PUBLIC GOLD BY G100 NETWORK

Your Ultimate Financial Freedom Begins Here!

G100 adalah network terbesar dealer Public Gold. Misi kami membantu mereka yang berpendapatan supaya mempunyai simpanan yang kukuh, bebas masalah kewangan, dan mencapai Financial Freedom (“tak kerja pun ada duit”).

JANA PENDAPATAN PASIF
SAMBIL MENYIMPAN EMAS
TAHUKAH ANDA?
Anda boleh menjadi pemilik bisnes emas walaupun tanpa modal. Asalkan anda adalah customer Public Gold (PG) yang berdaftar (memiliki PG Code), anda boleh jadi pemilik bisnes emas. Rahsianya kami bongkar di sini!
POTENSI PENDAPATAN BISNES PUBLIC GOLD BERSAMA G100 NETWORK

Potensi pendapatan pasif lebih RM10,000.00 sebulan, hanya 3 – 5 tahun dari sekarang!

G100 menyediakan program untuk anda berjaya capai setiap checkpoint dalam jangka waktu ditetapkan.
3 LANGKAH MUDAH JANA PENDAPATAN
G100 menyediakan program supaya anda mampu membimbing 1,000 penyimpan emas dalam masa 3 – 5 tahun, dan mendapat pendapatan pasif melebihi RM10,000 sebulan sambil menyimpan emas.
Simpan
Sampaikan
Servis
KEUNTUNGAN MENJADI
DEALER PUBLIC GOLD
Insentif
Zero Stock
Online
Royalti
Diwarisi
Zero Fee
KENAPA G100 NETWORK? APA PERBEZAAN G100 NETWORK & PUBLIC GOLD?
Logo G100 Red png

Dealer Public Gold

Network terbesar dealer PG. Paling aktif dan paling cepat berkembang. Ditubuhkan secara rasmi pada 24.9.2018.

Peluang menjana pendapatan pasif

Share pengalaman anda kepada orang lain. PG akan bayar insentif setiap kali customer berdaftar di bawah anda membeli dengan PG. Ikuti program yang G100 sediakan supaya anda membina bisnes dengan betul, cepat dan berkesan.

Latihan & Support

Join Komuniti G100. Dapatkan akses ke program ilmu, support team, tools, dan mentorship yang kami sediakan. Anda tak perlu try & error. Kami sudah ada formula yang terbukti berkesan untuk ada capai kejayaan dengan cepat.

Syarikat Pengeluar Emas

Syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia. Mempunyai 18 cawangan, termasuk 1 di Indonesia. Ditubuhkan pada 23.5.2008.

Produk Public Gold

Gold Bar 24K
- Edisi Bunga Mas - 5g, 10g, 20g, 50g & 100g

Gold Bar 24K
- Edisi Tai Fook
- 5g, 10g, 20g, 50g & 100g

Dinar 24K
- 1/2 Dinar (2.125g)
- 1 Dinar (4.25g)
- 5 Dinar (21.25g)
- 10 Dinar (42.50g)

600K Penyimpan Emas

Sudah lebih 600K penyimpan emas yang berdaftar dengan Public Gold. Lebih 200k adalah penyimpan emas di bawah G100.

MENCAPAI FINANCIAL FREEDOM DENGAN PUBLIC GOLD BERSAMA G100

Berdasarkan road map kami, anda boleh mencapai level Master Dealer (MD) dengan pendapatan pasif RM5,000 sebulan, dalam masa 18 bulan dari sekarang. Pencapaian tersebut sudah ‘sebelah kaki’ mencapai Financial Freedom.

Support tools dan platform yang kami sediakan untuk membantu anda capai Financial Freedom!
Telegram Channel
G100 Handbook
Facebook
G100 Menyediakan 5 Core Program Untuk Dealer!

G100 Talk Show

Setiap Rabu.

Belajar tentang emas & kewangan, dan kembangkan bisnes anda setiap minggu!

Ajak prospek untuk sama-sama belajar daripada speaker G100 yang terpilih.

PG Leadership Training (PLT)

Setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan.

Bongkar rahsia sebenar mencapai Finacial Freedom dalam masa 3 - 5 tahun daripada speaker yang sudah ada proven result!

New Dealer Orientation (NDO)

Setiap Sabtu minggu kedua setiap bulan.

