- Testimonials
Success Story
Dapatkan inspirasi dari kisah kejayaan mereka yang telahpun bersama kami. Walaupun setiap mereka datang dari pelbagai latarbelakang yang berbeza, tetapi mereka tetap mencapai kejayaan yang sama bersama kami. Success is predictable!
Saya sangat bersyukur dengan model latihan dan program yang disediakan oleh G100.
Selepas 6 tahun fokus berkongsi ilmu emas Public Gold dan mengikuti
sistem sokongan dan mentorship daripada founder G100,
kini saya telah meraih
passive income 5 angka setiap bulan dan bersara pada usia 33 tahun bagi meninggalkan kerjaya sebagai seorang Doktor Perubatan.
Dan sehingga hari ini saya telah
membimbing lebih 1900 orang penyimpan emas secara personal dan mempunyai rangkaian lebih 30,000 orang penyimpan emas. Alhamdulillah.
Mula menyimpan emas untuk diri sendiri sejak di universiti, saya melihat peluang yang besar dengan bisnes Public Gold. Dengan bimbingan Founder G100 sejak 2014, kini network penyimpan emas di bawah saya sudah lebih 40,000 orang. Ia memberikan saya pendapatan kukuh yang membolehkan saya bersara pada usia 28 tahun.
Bisnes ini memberikan kami 2 cabang pendapatan yang kukuh, iaitu Public Gold Marketing dan PGMall (platform e-commerce). Kini kami suami isteri tidak lagi bimbang andai hilang pekerjaan. Dengan sistem sokongan G100, bisnes ini telah menjadi 'backup plan' yang kukuh untuk kami sekeluarga serta membolehkan saya meninggalkan kerjaya sebagai Senior HR Manager dan bersara sebelum usia 40 tahun.
Selepas 6 tahun (bermula 2016) membina bisnes dengan sistem sokongan G100, saya sudah mempunyai empayar bisnes lebih 12,000 penyimpan emas di seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ini memberikan sumber pendapatan kukuh yang membolehkan saya meletakkan jawatan, dan menikmati hidup sebagai seorang yang bebas - Financial Freedom ("tak kerja pun ada duit") ketika usia saya 29 tahun (sejak tahun 2020). Alhamdulillah...
Bermula mengikuti program PLT (PG Leadership Training) pada 5 Mac 2017 di Kuching, dan program latihan yang disediakan, ia memberi impak yang sangat besar kepada saya terutamanya dari segi kekuatan mindset. Bersyukur, saya berjaya membimbing lebih daripada 1,000 penyimpan emas di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Australia, dan empayar penyimpan emas lebih daripada 7,000 orang. Ia menjadi sumber pendapatan pasif yang kukuh untuk kami sekeluarga.
Suri rumah selalu dikatakan mempunyai hubungan sosial yang agak terhad, tetapi G100 Network telah membuka peluang dan menunjukkan jalan bahawa bisnes Public Gold ini boleh dilakukan dengan 100% online saja. Sejak ikuti program G100 Network pada tahun 2020, saya peroleh mindset yang kuat untuk melakukan bisnes Public Gold secara serius. Alhamdulillah, duduk rumah pun ada income seperti orang bekerja.
Asbab kenal Public Gold ketika masih bergelar mahasiswa, kini saya mendapat pendapatan pasif lebih besar dari pendapatan sebagai doktor perubatan, dan dapat memulakan kehidupan berkeluarga dengan sangat selesa. Apa yang lebih menakjubkan, saya hanya usahakan bisnes ini 100% secara online, dan kini berkembang secara auto-pilot! Inilah bisnes yang saya impikan. Ia memberikan pulangan luar biasa di sebalik kesibukan kerjaya saya. Alhamdulillah.
Setelah pulang dari seminar Public Gold (tahun 2020), saya rasa gelisah. Saya nampak peluang bisnes ini sangat bagus. Saya sudah lama tahu tentang kebaikan simpanan emas dan syorkan orang lain supaya simpan emas. Tapi saya tidak tahu ia boleh jadi satu sumber pendapatan yang kukuh. Setelah 6 bulan aktif mengajak dan membimbing orang lain menyimpan emas bersama Public Gold, akhirnya saya layak menjadi Master Dealer.
Public Gold bukan sahaja memberikan platform untuk saya mengelakkan kebocoran wang tapi menyediakan peluang untuk menjalankan bisnes emas dan pgmall. Setelah mengambil keputusan untuk serius ternyata pendapatan pasif ini telah mengubah kehidupan saya. Saya berazam untuk terus istiqomah bersama Public Gold demi mencapai status financial freedom.
Setelah 3 tahun bercerita tentang simpanan emas tanpa henti, Allah bukakan satu persatu pintu rezeki dari arah yang tak disangka. Simpanan setahun gaji dapat dikumpul yang mana ianya agak mustahil bagi saya sebelum kenal Public Gold. Setelah lebih 4 tahun saya membina bisnes, saya berjaya meletakkan jawatan dan menjadi suri rumah sepenuh masa dengan pendapatan yang kukuh dari Public Gold.
