Mohd Fadzli Lockman

Saya Dan Public Gold

Saya Mohd Fadzli Bin Lockman tetapi lebih dikenali ramai dengan nama Ujang di sosial media.Saya seorang peniaga online di media sosial dan personal shopper barangan berjenama dari luar negara terutamanya Jepun.Saya mula daftar Public Gold pada 2014 hasil membaca blog Tuan Mohd Zulkifli Shafie tetapi tidak konsisten dalam menyimpan emas dan tidak pernah tahu peluang yang ada di Public Gold.

Jumpa Penawar Keborosan Pada Usia 35 Tahun

March 2021,selepas setahun menjalani kehidupan pandemik Covid-19,isteri saya bertanya kenapa ada akaun Public Gold  tapi tidak menyimpan emas.Saya seorang yang amat boros dan sukar menyimpan.Saya gemar berbelanja pada pakaian berjenama,koleksi jam gshock,koleksi topi dan koleksi kasut.Akhirnya isteri menasihati saya untuk mula kembali menyimpan emas.Dan kami buat pembelian 3 keping goldbar bungamas 20g.Ini permulaan saya merawat penyakit boros saya,sekarang saya konsisten menyimpan setiap bulan.

Peluang Menjana Pendapatan Di Public Gold

 Saya tidak pernah tahu tentang kita boleh menjana pendapatan dengan Public Gold sehinggalah tanpa tidak sengaja saya buat pembelian pertama setelah sekian lama.Itupun pihak branch Seremban maklumkan saya layak jadi Priority Dealer untuk pembelian itu.Selepas itu saya terus google bagaimana nak jalankan bisnes Public Gold.Hasil bacaan di semua blog semua banyak menyebut nama introducer saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Setiap Perkara Yang Berlaku Ada Hikmahnya

 Selepas 7 tahun,saya ambil keputusan  menghubungi Tuan Mohd Zulkifli melalui Whatsapp untuk minta bimbingan dari beliau cara nak buat bisnes dengan Public Gold.Agak segan kerana tiba-tiba hubungi beliau.Rasa takut juga jika beliau tidak sudi balas Whatsapp saya ,bagaimana saya nak mulakan bisnes Public Gold.Alhamdulillah beliau balas Whatsapp saya,jodoh saya dengan beliau masih panjang.Agak terkejut saya,bila beliau berikan semua tools dan support yang diperlukan untuk menjalankan bisnes ini.Dengan pengalaman saya dalam bisnes,saya terus buat keputusan bisnes ini saya boleh buat dengan mudah kerana semua telah disediakan tinggal nak buat sahaja.Ibaratnya orang sediakan kedai dan produk,kita tinggal jalankan sahaja.Memang rasa menyesal lambat bermula tetapi rasa sangat beruntung bermula ketika G100 Network ada lengkap dengan tools dan support yang diperlukan. Hasilnya,saya capai MD dalam masa 3 bulan kerana saya fokus buat betul-betul dan adanya bimbingan dari G100 Network.

Terima Kasih

Antara perkara terbaik dalam hidup saya adalah mengenali Tuan Zulkifli 7 tahun lepas sebagai introducer saya.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Zulkifli dan team G100 Network banyak membantu saya untuk capai apa yang saya capai sekarang dan yang akan di capai masa akan datang.Saya tidak pernah membayangkan buat bisnes Public Gold tanpa Tuan Mentor dan G100 Network.Saya seorang yang tidak belajar tinggi,bila dengan G100 Network saya banyak belajar ilmu baru dari rakan-rakan yang hebat.Mentor saya Tuan Zulkifli pula bukan sahaja ajar bagaimana nak capai financial freedom tapi juga bagaimana kita nak menjadi insan yang lebih baik.Satu nasihat beliau yang amat beri kesan kepada saya,beri manfaat kepada orang sekeliling,apa yang kita impikan akan datang sendiri tanpa dikejar.Thank you again G100 Network, proud to be an eagle!

Pendaftaran sudah penuh.