syarifjamil

Muhammad Syarifuddin Bin Mohd Jamil (SJ) & Syamimi Nur Aqila Binti Awalludin

Mengenai Kami

Nama diberi Muhammad Syarifuddin bin Mohd Jamil atau lebih dikenali sebagai Syarif Jamil(SJ). Saya dan isteri, Syamimi Nur Aqila Binti Awalludin bersama-sama dalam membina bisnes Public Gold ini sejak tahun 2014. Umur kami sebaya iaitu 27 tahun dan kami dikurniakan sepasang cahaya mata. Saya merupakan graduan mekatronik dari University of Wollongong Australia manakala isteri saya adalah graduan pendidikan jurusan biologi dari UITM Puncak Alam.

Seusai tamat pengajian pada disember 2016, saya memulakan kerjaya sebagai jurutera di sebuah kilang multinasional yang terletak di Bayan Baru, Pulau Pinang. Sehingga kini, saya sudah berkhidmat selama 4 tahun di tempat kerja ini.

TURNING POINT: Bagaimana Saya Mula Terjebak Dengan Emas

Sewaktu menyambung pengajian di perantauan, saya merupakan pelajar MARA. Sebelum saya terbang ke perantauan, MARA berikan duit gajet kepada semua muridnya. Jumlahnya agak besar untuk remaja berusia 20 tahun pada ketika itu iaitu sekitar RM 14000. 

Akan tetapi, saya amat bertuah dimana kelengkapan itu sudah disediakan sebaiknya oleh kedua ibubapa saya. Oleh itu, duit gajet tersebut saya tukarkan semuanya kepada matawang Australian Dollar (AUD). Pada tahun pertama di perantauan, saya amat risau dan gusar tentang duit gajet ini yang masih belum disentuh. Emosi ligat memikirkan macam-macam. Alhamdulillah saya dikurniakan rakan sebilik yang sangat hebat.

Beliaulah yang kenalkan kepada saya tentang blog www.mohdzulkifli.com . Hanya mengambil masa sekitar 2 malam, habis blog ini saya baca dan terus saya hantar pulang semua duit gajet tersebut dan ditukarkan kepada dinar emas. Sejak dari itu, bakal isteri saya pun terjebak sama. Kami sama-sama sepakat menabung emas untuk membiayai kos mendirikan masjid yang kami sedang rancang. 

TURNING POINT : Bagaimana Terbuka Minda

Pada awalnya, saya terkesan dengan manfaat menyimpan aset emas ini. Saya rasa pentingkan diri sendiri jika saya tak kongsikan dengan orang ramai akan manfaatnya. Sejak itu, saya terus berkongsi kelebihan emas di media social tanpa memikirkan soal bisnes pun. 

Bila rakan-rakan saya berminat, saya berikan details mereka kepada dealer saya iaitu Ustazah Nor Azah untuk dibimbing. Sejak dari itu, Ustazah Nor Azah nampak potensi dalam diri saya dan terus beliau membimbing saya dalam bisnes emas ini. 

Saya bermula membina bisnes ini pada usia saya 20 tahun dan pada waktu itu, saya berada 8000KM di perantauan. Apabila saya kaji, saya jumpa sesuatu yang saya inginkan dalam bisnes ini iaitu tentang potensi pendapatan pasif. Saya amat meminati pendapatan yang berbentuk pasif ini. Ianya ibarat, kita tanam pokok dan hasil buahnya dapat kita tuai pada setiap tahun. Kerja sekali, pendapatan hasil berkali-kali. 

Sebelum saya mendalami bisnes  Public Gold, saya hanya tahu yang hartanah sahaja mampu memiliki pendapatan pasif. Rupa-rupanya, model bisnes consu-merchant yang Public Gold bawakan ini jauh lebih bagus dari pendapatan pasif dari hartanah. Saya seorang mahasiswa waktu tersebut pun sudah mampu memiliki bisnes dan hasil pendapatan pasif ini. 

Sejak dari itu, saya terus focus dan membina empayar bisnes. Ini bukan lagi “Part-Time” bisnes bagi saya. Ianya adalah masa depan saya dan keluarga. Walaupun pada awalnya belum nampak hasil, tapi saya terus dan terus buat benda yang betul dengan sabar. Jika kita faham bagaimana cantiknya pendapatan pasif, kita tak akan sia-siakan peluang yang terbentang luas dihadapan kita. 

Dahulu, setiap 3 bulan sekali, saya dan isteri akan hadiri Jutawanemas Leadership Training JLT (sekarang dipanggil PLT). Ini adalah latihan terpenting bagi semua dealer yang nak berjaya. Kita akan diajar tentang Public Gold 1 System dan inilah kunci rahsia untuk membina empayar bisnes yang berkembang dan harmoni.

Cabaran Yang Dihadapi, Kejayaan Yang Dicapai, Perubahan Dalam Hidup Lepas Jadi MD

Berada 8000km jauh dari tanah air merupakan cabaran besar bagi saya untuk membina bisnes ini. Perbezaan masa dan negara membuatkan cabaran yang datang lebih getir. Tetapi saya amat yakin, semakin besar cabaran yang ada, semakin besar ganjaran yang menanti. Pada zaman teknologi facebook dan whatsapp sudah ada, saya manfaatkan sebaiknya medium ini untuk dapatkan bimbingan. 

Rakan-rakan di tanah air dapat belajar di JLT. Bagaimana pula saya? Oleh itu, saya tak boleh mengalah. Saya perlu cuba sedaya mungkin untuk membina bisnes ini. 

Satu demi satu cabaran datang dan pergi. Itulah pentingnya bilamana kita berada rapat dibawah radar mentor. Walaupun 2 tahun membina bisnes di luar negara, saya masih berjaya menggapai beberapa anugerah dari Public Gold. Daripada pengalaman saya ini, Public Gold sudah nampak peluang besar dimana bisnes model ini tiada lagi sekatan masa, dan umur. Siapa sahaja mampu capai kejayaan.

Apabila meneruskan bisnes di tanah air seusai tamat pengajian, saya terus wajibkan diri hadir ke JLT. Inilah tempat untuk kembalikan tenaga bisnes dan rangka strategi. 

Terus focus membina bisnes Public Gold dengan berlandaskan Public Gold 1 system. Alhamdulillah, berkat kesabaran membina bisnes Public Gold ini, kami suami isteri dapat kecapi banyak dream bersama iaitu dapat memiliki simpanan kecemasan emas sebanyak 12 bulan gaji, berapa unit hartanah pelaburan, rumah impian,  pendapatan 5 angka, kecapi nikmat kebebasan kewangan dan peluang honeymoon bersama ke Rusia pada usia kami 26 tahun.

Penghargaan dan Terima Kasih

Kejayaan yang kami miliki ini bukanlah asbab sepenuhnya dari kami. Kami amat bersyukur mempunyai ibubapa yang tak pernah henti mendoakan kejayaan kami. Mereka tak pernah sekalipun halang kami dalam membina masa depan bersama Public Gold ini. 

Seterusnya, dua insan hebat yang tak pernah jemu membimbing kami iaitu Ustazah Nor Azah dan juga Tuan Mohd Zulkifli Shafie dari segenap sudut ilmu. Tanpa didikan mentor, kami tak akan berada di tahap ini. 

Akhir kata, terima kasih tak terhingga kepada semua pihak pengurusan Public Gold kerana menyediakan peluang sehebat ini kepada kami untuk membina masa depan yang amat cerah.