Kenali PG & G100.

Fahami cara memanfaaatkan TOOLSET yang disediakan, dan dapatkan update terkini tentang SOP dalam menjalankan bisnes.

Weekly Business Meeting (WBM)

Setiap Ahad

Dapatkan update terkini, dan skill yang lebih mendalam untuk mengembangkan bisnes.

Belajar terus dari mereka yang mempunyai progress yang baik dalam bisnes.

Weekly Group Coaching (WGC)

Setiap Ahad

Bertanya terus dengan upline MD tentang cabaran yang dilalui dan cara untuk mengatasinya.

Dapatkan personal touch terus daripada MD yang akan bantu anda untuk berjaya.

Mohd Zulkifli Shafie & Najdah Mohammed Hussain
Akauntan dan Surirumah / Sapphire 5 Star Founder Master Dealer/ Pengasas G100 Network
Kehidupan kami sekeluarga sungguh selesa. Mempunyai kebebasan masa dan wang. Kami boleh buat apa yang kami suka pada bila-bila masa tanpa dikongkong oleh sesiapa. Setiap hari adalah hari cuti bagi kami. Tak ada beza bagi kami antara hari Ahad, hari perayaan atau Isnin (hari bekerja) sejak tahun 2014.
Selain daripada pendapatan yang lumayan dan mempunyai kebebasan masa, apa yang lebih penting ialah kami mendapat jaminan pendapatan. Kalau apa-apa terjadi kepada saya, bisnes ini boleh diwarisi kepada isteri dan anak-anak saya.
“Pendapatan Meningkat Walaupun Saat Musibah “
Ianya telahpun terbukti di mana telah terjadi musibah kepada saya selama 2 tahun, iaitu saya dipenjarakan gara-gara sedekah RM200. Selama 2 tahun, saya dan isteri langsung tak dapat menjalankan bisnes. Itu adalah tempoh paling perit dalam hidup kami.
2019 dan 2020 adalah tahun kesedihan bagi kami.
Walaupun begitu, bisnes yang kami bina sebelum itu tak hilang begitu sahaja. Bahkan ia berkembang berlipat-kali ganda saiznya, dan pendapatan pasif kami meningkat di luar jangkaan kami. Walaupun dilanda kesusahan dan kesedihan, kami tak mempunyai masalah dari sudut kewangan.
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan rezeki dari jalan yang tidak kami sangka-sangka.
Tahun musibah sudah pun berlalu, Tahun 2021 adalah fasa baru dalam kehidupan kami suami isteri. Kami memasang cita-cita untuk melahirkan 1,000 Master Dealer (mencapai Financial Freedom) menjelang tahun 2024, insyaAllah.
Kami mahu bantu lebih ramai yang keluar dari masalah kewangan, mempunyai simpanan yang cukup, dan akhirnya mencapai Financial Freedom seperti kami, insyaAllah.
TESTIMONI MEREKA YANG BERSAMA
G100 NETWORK
Pelajar
“Kini, ini bukan lagi Part-Time bisnes”
Saya bermula membina bisnes ini pada usia saya 20 tahun dan pada waktu itu, saya berada 8000KM di perantauan. Kini, ini bukan lagi “Part-Time” bisnes bagi saya walaupun saya sekarang bekerja sebagai seorang jurutera. Ianya adalah masa depan saya dan keluarga. Walaupun pada awalnya belum nampak hasil, tapi saya terus dan terus buat perkara yang betul dengan sabar. Jika kita faham bagaimana cantiknya pendapatan pasif, kita tak akan sia-siakan peluang yang terbentang luas dihadapan kita.
– Muhammad Syarifuddin bin Mohd Jamil
Graduan Jurusan Mekatronik, University of Wollongong Australia / Master Dealer
Pelajar
“Pencen Sebelum Tamat Belajar”
