BOOK OF THE MONTH (BOM)

G100 menyediakan senarai buku " Book of the month" yang perlu dibaca oleh semua dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100 Network. Untuk berjaya kita perlu baca buku sepertimana yang disarankan oleh mentor kita iaitu Tuan Mohd Zulkifli Shafie 

Buku Wang Emas dan Misi bebas Hutang

Ini adalah buku combo wajib dibaca oleh dealer Public Gold. Kedua-dua buku ini saling melengkapi dan paling cepat pandai tentang emas dan kewangan. Ramai pembaca yang memberi feedback simpanan emas mereka bertambah di luar jangkaan bila sudah faham ilmu yang betul tentang emas dan kewangan. Buku "Wang Emas dan Misi Bebas Hutang" menggabungkan prinsip kekayaan dan pengurusan kewangan.

Januari

How to Get from Where You Are to Where You Want to Be

Buku "How to Get from Where You Are to Where You Want to Be" oleh Jack Canfield memberikan panduan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat hidup dan kejayaan. Jack Canfield menekankan pentingnya menetapkan matlamat yang jelas, menghadapi cabaran dengan positif, dan bertindak secara konsisten. Buku ini sesuai untuk mereka yang mahu mengubah hidup mereka dan mencapai cita-cita dengan cara yang berdaya maju.

Februari

EAT THAT FROG!

Buku "Eat That Frog!" oleh Brian Tracy mengajar cara mengatasi sifat bertangguh dan menjadi lebih produktif dengan menyelesaikan tugas-tugas penting terlebih dahulu. Brian Tracy menggalakkan pembaca untuk menangani tugas-tugas yang paling mencabar dahulu, sebagai langkah pertama untuk mencapai kejayaan. Buku ini memberi strategi praktikal untuk menguruskan masa dan meningkatkan produktiviti secara keseluruhan.

Mac

FANATICAL PROSPECTING

"Buku Fanatical Prospecting oleh Jeb Blount mengajar teknik-teknik prospekting yang berkesan untuk meningkatkan penjualan. Blount menekankan pentingnya konsisten, disiplin, dan fokus dalam mencari prospek baru. Buku ini sesuai untuk penjual profesional yang ingin memperluas rangkaian pelanggan mereka dengan strategi yang sistematik dan berkesan."

April

The Psychology of Selling

Buku ini menceritakan psikologi untuk menjual yang perlu ada pada setiap pemilik bisnes. Rahsia mendapatkan cara berfikir yang betul bagi pemilik bisnes. Pemikiran dan psikologi yang betul bagi meningkatkan jualan dan recruitment pelanggan.

Mei

THE PARABLE OF THE PIPELINE

Buku ini menceritakan kepentingan membina pendapatan yang berterusan. Walaupon kita bekerja untuk mendapatkan wang menggunakan tulang empat kerat kita, sebahagian daripada masa kita harus digunakan untuk melabur kearah menjana pendapatan secara pasif dimana kita hanya perlu bekerja sekali tetapi hasilnya berterusan.

Jun

The Shipbuilder (Five Ancient Principles of Leadership)

Buku ini wajib khatam oleh dealer G100. Buku ini menceritakan tentang bagaimana nak membina bisnes yang berstruktur, bersistem yang mampu bertahan lama dan sentiasa mendatangkan pendapatan pasif yang kukuh.

Julai

ATOMIC HABITS

Buku ini memceritakan tentang perubahan kecil yang sering kali dianggap remeh tetapi sebenarnya memberikan hasil yang luar biasa dalam kehidupan. Buku ini juga mengandungi strategi praktikal yang megajar anda cara yang betul untuk membentuk tabiat baik dan menghentikan tabiat buruk.

Ogos

JUTAWAN DARI PLANET JUPITER

Buku tulisan daripada mentor kewangan nombor 1 Malaysia Tuan Azizi Ali ini menceritakan tentang ilmu pengurusan kewangan peribadi bermula dari perubahan gaya hidup hinggalah  kepada cara melindungi dan menambah kekayaan melalui idea-idea yang bernas dan praktikal (yang telah dipraktiskan dan terbukti oleh beliau)

September

GRIT (Why passion and resilience are the secret to success)

Buku ini menceritakan tentang minat dan kegigihan, ketetapan pendirian, ketahanan menghadapi kegagalan, cara mencapai kejayaan dalam jangka panjang, kebolehsuaian dalam mana-mana era dan mana-mana masa.

Oktober

BULL'S EYE - THE POWER OF FOCUS

Buku ini ini memberi penjelasan tentang kepentingan untuk menetapkan matlamat dan mencari tujuan dalam kehidupan. Selain itu buku ini juga membincangkan bagaimana dengan memberi fokus dapat membantu sesorang mencapai matlamat secara peribadi atau dalam pekerjaan.

November

THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE

Buku ini menceritakan bagaimana hidup kita bergantung dengan cara kita melihat dunia. Kita hidup dengan mengikut kebiasaan yang dilakukan seharian. Dari kebiasaan ini akan mempengaruhi hasil matlamat dalam kehidupan. Jika kita ingin berubah, hal pertama yang perlu dilakukan ialah mengubah kebiasaan kita terlebih dahulu.

Disember

The Business School For People Who Like Helping People

Buku ini menceritakan tentang perniagaan network marketing yang bukan semata-mata tentang bagaimana untuk buat duit. Penulis juga menjelaskan tentang cara untuk membina kekayaan bagi sesiapa sahaja yang bersunguh-sungguh ingin berjaya.

THE ART OF CLOSING THE SALE

"Buku 'The Art of Closing the Sale' oleh Brian Tracy adalah panduan lengkap untuk meningkatkan kemahiran dalam penjualan melalui strategi yang praktikal dan efektif. Buku ini menitikberatkan kepercayaan diri, penguasaan teknik komunikasi, dan sensitiviti terhadap isyarat pembelian. Tracy memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk menutup jualan dengan berkesan, termasuk mengatasi bantahan pelanggan dan memanfaatkan peluang jualan. Sesuai untuk profesional yang ingin meningkatkan kemahiran dalam menjual produk atau perkhidmatan dengan berkesan untuk memenuhi kepuasan pelanggan."

MAHARAJA WANG

"Maharaja Wang" oleh Azizi Ali adalah panduan komprehensif tentang pengurusan kewangan peribadi dan strategi mencapai kekayaan serta kebebasan kewangan. Buku ini merangkumi asas kewangan, pengurusan hutang, perancangan kewangan, dan pelaburan. Azizi menekankan kepentingan pengetahuan kewangan, disiplin, dan perancangan yang baik untuk mencapai kebebasan kewangan. Dengan contoh praktikal dan tips mudah, buku ini sesuai untuk semua yang ingin mengurus kewangan mereka dengan lebih bijak dan mencapai kestabilan serta kejayaan kewangan.

BE OBSESSED OR BE AVERAGE

"Be Obsessed or Be Average" oleh Grant Cardone menekankan pentingnya obsesif untuk mencapai kejayaan luar biasa. Cardone berkongsi kisah hidupnya, menekankan disiplin, kerja keras, dan fokus tanpa kompromi sebagai kunci kejayaan. Beliau memberi inspirasi kepada pembaca untuk mengubah pemikiran biasa kepada pemikiran obsesif, menetapkan matlamat tinggi, dan berusaha tanpa henti. Buku ini mendorong pembaca untuk melepaskan potensi penuh mereka dan mencapai kejayaan luar biasa dengan menjadi benar-benar obsesif terhadap matlamat mereka.