3 Strategi Asas Jana Keuntungan Pelaburan Emas

Bila terlalu banyak skim cepat kaya bertopengkan emas, ramai yang jadi keliru macam mana sebenarnya jana keuntungan dengan emas. Saya boleh rasa ramai yang salah faham ni bila ramai contact saya dan tanya kaedah “ajaib” jana keuntungan dengan emas. Ada yang expect boleh jana keuntungan bulan-bulan yang lumayan (macam ditawarkan skim cepat kaya), bahkan ada yang anggap beli emas boleh cepat bebas hutang! Bagi saya itu mitos.

Pelaburan emas bukanlah pelaburan ajaib yang boleh selesaikan segala masalah kewangan kita. Ia pelaburan biasa-biasa sahaja. Kalau nak expect keuntungan pun, secara puratanya sekitar 10% jer setahun. Tak jauh bezanya dengan pelaburan lain cuma emas ada kelebihan tersendiri yang tak ada pada pelaburan lain. Dan bukan emas tu yang membuatkan kita jadi kaya sebenarnya, tapi sejauh mana ilmu dan kepandaian kita memanfaatkan emas tu yang boleh membantu kita jadi lebih kaya.

Berdasarkan pengalaman saya sejak 2010 dengan emas, saya perhati ada 3 kaedah paling asas jana keuntungan dengan emas, terutamanya untuk mereka yang melabur emas dengan ‘platform’ Public Gold:

#1 – Beli dan Simpan

Labur emas ni macam beli rumah. Beli, simpan, dan jual bila nak ambil keuntungan. Harga emas akan naik dalam jangka panjang. Persoalannya, benarkah harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang? Saya bagi logik yang mudah untuk kita semua fikir.

Pertama, cuba bandingkan harga emas sekarang dengan 5 – 10 tahun lepas, ia jauh lebih rendah berbanding sekarang (walaupun harga emas sekarang dianggap rendah). Kedua, cuba tengok harga barang keperluan, ia confirm naik dari tahun ke tahun. Kalau harga barang confirm naik, harga emas juga confirm naik. Kenapa harga barang sentiasa naik? Sebab duit kertas sentiasa susut kuasa belinya dari tahun ke tahun dimakan inflasi. Bila nilai duit kertas susut, harga barang mesti naik. Berbeza duit kertas dengan emas, 1 dinar emas (syiling ketulenan 916, 4.25 gram) masih mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang.

graf 15 tahun harga emasGraf 15 tahun harga emas.

Jadi emas boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Beli bila ada duit lebih, dan jual bila nak pakai duit. Sementara menunggu harga naik, emas tu kita boleh jadikan modal pusingan bisnes dengan buat pajakan di ar-rahnu bila perlu. Itu kaedah pertama.

#2 – Trading (Beli, Jual, Beli, Jual)

Kaedah kedua dipanggil “trading”, iaitu “buy low, sell high” secara kerap. Beli, simpan dan jual. Beli balik, simpan dan jual balik. Buat proses ini berulang-ulang kali. Kalau di Malaysia, strategi ini hanya relevan untuk pembeli emas Public Gold sahaja sebab harganya ikut pergerakan harga emas dunia secara ‘real-time’. Emas jenama lain tak sesuai.

Strategi ni nampak mudah, tapi hakikatnya saya belum jumpa orang yang betul-betul berjaya dengan “trading” emas fizikal. Cabaran utama ialah, tak siapa tahu bila harga yang dianggap betul-betul rendah, dan bila harga dianggap betul-betul tinggi. Dan paling cepat untuk sesuatu “cycle” beli dan jual tu ambil masa sekitar 3 bulan, bukan secara bulanan ataupun mingguan.

analisis teknikal harga emasTrader perlu mahir ilmu analisis teknikal untuk kenalpasti harga siling dan harga lantai. Ia bukan ilmu ‘nujum’ yang boleh tahu secara tepat bila harga paling rendah dan bila harga paling tinggi sebab professional trader sendiri pun tak tahu dan selalunya tersasar juga (“,)

Fb beli banyak kali jual banyak kaliSalah satu tips trading emas.

Tapi secara asasnya, saya pernah terangkan cara nak jana keuntungan dengan “trading” dalam artikel “Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas”. Untuk berjaya dalam trading, kena ada kemahiran membaca dan menganalisis carta pergerakan harga emas dunia. Untuk belajar, saya syorkan hadir ke Kelas Analisis Teknikal yang dianjurkan oleh sifu saya En Shufaad www.shufaad.com. Maklumat lanjut boleh cek di web beliau. Beliau memang full-time trader.

#3 – Berniaga Emas

syarat jadi dealerKaedah ketiga ni paling senang. Jadi dealer Public Gold dengan buat belian emas bernilai RM30,000 dalam 1 resit. Pastikan pembelian tu dibuat melalui dealer (introducer) yang komited dan boleh bagi bimbingan yang betul supaya kita boleh belajar dari dia (sebagai mentor). Lepas tu bagi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas dan ajar mereka pelaburan emas yang betul.

Setiap orang yang kita introduce membeli dari Public Gold, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% atau 2.0% mengikut tahap dealership kita. Sebagai dealer, tanggungjawab paling utama ialah consult ilmu yang betul (demi kepentingan pembeli), tolong orderkan dan guide proses pembelian jer. Nanti pembeli emas bayar dan ambil sendiri emas terus daripada Public Gold. Harga emas naik atau turun, dealer tetap untung sebab dealer melangkah satu kaki sebagai peniaga, bukan sekadar pelabur.

Secara terperincinya, saya pernah kongsikan enam (6) cara jana keuntungan sebagai dealer emas Public Gold. Boleh baca artikel “6 Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold”.

Cara Saya Labur Emas

Saya secara peribadi jadikan emas sebagai simpanan, dan memanfaatkan posisi sebagai dealer emas untuk jana pendapatan. Sejak pertama kali beli emas  tahun 2010, saya cuma beli, beli dan beli sahaja. Saya tak pernah ‘jual’ (emas milik peribadi) hingga saat saya tulis artikel ni. Saya tak peduli harga emas naik atau turun, janji duit saya jadi emas. Kalau tahun ni saya ada 50 dinar, saya akan pastikan tahun depan simpanan emas saya bertambah jadi 60 dinar atau 70 dinar. Itulah cara saya.

emas public gold 1 2 dinar gold bar 10g 20gKekayaan lebih bertahan bila disimpan bentuk aset fizikal begini.

Kalau nak jana pendapatan lumayan, caranya bukan dengan melabur, tapi dengan; (1) tingkatkan kerjaya, atau (2) mulakan bisnes sendiri. Ia jauh lebih berbaloi berbanding tunggu kenaikan harga emas atau tunggu keuntungan dari mana-mana pelaburan sekali pun. Pelaburan dalam erti kata sebenar hanya sesuai untuk mereka yang ada duit lebihan, at least dah ready dengan duit simpanan kecemasan. Bila kita labur dengan duit lebih, untung rugi pelaburan tak sangat merisaukan kita, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
25 Oktober 2014
1 Muharram 1436

(Kredit foto : bulliontradingllc)