Walaupun mempunyai pendapatan yang kukuh dan pendapatan tetap setiap bulan, saya tetap mencipta Multiple Source of Income (MSI). Kerana saya percaya pendapatan dan pekerjaan yang kukuh tidak menjamin apa-apa. Semasa Pandemik Covid 19, Juruterbang pun boleh hilang punca pendapatan. Pendapatan saya dari pelaburan hartanah melalui rumah sewa, dan chalet pun turut terjejas. Saya belajar 2 perkara penting dari pandemik ini, iaitu anda perlu mula mencipta MSI dan mempunyai simpanan yang kukuh. Cabaran pada masa akan datang adalah cabaran ekonomi. Jadi kena mula simpan duit dalam bentuk hard asset dan komoditi seperti emas, perak dan hartanah. Saya juga percaya kita kena ada simpanan yang kukuh bagi bersedia menghadapi masa yang buruk.