DIAMOND RECOGNITION CEREMONY

-5 star DIAMOND-
MOHD ZULKIFLI bin SHAFIE & Najdah binti mohammed hussain

Biodata Mohd Zulkifli

Tuan Mohd Zulkifli Shafie dilahirkan pada 1 Oktober 1980 di negeri Johor. Beliau kemudian membesar di negeri Serambi Mekah, Kelantan sejak berumur 5 tahun lagi dan lebih selesa menganggap dirinya sebagai anak Kelantan.

Dari sudut pendidikan, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bunut Susu di utara Pasir Mas sebelum melanjutkan pelajarannya ke Pasir Pekan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah.

Di usia 16 tahun, Tuan Mohd Zulkifli Shafie berjaya lanjut pelajarannya di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang, Selangor dan beliau menamatkan pelajaran peringkat menengah di sini ; satu satunya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mengambil kemasukan pelajar bermula dari tingkatan empat.

Tuan Mohd Zulkifli Shafie melanjutkan pengajian tinggi beliau di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang dalam bidang perakaunan di peringkat Sarjana Muda.

Timeline Mohd Zulkifli

2003 | Akauntan & Usahawan

Dari sudut pengalaman, Tuan Mohd Zulkifli Shafie adalah seorang Chartered Accountant yang diikitiraf oleh Malaysian Institute of Accountant (MIA). Dengan kelayakan itu beliau mendapat banyak pendedahan dalam sektor korporat secara keseluruhan.

Di usia 23 tahun, beliau bekerja sebagai Internal Auditor dengan sebuah syarikat swasta dalam industri insuran, reinsuran dan takaful di Kuala Lumpur selama 10 tahun (2003 – 2013).

Tuan Mohd Zulkifli Shafie di awal perkahwinannya turut menjalankan bisnes sendiri bersama isteri selain dari bekerja dan menjadi penulis sambilan di blog. Pasangan ini melalui rutin menghadiri seminar bisnes sambil mendukung anak kecil bersama 7 orang anak lain selama beberapa tahun.

Tahun 2007, ketika baru berusia 27 tahun beliau sudahpun mencapai bebas hutang jahat seperti hutang kereta, pembelian komputer dan pinjaman pelajaran. Pengalaman beliau dapat banyak liputan dari akhbar.

2008 | Mula menulis blog peribadi www.mohdzulkifli.com untuk berkongsi ilmu bagaimana hidup senang tanpa hutang.

  • Tuan Mohd Zulkifli Shafie mempunyai minat yang mendalam berkongsi ilmu dan pengalaman baru melalui penulisan. Apa saja yang beliau rasa boleh memberi manfaat kepada pembaca, beliau akan menulis dan berkongsi.

    Di awalnya, beliau hanya menulis dalam yahoogroups dan berkongsi kepada kenalan yang terdekat.

    Pada tahun 2008, atas saranan seorang sahabat beliau penulisan itu semua dipindahkan ke dalam blog beliau yang sangat terkenal www.mohdzulkifli.com. Dengan itu, penulisan beliau kini mudah di akses umum dan boleh diulang baca berkali kali.

    Fokus penulisan beliau pada peringkat awal ialah kewangan, kekeluargaan dan kehidupan beragama. Setelah mendapat pengalaman tentang bisnes dan emas, beliau mula berkongsi ilmu tentang bisnes dan pelaburan emas yang sebenar.

2010 | Emas & Bisnes Public Gold


Untuk menampung kos sara hidup tinggi di Kuala Lumpur, Tuan Mohd Zulkifli Shafie membangunkan dirinya dengan membuat bisnes sendiri selain dari bekerja sebagai akauntan.

Memandangkan isteri beliau fokus jaga anak-anak, beliau sedar akan kepentingan adanya pendapatan kedua untuk menyara keluarganya. Bisnes telah banyak memperbaiki tahap kewangan keluarganya dan membuka perspektif baru dalam kehidupan mereka.

Pada Oktober 2010 beliau mula menyimpan emas dan automatik layak menjadi dealer Public Gold.

Mulai 1 Disember 2013, beliau beralih ke dunia perniagaan sebagai dealer emas Public Gold sepenuh masa untuk memberi lebih fokus kepada bisnes yang beliau usahakan suami isteri dan dapat memberi lebih fokus kepada pendidikan anak anak.

Alhamdulillah, bisnes beliau memberikan beliau fleksibiliti untuk seimbangkan antara tuntutan kerjaya dan hidup berkeluarga.

2014 | Capai Financial Freedom


Tuan Mohd Zulkifli Shafie mula menyimpan emas selepas Kerajaan Negeri Kelantan mengeluarkan syiling Dinar Emas pertama di Malaysia pada tahun 2006.

Kemudian mula ambil serius selepas beliau terbaca artikel YB Husam Musa pada tahun 2010; bagaimana wang kertas telah menyebabkan mentuanya jatuh miskin 2 kali di zaman British dan Jepun.

Oktober 2010, beliau membeli emas dan automatik melayakkan beliau menjadi dealer Public Gold.

