niaridzwan_1672067471.png

Nur Izzati Amira

Latar Belakang
Nama diberi Nur Izzati Amira binti Ridzwan, dilahirkan di Melaka kemudiannya dibesarkan di Perlis. Sekarang bekerja di bandaraya Kuala Lumpur. Bekerja sebagai seorang guru Matematik di salah sebuah sekolah rendah di Cheras.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Mula diperkenalkan dengan simpanan emas pada tahun 2018 oleh rakan sekerja. Tertarik dengan pengalaman rakan membuat bayaran muka rumah dengan menggunakan simpanan emasnya. Ketika itu, saya masih belum ada ilmu dan beranggapan simpanan emas yang beliau sertai sama dengan menyimpan barang kemas perhiasan.

Namun, bermula 2020, saya dapati rakan saya tadi semakin kerap membuat perkongsian tentang ilmu emas. Rupa-rupanya beliau telah menjadi dealer emas. Melalui perkongsian beliau, banyak salah faham tentang emas yang telah diperbetulkan.
Saya kemudiannya meminta sumber bacaan tambahan daripada beliau. Beliau berikan pautan blog En Mohd Zulkifli dan minta saya khatamkan blog tersebut. Belum khatam, rasa nak simpan emas tu terus timbul, rasa teramat rugi tak mula terus pada tahun 2018. Akhirnya, saya mula menjadi penyimpan emas Public Gold pada Mac 2020. Alhamdulillah sehingga kini masih konsisten menyimpan emas sebagai simpanan dan pelaburan untuk mencapai matlamat saya bebas kewangan.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Mencari Bisnes Menambah Pendapatan

Pada awalnya, saya tak berniat untuk menjadikan Bisnes Public Gold sebagai platform menambah pendapatan. Saya lebih tertarik dengan peranan pembimbing emas yang menyebarkan dan berkongsi ilmu emas kepada masyarakat. Saya nampak peluang untuk “give back to the society” bukan hanya membina poket semata-mata seperti bisnes lain. Saya amat tertarik dengan konsep “education selling” untuk berkongsikan ilmu yang bermanfaat; antara amalan yang tidak terputus pahalanya walau telah meninggal dunia. Malah, seperti perkongsian salah seorang rakan dealer Public Gold adalah platform untuk kita dapat “limitless income, limitless pahala.”


Detik Permulaan Bisnes Public Gold

Saya berhubung semula dengan introducer dan menyatakan minat untuk memulakan bisnes dengan Public Gold dan terus upgrade menjadi Normal Dealer pada 5 Disember 2020. Pada awal penglibatan, saya turut menyatakan hasrat untuk berkongsi kemahiran dan poster-poster yang dihasilkan bagi kegunaan para dealer G100 seterusnya diterima sebagai salah seorang Komiti Poster G100. Dalam masa yang sama, saya mula mempromosikan manfaat simpanan emas dengan rakan terdekat. Minat mendalam itu hadir apabila mentor yang merupakan pengasas dan pengerusi G100 Network menerangkan terdapat banyak sistem sokongan diberikan, diajar untuk memulakan bisnes seterusnya berkembang dalam Public Gold melalui G100 Network.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Permulaan Detik Positif Bersama Public Gold

Untuk mendidik mata agar jadi seperti mata lebah bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi kehidupan kita pastinya ada banyak turun naik. Ada masa kita rasa nak marah je dengan situasi yang kita tak suka. Namun, itu bukan bererti kita kalah. Sebaliknya, peluang untuk kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Walaupun saya tiada pengalaman dan tidak pernah terlibat dengan bisnes secara formal, saya mampu ikut dan berkembang dengan Public Gold melalui G100 Network. Sebenarnya , saya terkejut dengan model latihan dan program perkongsian ilmu emas yang disediakan oleh G100 Network yang mudah faham dan cepat disesuaikan tidak kira latar belakang. Apa yang penting perlu ada keinginan untuk belajar dan berjaya. Ikut sahaja sistem, inshaAllah “success is predictable.”

Saya ambil peluang platform bisnes ini untuk cabar diri dan keluar daripada zon selesa. Jika sebelum ini, saya kurang menonjolkan diri dalam media sosial, namun keberanian itu semakin dipupuk. Masih ingat kata-kata mentor, “kita bukan nak ambil duit orang, kita nak sebar ilmu dan selamatkan duit orang.” Oleh itu, saya cuba “follow” sifu media sosial bagi memaksimumkan penggunaan media sosial seterusnya menyediakan “kedai” yang berinformasi kepada umum. Dalam masa yang sama, saya sentiasa kemaskini pelan dengan upline introducer dan upline FMD agar dapat sama-sama perbaiki kekurangan dan membuat penambahbaikan.
Perubahan selepas bersama G100
Alhamdulillah dengan hasil tunjuk ajar dan menghadiri semua event G100 Network dan mentorship daripada En. Mohd Zulkifli Shafie, saya tekad untuk bergerak dengan lebih serius. Pesan mentor, kejayaan dicapai saat kita membuat keputusan. Hasil sentiasa melihat setiap situasi sebagai satu proses untuk belajar, satu-satu kejayaan telah dikecapi.

Antaranya ialah:
Unlock solid Priority Dealer pada 30 September 2021
Club 100 FY21/22 pada 1 November 2021.
Unlocked Master Dealer pada 1 Mac 2022.
Club 100 FY22/23 pada 14 Mei 2022.

Sehingga 10 Jun, saya telah membimbing hampir 500 penyimpan emas. Target saya bersama Public Gold adalah untuk bebas kewangan sepenuhnya dalam masa lima tahun dari sekarang. Saya yakin mampu mencapainya dengan G100 Network.
Penghargaan
Alhamdulillah dengan hasil tunjuk ajar dan menghadiri semua event G100 Network dan mentorship daripada En. Mohd Zulkifli Shafie, saya tekad untuk bergerak dengan lebih serius. Pesan mentor, kejayaan dicapai saat kita membuat keputusan. Hasil sentiasa melihat setiap situasi sebagai satu proses untuk belajar, satu-satu kejayaan telah dikecapi. Alhamdulillah.