“Pencen sebelum mula bekerja”, inilah yang saya impikan sejak sekitar 5 tahun yang lalu. Rahmat terbesar saya adalah saya mempunyai kesedaran dan terdedah tentang ilmu bisnes dan kewangan seawal usia 18 tahun. Bermula sebagai penyimpan 0.5 gram, kemudian menjadi dealer Public Gold, alhamdulillah sedar tak sedar sekarang sudah lebih 1,600 penyimpan emas yang saya bimbing dan majoriti mereka adalah Mahasiswa seperti saya. Dengan kebaikan yang disebarkan melalui bisnes Public Gold, kini saya sudah secure pendapatan pasif berkali ganda berbanding gaji fresh graduate dan ini membolehkan saya untuk capai impian saya 5 tahun dulu, pencen sebelum tamat belajar. Alhamdulillah.
– Abdur Rahman Al Amin Bin Ismail
Pelajar Tahun Akhir Jurusan Kewangan, Universiti Utara Malaysia / Star Founder Master Dealer
Pelajar
“Rasai Time and Financial Freedom”
Daripada seorang yang sangat boros, saya berjaya menyediakan simpanan yang membolehkan saya berkahwin dan beli rumah pertama melalui simpanan emas. Dalam merasai kebaikan simpanan emas, saya juga mencari perniagaan yang boleh beri saya ‘Time and Financial Freedom’. Dalam kesibukkan bekerja, saya cuma nampak Public Gold sahaja platform untuk saya capai impian saya ini. Ya, hanya Public Gold. Alhamdulillah hari ini pendapatan pasif sebagai PGBO telah melebihi gaji kerja hakiki saya. Saya percaya lebih ramai anak muda juga mampu berjaya malah jadi multi-millionaire melalui platform Public Gold dan support dari team G100 Network jika mereka serius fokus jadikan bisnes ini sebagai exit plan. InsyaAllah.
– Dr Mu’az Mahadzir
Graduan jurusan perubatan / 2 Star Founder Master Dealer
Professional
“Saya dapati Public Gold tiada tandingan”
Saya bekerja sebagai seorang akitek dan kini masih menjalankan praktis Azman Bilaji Architect di Johor Bahru sejak tahun 2003 lagi.
Saya mula menyimpan jongkong emas pada Jun 2018. Setelah saya mula menyimpan emas, barulah saya sedar tentang sifat boros saya sebelum ini.
Pada bulan September 2018 saya membuat keputusan menjadi dealer emas kerana ingin terus membeli dengan harga diskaun.
Pada penghujung tahun 2019 saya telah menghadiri program PLT di Ampang selama 2 hari. Sekembalinya saya dari program itu, minda saya mula terbuka untuk menjalankan business emas ini dengan secara lebih serius.
Selama ini saya beranggapan yang perniagaan sebagai arkitek yang saya jalankan sehingga sekarang ini adalah satu-satunya sumber perniagaan saya hingga ke akhir hayat.
Walau bagaimana pun, setelah dibuat perbandingan tentang kebebasan kewangan dan pendapatan pasif, saya dapati Public Gold ini tiada tandingannya. Saya telah berjaya menjadi Master Dealer dalam masa 15 bulan, bermula dari tarikh saya bertekad untuk mendidik lebih ramai orang faham tentang kelebihan menyimpan emas.
– Haji Azman Bilaji
Arkitek / Master Dealer
Professional
“Kesibukan bukan penghalang”
Sifat boros saya adalah pendorong kepada saya mencari alternatif simpanan lain selain duit, iaitu emas.
Saya mulai mengenal Public Gold sejak 2017, bermula dari penyimpan emas kemudian berhijrah kepada pembimbing emas. Dalam kesibukan kerja seharian saya sebagai seorang doktor, tidak menghalang minat saya yang mendalam dalam bidang emas bersama Public Gold ini.
Alhamdulillah, kini saya telah melahirkan 10 orang Master Dealer dan mempunyai rangkaian penyimpan emas lebih 15,000 orang.
Terima kasih Mentor En. Zulkifli Shafie!
– Dr. Mohd Syafiq bin Roslan
Doktor Perubatan / Triple Star Founder Master Dealer

