Nurfarahana Simun

1 Dinar Sebagai Mas Kahwin

Dari dahulu mak saya selalu cakap, “duit mas kahwin itu nanti tukar kepada emas supaya jadi kenangan dan sentimental value di hari pernikahan”. Di saat persiapan perkahwinan, seorang sahabat memberi cadangan agar beli 1 dinar sebagai mas kahwin dimana tahun 2015 ini merupakan titik perkenalan saya dinar emas.

Selepas setahun perkahwinan, saya dan suami sedar wang hantaran habis semuanya, wang simpanan sangat susah bertambah dan yang kekal tak berusik hanya 1 dinar mas kahwin pernikahan. Terdetik di hati, kenapa emas tak terusik?

 

Berkenalan dengan blog MohdZulkifli.com

Untuk mencari jawapan dan juga penyelesaian masalah ‘duit sentiasa tak cukup’, saya terus menerus mencari dengan pelbagai bacaan dan akhirnya berjumpa dengan blog mentor www.mohdzulkifli.com. Sebagai percubaan untuk bina kepercayaan dengan Public Gold, akhirnya saya berdaftar dengan Public Gold pada 26 Mei 2016 secara rasmi dan membeli 0.5gram versi raya 2016.

Sejak dari itu, saya dan suami selalu menghadiri seminar di Public Gold Johor Bahru dan akhirnya kami terbuka mata bahawa Public Gold merupakan peluang untuk mencapai financial freedom.

Berkongsi Kebaikan dan Pengalaman Sendiri Menyimpan Emas

Sejak menjadi dealer, saya sering membaca buku berkaitan simpanan emas bagi menambah ilmu simpanan emas. Pengalaman dan perbezaan setelah mempunyai simpanan emas ini saya kongsikan secara santai dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Perkongsian di FB dan IG juga saya lakukan dalam masa 3-4 kali seminggu. serta di sosial media.

Acap kali saya berkata, “masa kita ada duit, emas itu harta kita. Masa kita tiada duit, emas itulah duit kita”. Saya kongsikan juga pengalaman saya membeli rumah dengan bantuan simpanan emas. Pengalaman ini membuka mata orang sekeliling kami.Ï

Surirumah dan Bisnes

Status pekerjaan sebelum ini dan mempunyai anak kecil menjadikan saya mempunyai 1 alasan dan seterusnya 1001 alasan untuk hadir ke cawangan bagi menghadiri PG1S serta JLT. Kemudian menjadi suri rumah membataskan saya untuk berjumpa dengan ramai orang. Sesungguh Covid-19 ini memberi satu rahmat buat saya.

Bermula dengan menghadiri Boot Camp pada November 2020 dan pelbagai virtual training, memberi peluang kepada saya untuk fokus membina bisnes Public Gold ini.Struktur PG1S dan pakej pembelajaran cara pemasaran yang dianjurkan oleh G100 Network membuka jalan untuk terus bersama bisnes ini. Alhamdulillah, tepat pada 2 November 2021, saya berjaya mencapai status Master Dealer bersama 300 orang penyimpan emas.

Jutaan Terima Kasih

Sesungguhnya ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Mohd Zulkifli Shafie yang telah membantu kami memperoleh kewangan yang lebih baik melalui penulisan beliau. Terima kasih juga kepada beliau dan Mahaguru Syukor Hashim yang mengenalkan peluang pendapatan pasif bersama Public Gold. Tidak dilupakan kepada rakan dealer G100 yang bersatu padu dalam membentuk G100 hari ini, tanpa anda semua, kejayaan ini belum tentu menjadi milik saya.

Pendaftaran sudah penuh.