Pada September 2018, saya membuat keputusan menjadi dealer Public Gold kerana ingin membeli emas dengan 'harga diskaun'. Setelah menghadiri program PLT pada penghujung 2019, minda saya mula terbuka untuk menjalankan bisnes emas ini dengan secara lebih serius. Dalam 15 bulan penglibatan, saya telah layak menjadi Master Dealer.
Surirumah anak tiga yang sudah lebih 10 tahun berbisnes sendiri kecil-kecilan, saya pilih bisnes Public Gold ini sebagai exit plan. Kenapa?
4 tahun saya berhenti buat bisnes Public Gold ini (2017-2020), suprisingly bisnes ini kekal milik saya. Customer, status dealership & insentif berterusan. Dan apabila saya kembali, G100 ada segalanya. Gabungan PG1S & G100 menjadikan bisnes ini bisnes yang wajib anda ada!
Bercuti keluar negara merupakan impian semua orang. ini juga impian saya dan isteri sejak dulu lagi. Alhamdulillah dengan Public Gold, saya dan isteri layak ke Public Gold Leadership Seminar (PGLS) iaitu percutian VVIP ke Italy selama 9 hari 7 malam ditaja sepenuhnya oleh Public Gold pada tahun ini. Dan yang terbaru saya telah pun layak ke PGLS Hokkaido, Japan. Syukur Alhamdulillah. saya percaya lebih ramai yang akan layak ke PGLS seterusnya jika ada kesungguhan untuk berjaya. See you at the top!
Bermula dengan mencari kerjaya idaman seawal usia 18 tahun, apa yang saya cari selama ini ada pada bisnes Public Gold. Setelah nampak peluang ini, saya komited ikuti program latihan dan bimbingan yang G100 sediakan. Kini saya telah mencapai financial freedom walaupun baru sahaja graduate. Dengan pendapatan kukuh daripada Public Gold, saya tidak perlu menyediakan resume untuk mohon kerja sebaik sahaja tamat belajar.
Dengan sistem sokongan dan mentorship yang saya dapat melalui G100, ia memudahkan saya membina empayar bisnes yang kukuh, yang memberikan pendapatan pasif 4 – 5 angka setiap bulan walaupun baru hanya 2 tahun membangunkan bisnes. Luar biasa! Dan saya telahpun dijemput untuk ikuti percutian VVIP ke Itali bersama Public Gold pada Oktober 2022, dan ke Hokkaido pada tahun 2023. Alhamdulillah.
Bermula dari tak suka emas bertukar jadi suka emas selepas dapat ilmu emas yang betul dan manfaat dengan simpanan emas yang dibuat oleh suami sebelum ini. Dari situ saya mula aktif menyampaikan ilmu emas kepada masyarakat. Selepas berpeluang menghadiri program PLT dari G100, saya dan suami bertekad untuk serius menjalankan bisnes apabila melihat potensi untuk capai Financial Freedom melalui bisnes Public Gold. Alhamdulillah setelah konsisten belajar melalui Education System yang diajar didalam G100, kini saya sudah ada pendapatan yang baik bersama Public Gold walaupun hanya bergelar suri rumah.
Kami suami isteri telah berkhidmat hampir
2 dekad sebagai Pegawai Tentera. Menyertai PLT pertama pada Ogos 2021 telah membuatkan kami bertekad untuk menjadikan PGBO sebagai ‘exit plan’. Alhamdulillah dalam tempoh 10 bulan kami mencapai status FMD. Berbekalkan semangat mentor & sistem sokongan G100, kami percaya akan dapat menyebarkan lebih banyak kebaikan kepada masyarakat. Bersama Membina Kejayaan.
Dengan program dan sistem sokongan G100, seusai saya selesai pengajian Master saya di Universiti Malaya, saya telahpun mencapai Financial Freedom (tak kerja pun ada duit). Salah satu impian saya adalah, saya dapat melanjutkan pengajian PhD bila-bila masa tanpa memikirkan duit yuran yang perlu dibayar kerana sekarang saya mempunyai pendapatan pasif setiap bulan dan hanya fokus bisnes Public Gold yang dijalankan secara online sahaja. Alhamdulillah, saya juga telah berjaya unlock 1 tiket ke Hokkaido pada tahun 2023.
G100 adalah network terbesar dealer Public Gold. Team yang sangat positif, bersatu hati, dan mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi.
Menyediakan sistem pembelajaran & sokongan yang berterusan dalam bentuk seminar, latihan, bengkel, coaching, serta mentoring.
Sesuai untuk sesiapa sahaja, tanpa mengira latarbelakang kerjaya atau pendidikan.