Pemilik Perniagaan

“Banyak peluang untuk bantu orang”
Saya merupakan ‘founder’ kepada AiSuka Bazaar, penyedia tapak niaga mudah dan murah sejak 10 tahun dahulu. Secara dasarnya, bisnes saya ini telahpun menjadi auto pilot dimana ia hanya berjalan 2 hari seminggu dan diuruskan sepenuhnya oleh staff tanpa saya perlu ke lokasi tapak niaga. Saya sudah lama punya kebebasan tanpa bebanan hutang dan saya sentiasa bebas ke sana kemari tanpa perlu mengira masa bila saya hendak bercuti.
Ditakdirkan adik saya diberhentikan kerja. Untuk membantu beliau, saya bersama-sama beliau hadir satu seminar tentang bisnes Public Gold. Apabila pulang dari seminar, saya rasa gelisah. Saya tahu tentang emas, tetapi tidak bersungguh ajak orang simpan emas. Akhirnya saya buat keputusan untuk serius buat bisnes Public Gold.
Setelah 68 hari saya serius buat bisnes Public Gold, saya berjaya mencapai Club 100. Dan selepas 70 hari dari tarikh saya capai Club 100, saya berjaya mencapai 300 orang frontline untuk melayakkan saya menjadi Master Dealer.
Sesungguhnya apabila saya masuk ke dalam bisnes Public Gold, saya nampak semakin banyak peluang saya ada untuk bantu orang. Kita boleh bantu orang menyimpan emas, kita boleh bantu dealer berjaya dalam bisnes Public Gold dan seterusnya mencapai impian financial freedom.
– Mohd. Nazim Bin Haji Badruddin
Founder AiSuka Bazaar / Master Dealer
Pemilik Perniagaan
“Beberapa impian saya telah tercapai.”
Saya mula buat belian emas pertama 0.5g di Public Gold pada 5 Januari 2018 setelah membaca blog mohdzulkifli.com. Pada Mac 2018, saya menghadiri seminar emas Public Gold di Shah Alam yang disampaikan oleh Encik Shamsudin Kadir.
Bermula dari situ saya rebut peluang jadi dealer kerana tertarik dengan insentif 1% yang saya anggap sebagai diskaun belian sendiri. Saya dapat menarik lebih 50 orang saudara terdekat saya dalam masa 2 bulan untuk menjadi penyimpan emas.
Sejak itu saya nampak mudahnya persekitaran bisnes ini dan dapat mendidik orang lain tentang manfaat simpanan emas untuk pengurusan kewangan yang lebih baik. Saya beruntung dan bertuah kerana menjadi sebahagian keluarga G100 Network kerana dengan adanya Business School Model oleh G100 Network saya dapat belajar lebih banyak ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan dengan orang lain.
Pada April 2020, saya telah berjaya mencapai Master Dealer dan ketika ini hampir 890 orang penyimpan emas di bawah saya. Alhamdulillah beberapa impian saya juga telah tercapai antaranya menunaikan haji pada tahun 2019 asbabnya menyimpan emas.
– Amran Bin Bachok
Pengarah Teknikal Syarikat Teknologi KBSE Sdn Bhd / Master Dealer
Golongan T20
“Bisnes yang diperlukan suatu hari nanti”
Belian pertama saya melayakkan saya menjadi dealer, walaupun saya belum berminat dengan bisnes emas. Ia berubah selepas menyertai JLT pada Februari 2017. Memahami perbezaan besar antara pendapatan pasif dan aktif, saya tetap memilih untuk serius dalam bisnes Public Gold. Saya teruskan dengan semangat yang pasang dan surut, tetapi tetap yakin ia merupakan bisnes yang amat saya perlukan suatu hari nanti walaupun pada awalnya, komisyen yang diterima tidaklah banyak. Saya menjadi Master Dealer pada Februari 2021 dan income dari Public Gold meningkat 3 kali ganda. Oleh itu, saya boleh mempercepatkan perjalanan saya ke arah bebas kewangan, dan melengkapkan impian saya membangunkan beberapa buah rumah di atas tanah sendiri tanpa loan bank.
– Mohammad Sabri Bin Yaacob
Senior Chemist dalam industri minyak dan gas / Star Master Dealer
Golongan T20
“Pendapatan telah melebihi gaji di pejabat”
