Mengenai Saya
Saya bekas graduan dalam kejuruteraan mekanikal di UTM Skudai. Manakala, isteri saya pula mempunyai segulung ijazah dalam bidang perakaunan di UITM Shah Alam. Kami tamat belajar pada Ogos 2014, dan pada November 2014 saya mendapat jawatan sebagai jurutera kilang kelapa sawit di sebuah syarikat GLC, dan dihantar ke Sabah. Manakala, isteri mendapat pekerjaan sebagai seorang akauntan di Kota Bharu Kelantan.
December 2014, kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Terpaksa hidup berjauhan dengan jarak beribu kilometer antara memisahkan kami, isteri saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai seorang akauntan, dan mengikuti saya di Sabah sebagai seorang surirumah sepenuh masa di samping saya.
Bagaimana Saya Bermula Untuk Menyimpan Emas
Saya menyimpan emas sejak dari tahun 2011, semasa masih bergelar seorang pelajar. Saya risau dengan duit biasiswa yang saya terima, agar tidak terboros dengan perkara yang bukan keperluan, saya nekad untuk konsisten menyimpan emas sejak dari itu. Dan akhirnya, dengan simpanan emas sejak dari belajar, saya mampu mendirikan rumah tangga tanpa perlu membuat apa-apa pinjaman. Walaupun, kami masih belum mendapat pekerjaan.
Turning Point Saya Membina Bisnes Emas Public Gold
Dengan situasi pekerjaan saya (sebagai seorang jurutera kilang kelapa sawit) yang perlu berpindah ke kilang baru setiap 3 hingga 5 tahun, kami rasakan masa depan kami dan anak-anak agak susah nak dirancang dengan baik. Jadi, kami mencari apa sahaja sumber pendapatan yang membolehkan kami hidup bebas dimana tempat yang kami suka, tidak terhad dengan masa.
Dalam misi mencari sumber pendapatan pasif, kami banyak belajar tentang hartanah dan juga cuba memulakan bisnes kecilan seperti bisnes membuat keropok dan juga menjadi orang tengah bagi sahabat-sahabat di Sabah untuk dapatkan jersey-jersey murah dari Kelantan.
Disamping kami sendiri memang sudah penyimpan emas, kami dapati, menjalankan bisnes emas Public Gold adalah jalan paling cepat dan mudah untuk kami mencapai impian kami iaitu, mempunyai kebebasan masa untuk bekerja dimana-mana sahaja tempat yang kami suka, disamping anak-anak dan keluarga.
Bermula dengan ikuti program anjuran Public Gold iaitu Jutawan Emas Leadership Training pada November (JLT) 2016 (sekarang dipanggil PLT), kami nekad untuk memberi tumpuan 100% kepada membina bisnes Public Gold secara serius.
Cabaran Yang Dihadapi, Kejayaan Yang Dicapai, Perubahan Dalam Hidup Lepas Jadi MD
Cabaran yang dihadapi paling utama bagi saya ialah dalam proces mengubah mindset sebagai seorang pemilik bisnes dari kerja makan gaji. Walaupun ketika bermula pada tahun 2016, saya masih bekerja sebagai seorang jurutera, tetapi untuk mengubah mindset tu satu proces yang memakan masa bagi saya.
Syukur, sekitar 4 tahun kami membina bisnes Public Gold (bermula dari tahun 2016) dengan hanya berkongsi kebaikan menyimpan emas kepada masyarakat, pada 31 Ogos 2020 saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai seorang jurutera dan menjadi bapa sepenuh masa. Ini adalah keputusan yang paling penting dan paling besar dalam hidup saya buat, selepas keputusan untuk mendirikan rumah tangga ketika usia muda.
Jun 2021 pula, saya sudah mencapai status Double Star Founder Master Dealer yang mempunya empire penyimpan emas lebih 5000 penyimpan emas di seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Hasil dari pendapatan pasif melalui bisnes Public Gold sehingga 5 angka sebulan, kami boleh memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencorak masa depan anak-anak disamping bekerja dari rumah.
Penghargaan dan Terima Kasih
Di kesempatan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada mentor saya, En Mohd Zulkifli Shafie, yang merupakan abang kandung saya sendiri yang membuatkan minda saya terbuka tentang kebebasan kewangan pada 2016 dahulu.
Kemudian, saya juga ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga, ibubapa dan isteri saya sentiasa mendoakan dan memberi sokongan saya sepanjang saya menjalankan bisnes Public Gold sehingga sekarang.
Kemudian, saya juga ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga, ibubapa dan isteri saya sentiasa mendoakan dan memberi sokongan saya sepanjang saya menjalankan bisnes Public Gold sehingga sekarang.