Sejak menyimpan emas, beliau mula berkongsi tentang pelaburan emas di platform blog beliau yang dah didirikan pada tahun 2008. Atas rasa tanggungjawab bila melihat ramai kawan-kawan terdekat buat kesilapan dalam pelaburan emas, blog beliau mendapat liputan yang sangat luas.

Pada tahun 2014, beliau telah mencapai Financial Freedom : Tak Kerja Pun Ada Duit. Beliau menikmati hari hari seperti orang yang sudah pencen dan melakukan apa sahaja aktiviti dan di mana sahaja yang dikehendaki.

2015 | Buku Pertama “Zero Hutang”


Menyedari asas paling penting dalam menguruskan kewangan adalah ilmu, beliau mencabar diri untuk memastikan ilmu pengurusan kewangan adalah salah satu input yang yang perlu diterapkan dari awal lagi.

“Saya ingin berkongsi kepada masyarakat ilmu yang saya miliki bagi memberikan opsyen panduan yang boleh mereka jadikan rujukan untuk menyelesaikan masalah berkaitan kewangan”

Pada tahun 2015, beliau menerbitkan buku Zero Hutang: Bukan Mudah, Tapi Tak Mustahil sebagai naskah pertama. Beliau memuatkan perkongsian tentang prinsip kewangan yang digarap berdasarkan pengalaman sebenar membebaskan diri daripada hutang (jahat).

“Segala input yang saya berikan (di dalam buku ini) adalah daripada pengalaman sendiri menyelesaikan masalah hutang pada usia muda (27 tahun) dan pemerhatian terhadap orang di sekeliling saya”

Walaupun Buku Zero Hutang adalah naskah genre kewangan dan memberikan kesedaran tentang kesilapan yang lazim dilakukan oleh kebanyakkan orang tentang kewangan, ramai pembaca yang dapat menghabiskan buku ini dalam masa yang singkat kerana penulisan yang sangat santai dan membuatkan pembaca ingin tahu kandungan seterusnya.

2016 | 100 Next Mohd Zulkifli


Dua tahun hidup goyang kaki dapat duit! Benar-benar ‘goyang kaki’.

Passive income berpuluh ribu setiap bulan, tapi hanya duduk di rumah, update blog dan Facebook sahaja. Benar-benar kehidupan sebagai seorang yang bebas pada usia Tuan Mohd Zulkifli Shafie 33 tahun!

Sampailah beliau rasa bosan dengan hidup tak pergi kerja dan ketika itulah Mr Kenneth Cheang Chee Wah (staff Public Gold) datang mencetuskan inspirasi baru kepada beliau katanya:

“Sekarang (pada ketika itu) kehidupan you sudah berubah (selesa). Kalau you dapat bantu orang lain jadi macam you, you dapat ubah nasib sebuah keluarga!”

Sejak saat itu beliau meletakan misi besar iaitu melahirkan 100 orang berjaya seperti saya.

100 “Next Mohd Zulkifli”.

Tuan Mohd Zulkifli Shafie mula aktif menjadi speaker rasmi di Public Gold untuk membimbing rakyat Malaysia yang hendak belajar cara memanfaatkan emas dalam membina kekayaan.

“Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu”.

Itulah kata-kata keramat yang beliau kongsikan kepada masyarakat dalam usaha menyedarkan mereka bahawa ilmu emas merupakan salah satu cabang kewangan yang boleh membantu mengukuhkan kewangan keluarga.

2017 | Buku Kedua “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat”


Apa yang membezakan Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan pendidik kewangan lain ialah beliau sangat KONSISTEN dalam menyampai ilmu. Bermula di ruangan perkongsian online, penulisan di blog, aktif menjalankan seminar, beliau juga turut menulis buku.

Dengan pengalaman dalam bidang emas sejak tahun 2010, beliau tidak pernah sesekali berkongsi perkara yang tidak betul tentang emas dan beliau juga tidak akan sesekali memberi nasihat tentang emas yang akan merisikokan pembeli.

“Buku ini (Wang Emas: Bertahan Ketiga Gawat) adalah tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat. Jadi setiap saranan yang saya berikan di dalam buku itu, saya berikannya secara berhati-hati dan penuh rasa tanggungjawab”, kata beliau.

“Dalam buku ini, saya percaya tip-tip dan nasihat yang saya tulis adalah ‘selamat’ (dan menguntungkan) untuk orang kebanyakkan”.

Alhamdulillah, buku ini ternyata telah membuka perspektif yang lebih luas tentang emas dan bagaimana simpanan emas sebenarnya relevan hampir untuk setiap orang.

2018 | Buku Ketiga “Misi Bebas Hutang”


Beliau menerbitkan buku ketiga, “Misi Bebas Hutang” yang merupakan kemaskini dari buku “Zero Hutang” dengan pertambahan 30% konten baharu.

Buku ini beliau tulis secara santai dengan menggunakan bahasa dan cara penyampaian yang mudah difahami oleh orang kebanyakkan. Pendek kata, orang yang tak minat membaca pun boleh baca buku ini sampai habis.