Saya dan suami merancang untuk bersara pada usia 45 tahun, jadi kami perlu mencari perniagaan ringkas sebagai aktiviti masa lapang kelak. Saya menjadi Priority Dealer pada 2019. Pada mulanya tidak terlintas bahawa ini bakal mengubah plan persaraan kami. Insentif pertama sebagai dealer Public Gold hanya RM251. Sebagai HR Manager dan pelabur, nilai RM251 adalah amat kecil buat saya. Jujur saya “pandang sebelah mata”. Tak disangka empayar saya berkembang dengan pantas. Pendapatan selepas 2 tahun dalam bisnes Public Gold telah melebihi pendapatan saya sebagai HR Manager yang telah 17 tahun bekerja. Saya mula melihat betapa besarnya potensi bisnes PG dan ianya bukan sekadar freelance job.
– Marlia Binti Ramli
HR Manager di sebuah syarikat multinasional / Triple Star Founder Master Dealer
Golongan T20
“Segalanya boleh hanya dihujung jari”
Kerjaya stabil dan pendapatan tinggi adalah impian setiap orang. Namun, pangkat besar juga bermaksud tanggungjawab dan tekanan kerja yang besar. Saya terfikir sampai bila harus bekerja dan berapa simpanan yang saya perlu untuk bersara awal? Nak jadikan cerita, pada PKP 1.0 saya tercari-cari kaedah simpanan yang lebih selamat kerana pada ketika itu saya ingin mengembangkan portfolio kewangan saya ke arah perancangan persaraan awal. Disitulah titik tolak saya sebagai penyimpan emas sekaligus sebagai dealer Public Gold. Sejujurnya, kerjaya hakiki saya sangat sibuk hingga saya tiada masa untuk berkongsi ilmu emas. Oleh itu, pengurusan masa sangat penting bagi saya yang melakukan bisnes ini secara separa masa. Dalam kesibukan kerja, saya telah berjaya mencapai Top Producer Award pada hampir setiap bulan. Platform bisnes emas Public Gold sangat relevan pada zaman ini kerana segalanya boleh dilakukan hanya dihujung jari pada bila-bila masa sahaja.
– Noralida Binti Md Amran
Pengurus Kanan di syarikat Oil & Gas / Master Dealer
“Bye Bye Boss!”
“Saya letak jawatan tanpa toleh ke belakang. “
Secara jujurnya, saya bukanlah peminat emas. Mula kenal Public Gold pada Jun 2017, bila dah jatuh cinta, memang angau dibuatnya. Cabaran saya adalah suami sebagai penghalang terbesar. Tak habis disitu, bos di tempat kerja juga tak senang duduk bila tahu saya buat bisnes berkaitan emas. Waktu itu, jawatan sebagai Pengurus Ar-Rahnu terus ditukar kepada Pegawai Kewangan di ibu pejabat. Waktu itulah saya mula block dan unfriend bos serta kawan-kawan di tempat kerja. Diam-diam buat bisnes dan akhirnya tahun ketiga saya terus hantar surat perletakan jawatan tanpa toleh kebelakang lagi. Tak sangka perancangan Allah itu sangat indah. Setelah 3 tahun bercerita tentang emas, Allah bukakan satu persatu pintu rezeki dari arah yang tak disangka.
– Norhafizah
Bekas Pengurus Ar-Rahnu / Master Dealer
“Bye Bye Boss!”
“Hidup bebas tanpa terikat dengan ‘rat race’.”
Perjalanan saya sebagai penyimpan emas bermula pada 2014 apabila saya mencari hobi mengumpul yang baru. Pada pertengahan 2015, saya mengambil keputusan untuk menjadi Normal Dealer dan beberapa bulan kemudian saya upgrade menjadi Priority Dealer. Asbab menyebarkan ilmu emas dengan betul, serta pendapatan dari Public Gold yang saya terima secara konsisten itu melebihi gaji hakiki saya, maka saya membuat keputusan untuk berhenti kerja pada Mei 2018. Alhamdulillah dengan membuat bisnes Public Gold sepenuh masa, saya hidup lebih bebas tanpa terikat dengan ‘rat race’, mencapai matlamat bebas kewangan dan mengubah kehidupan saya menjadi lebih baik.
– Md Haris Bin Abdul Halim
Bekas IT & Web Technical Support / Master Dealer
“Bye Bye Boss!”
“Jalan paling cepat untuk capai impian.”
