disimpan dan tak terusik. Duit faraid tersebut adalah asbab kematian ayahanda tercinta saya, Mujib Bin Othman. Saya takut kalau duit yang banyak itu tidak diurus dengan baik, maka ia akan cepat habis atau habis ke arah yang tidak bermanfaat. 

Sekadar Simpan Emas Bukan Bisnes

Niat asal saya membeli emas hanya lah sekadar mengalihkan duit RM5,000 kepada emas sahaja. Tetapi alangkah beruntungnya apabila hasil belian emas di akaun emas GAP melayakan saya untuk terus ‘grab’ status sebagai Normal Dealer ketika itu. Mungkin itu juga peluang saya untuk cuba-cuba berjinak dengan bisnes walau masih belajar. Maklumlah, ibu saya Puan Norliyana Binti Ibrahim, ketika itu seorang ibu tunggal. Sebagai anak lelaki, saya perlu berdikari dan mampu mencari duit sampingan bagi meringankan beban ibu.

Bisnes Public Gold Mengubah Cara Saya Berfikir

Saya dipaksa oleh Cik Munirah Seruja untuk hadir ke Jutawanemas Leadership Training (JLT), 3 hari 2 malam di Kuching ketika itu. Beliau berkata dengan hadir ke PLT, maka bisnes saya akan cepat berkembang. Kursus ke JLT ketika itu menelan belanja 4 gram emas dari akaun GAP. Tahun tersebut pada 2018 mungkin sekitar RM700+ jika 1 gram = RM180. Niat asal memang tak nak sebab terlalu mahal bagi saya tetapi atas dasar nak belajar dan percaya kepada Cik Munirah, maka saya hadir. Memang tak dapat disangkal, detik hadir ke JLT terus mengubah cara saya berfikir tentang potensi bisnes dari Public Gold. Syukur saya juga dapat hadir ke JLT di Sabah pada tahun sama.

Pada awal 2021,  secara rasminya saya bergelar Authorised Public Gold Dealer dan pemilik Business PG. Alhamdulillah segala usaha mula terbayar dan saya meneruskan perjalanan dari Normal Dealer ke Priority Dealer dan kini seorang Master Dealer, dengan 100% tanpa mengeluarkan modal! Kini sudah lebih 300 orang menyimpan emas dengan bimbingan percuma dari saya.

Secara rasmi saya serius membuat promosi dan recruitment pada Januari 2021. Minat mendalam itu hadir apabila mentor yang merupakan pengasas dan pengerusi G100 Network menerangkan terdapat banyak sistem sokongan diberikan, diajar untuk memulakan bisnes seterusnya berkembang dalam Public Gold melalui G100 Network.  

Tulang Belakang Kejayaan!

Selain daripada keluarga yang tak putus beri sokongan kepada saya, G100 Network turut menjadi tulang belakang kejayaan ini. Walaupun saya tak mempunyai sebarang pengalaman menjalankan business dan hanya seorang Student, G100 Network terus menerus memberi sokongan dari segi ilmu dan toolset kepada saya. G100 Network menyediakan training yang bermanfaat untuk saya mengembangkan Mind Set dan Skill Set sebagai seorang Business Owner yang sebenar. 

Alhamdulillah, walaupun baru bergelar Student, saya telah membuktikan bahawa semua orang boleh jadi Business Owner dengan adanya Mind Set yang betul. Yang paling penting ialah usaha tanpa mengenal alah dan keinginan untuk tambah ilmu. Syukur juga kini saya mampu meraih pendapatan pasif yang berbaloi setiap bulan walaupun sibuk dengan pengajian di Kampus. Sasaran saya untuk bebas kewangan bersama Public Gold dalam 3 tahun dari sekarang akan saya pastikan menjadi realiti. Saya yakin mampu mencapainya dengan G100 Network.

SEE YOU AT THE TOP!

Pendaftaran sudah penuh.