Tujuan utama beliau bukan keuntungan jualan buku tapi lebih kepada memberi ilmu yang betul dan mudah kepada masyarakat.

Buku ini menjadi pelengkap kepada buku Wang Emas. Kata beliau, emas sahaja tak akan menjadikan masyarakat kaya. Perlu belajar ilmu urus kewangan supaya emas yang ada boleh mempercepatkan jalan kekayaan.

2018-2020 | Sejarah Hitam

Niat dan tindakan yang telah membuatkan Tuan Mohd Zulkifli Shafie meringkuk di dalam penjara selama 2 tahun (2018-2020)!

Satu pengalaman yang tidak dapat beliau lupakan apabila rasa tidak sampai hati dan membantu rakan yang merayu bantuan wang, akhirnya memakan diri sendiri.

Seorang rakan lama yang meminta wang daripadanya atas alasan mahu digunakan untuk memberi makan kepada anak isterinya. Atas dasar ihsan kemanusiaan beliau membuat transaksi wang RM200 kepada rakan tersebut.

Beliau tidak mungkin dapat melupakan saat polis berpakaian preman menahannya di depan sebuah bank di Putrajaya pada Oktober 2018, sebelum membawanya menaiki van pulang ke rumah di mana mereka menyelongkar mencari bahan bukti lain.

Alangkah terkejutnya beliau apabila dimaklumkan rakannya itu telah menyertai kumpulan militant Islamic State yang dianggap gerakan pengganas, sesuatu yang menurutnya tidak diketahui umum.

Beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang menyebabkan beliau terus dihumban dalam penjara.

Daripada terus terpenjara, beliau memilih untuk mengaku bersalah dan dibebaskan pada 30 Oktober 2020. Sepanjang penahanannya, satu-satunya perkara yang menjadi penguat semangat adalah lawatan isterinya setiap bulan.

Kini beliau seorang yang serius memperjuangkan nasib tahanan SOSMA yang dipenjarakan kerana beliau sendiri adalah bekas tahanan SOSMA dan telah menyaksikan bagaimana ramai tahanan ini yang trauma dan marah kerana mereka dihukum sebelum dibicarakan, malah dihukum sepanjang proses dibicarakan.

  • 2021 | Penubuhan G100

    Bermula dengan misi “100 Next Mohd Zulkifli”.

    Walaupun terpaksa direhatkan selama 2 tahun di balik tirai besi, beliau melihat perkembangan murid-murid dalam bisnes Public Gold berkembang pantas sepanjang 2019 dan 2020.

    Oleh yang demikian, pada tahun 2021 G100 Network secara rasmi ditubuhkan dan berjaya mencapai 100 Master Dealer pada tahun 2021.

    Penubuhan G100 Network bukanlah bermula pada tahun 2021 tetapi lebih awal daripada itu lagi.

  • 2023 | Capai Leadership Diamond

    Sejak dari awal memulakan bisnes Public Gold ini, sebagai mentor kepada lebih 440,000 penyimpan emas di seluruh dunia beliau telah menunjukkan contoh terbaik dengan satu per satu kejayaan dihasilkan antaranya:

    1. Diiktiraf sebagai Top Dealer Public Gold di Malaysia dengan jualan peribadi melebihi RM3 juta setahun pada tahun 2012.

    2. Sejak itu diiktiraf sebagai salah seorang daripada Top Dealer Public Gold dengan angka jualan peribadi melebihi RM5 juta setahun.

    3. Pasangan hebat ini telah dinobatkan sebagai Champian Dealer 2016, iaitu dealer Public Gold yang mempunyai prestasi paling cemerlang untuk Financial Year 2016 semasa Public Gold Annual Recognition Night 2017.

    4. Masih mencapai Champion Dealer bagi Financial Year 2019/2020 tatkala direhatkan dalam penjara. Satu perkara yang mengejutkan kerana bisnes ibarat bergerak sendiri auto pilot sahaja.

    Namun kejayaan yang paling manis adalah dapat membantu satu keluarga mencapai bebas kewangan. Kini Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan Puan Najdah Mohammed Hussain adalah pendiri dan mentor kepada G100 Network yang telah melahirkan lebih 210 Master Dealer dan kini dalam usaha mencapai 1,000 Founder Master Dealer menjelang Disember 2024.

    Oleh demikian, dengan memperoleh 18 FAA point pada Financial Year 2022/2023 sememangnya Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan Puan Najdah Mohammed Hussain layak dianugerahkan Diamond Leadership Pin.

Saya mahu bantu 1,000 keluarga dapat pendapatan pasif 4 - 5 angka setiap bulan sambil simpan emas bersama #Public Gold. InsyaAllah." -Mohd Zulkifli

Ini adalah sebahagian kisah kejayaan yang telah tercipta sepanjang

#MisiUbahHidup1000Keluarga

Siapakah Mohd Zulkifli Shafie

As seen on news media

Congratulations to all award achievers!