Saya menyimpan emas sejak dari tahun 2011, ketika bergelar seorang pelajar. Pada November 2014, saya mendapat jawatan sebagai jurutera kilang kelapa sawit di sebuah syarikat GLC, dan dihantar ke Sabah. Manakala, isteri bekerja di Kelantan. Kami terpaksa hidup berjauhan dengan jarak beribu kilometer memisahkan kami. Kami rasakan masa depan keluarga sukar dirancang dengan baik. Jadi, kami mencari apa sahaja sumber pendapatan yang membolehkan kami hidup bebas dimana tempat yang kami suka, tidak terhad dengan masa. Kami belajar tentang hartanah dan cuba memulakan bisnes membuat keropok dan menjual jersey murah dari Kelantan. Memandangkan kami sendiri memang sudah menyimpan emas, kami dapati, bisnes Public Gold adalah jalan paling cepat dan mudah untuk kami mencapai impian kami. Syukur, setelah 4 tahun kami membina bisnes Public Gold, akhirnya pada 31 Ogos 2020 saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai seorang jurutera dan menjadi bapa sepenuh masa.
– Mohamad Hafiz Shafie
Bekas Jurutera Mekanikal / Double Star Founder Master Dealer
Guru
“Saya pencen 5 tahun lebih awal.”
Mula berkhidmat sebagai guru Bahasa Arab pada tahun 1991 dan memilih bersara pilihan pada Jun 2018 setelah berkhidmat selama 27 tahun. Saya juga mengajar kelas tambahan Bahasa Arab di pusat tuisyen dan Maktab Perguruan pada cuti hujung minggu dan cuti hujung tahun.
Di tahun pertama dan kedua menjalankan bisnes Public Gold adalah fasa yang agak sukar. Bisnes ini saya jalankan ikut cara sendiri. Akhirnya berkat ilmu yang di timba dari mentor dan team G100 serta konsisten menyampaikan ilmu emas kepada masyarakat, empayar bisnes saya makin berkembang.
10 tahun lalu saya tak pernah impikan boleh mendapat peluang sebegini. Saya mampu mencapai financial freedom dan pencen 5 tahun lebih awal dari tarikh sepatutnya. Saya juga berjaya menambah dua buah lagi hartanah serta pemilikan aset emas. Alhamdulillah, saya juga menerima pasif income 4 hingga 5 angka setiap bulan. Empayar bisnes saya akan saya wariskan kepada anak cucu.
– Nor Azah Binti Ahmad
Guru lulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab / Master Dealer
Guru
“Ternyata ini adalah exit plan yang tepat!”
Saya mula berkerja sebagai guru di Johor. Pada penghujung tahun 2014, saya terbaca artikel dari blog mentor saya mohdzulkifli.com. Saya mula mengikuti beliau dan selepas lebih 6 bulan, saya memulakan simpanan emas pertama.
Emas adalah kaedah paling berkesan mengubah tabiat boros berbelanja saya sehingga saya boleh menjayakan majlis perkahwinan saya tanpa membuat pinjaman satu sen pun daripada bank. Hanya dari simpanan emas sahaja.
Setelah setahun saya menyimpan emas, saya dapati ramai kenalan berminat nak simpan emas. Selepas berjumpa dengan mentor saya pertama kalinya di pada April 2016, saya mula serius berkongsi tentang kebaikan menyimpan emas pada orang ramai.
Namun saya diuji apabila saya dipindahkan ke daerah Marudi di Miri, Sarawak. Cawangan Public Gold pun belum ada disana. Jaringan internet juga tiada ketika disekolah. Cabaran itu tidak mematahkan semangat. Saya sentiasa consult dengan mentor. Dari situ, saya mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Simpan Emas yang disampaikan oleh mentor di hotel sekitar Bandaraya Miri.
Platform Public Gold dan G100 Network banyak membina diri saya dan mengubah diri saya menjadi lebih baik sejak 5 tahun lepas. Ternyata Public Gold adalah exit plan yang tepat saya gunakan untuk mencapai financial freedom dan time freedom. Segala apa yang saya usahakan sejak 2016, bukan sahaja berkembang dengan pesat bahkan memberi pendapatan pasif sehingga 5 angka sebulan.
– Steven Blanda
Guru di Sarawak / Double Star Founder Master Dealer
Suri Rumah
“Tidak hilang customer walaupun berhenti.”
Saya berjaya mendapat anugerah Club 100 dan Superstar Dealer hanya dalam masa 6 bulan lepas saya mengikuti PG1S. Namun selepas itu, saya berhenti seketika atas beberapa kekangan. Apabila saya kembali pada tahun 2020, customer yang berdaftar dengan saya sebelum ini masih kekal. Itulah bagusnya bisnes PG ni, walaupun berhenti lama, kita tidak hilang customer dan bisnes kita boleh diwarisi! Alhamdulillah, saya layak menjadi Master Dealer pada Februari 2021. Pendapatan juga bertambah menghampiri gaji saya sebagai jurutera dahulu! Yang lebih memuaskan adalah apabila saya dapat menambah nilai kepada kehidupan customer dan dealer di bawah empayar saya serta dapat menyumbang kepada tim G100 Network.
– Shikin Shawal
Suri rumah bekerjaya Anak 5 / Master Dealer
Suri Rumah
“Semuanya sudah tersedia, tak pening!”
Semuanya sudah tersedia, saya tidak perlu pening-pening nak buat poster, urus pasukan dan juga meluaskan empayar. Dengan adanya sistem ini, saya berjaya capai Master Dealer dalam masa 58 hari untuk cukupkan 300 Frontlines dan juga RM300K personal sales. Pada awalnya saya rasa tidak yakin untuk melakukannya, tapi ternyata ia berjaya dicapai. Target saya ini dicapai sebulan lebih awal. Terima kasih semua committee tim G100 Network.
Pasukan dealer dibawah empayar saya sepenuhnya menggunakan tools dan hadir semua business school yang G100 dah sediakan. Saya yakin untuk terus berada dalam bisnes ini dan melahirkan 50 Master Dealer pada tahun 2024, insyaAllah.
– Nur Suaidah
Suri rumah bekerjaya Anak 3 / Master Dealer
Suri Rumah
“Saya mampu berkongsi rezeki dan berinfak.”
Kebebasan masa dan kewangan benar-benar wujud? Inilah persoalan yang saya tidak percayai sejak mula bekerja pada tahun 2006. Ditakdirkan suami mendapat tawaran bekerja di Indonesia dan saya ambil keputusan melepaskan jawatan agar kami sekeluarga dapat berhijrah ke sana. Ketika itu saya merasakan betapa nikmatnya kebebasan masa. Namun punca pendapatan saya telah hilang sehinggalah saya terbaca blog mohdzulkifli.com.
Alhamdulillah, segala usaha terbayar dengan tercapainya status Star Master Dealer pada 28 Januari 2021. Dengan insentif yang diterima, saya mampu berkongsi rezeki dengan Ummi Abah di kampung, menabung untuk pendidikan anak-anak, berinfak dan mengeluarkan zakat emas. Target saya seterusnya ialah melahirkan 10 Founder Master Dealer dan menerima insentif bulanan senilai 100g emas sebagai pendapatan pasif.
– Norazharina
Surirumah Bekerjaya Anak 3 / Star Master Dealer
3 LANGKAH MUDAH MENJADI DEALER
Anda boleh pilih untuk upgrade menjadi dealer melalui salah satu daripada cara berikut.
BELIAN EMAS – TANPA PROMOSI
Beli emas (dalam jumlah tertentu), free jadi dealer.
* Jumlah gram emas minimum perlu dibeli dalam 1 invois (beserta dengan Wealth Card RM200) untuk layak menjadi dealer.
BELIAN EMAS – DENGAN PROMOSI

Berita baiknya, Public Gold sentiasa buat promosi untuk jadi dealer dengan jumlah belian emas yang rendah, promosi serendah RM10,000 (+ pembelian Wealth Card RM200) di dalam seminar/talkshow yang dijalankan setiap minggu.

Dapatkan informasi tentang seminar/talkshow terkini di FB Page Public Gold by G100 Network atau di Telegram Channel MohdZulkifli.com

DAFTAR 50 CUSTOMER – FREE JADI DEALER
Daftar 50 customer baru di bawah anda dengan belian minimum RM100 melalui Akaun Emas GAP, anda layak untuk upgrade menjadi dealer.
G100 telahpun menyediakan panduan, tools, dan program untuk membantu anda mendapat 50 customer dengan mudah:
  1. Download Starter Kit Handbook
  2. Daftar training PLT (PG Leadership Training) di www.g100.my/plt .
Penafian
G100 tidak memberi jaminan bahawa program latihan yang kami sediakan ini berkesan untuk anda. Walaubagaimana pun, ilmu dan strategi yang kami sampaikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar mereka yang sudah terbukti berjaya bersama kami. Anda bertanggungjawab 100% atas kejayaan anda sendiri.