PG00131385

Siti Zareen Naqiyah binti Zool Ambia

Impian Tidak Bekerja Selepas Graduasi Menjadi Kenyataan Bersama Bisnes Public Gold

Kebanyakan mahasiswa akan memikirkan soal kerjaya sebelum graduasi. Saya tidak terkecuali. Saya sudah merancang untuk menjadi seorang jurutera. Walaupun saya lebih suka belajar tetapi itu sahaja cara yang saya nampak untuk memperoleh wang. 

Sebelum menamatkan pengajian, mahasiswa tahun akhir wajib menjalani latihan industri. Malangnya, saya ada pengalaman yang tidak menyenangkan selama tiga bulan di sana. 

Saya anak sulung yang sangat berdikari. Sejak hari pertama berdaftar pada 29 Disember 2011 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, saya tidak pernah minta walau satu sen daripada ibu bapa saya. Wang biasiswa (foundation) dan pinjaman (degree) MARA itulah saya gunakan untuk membeli segala keperluan.

Segala keputusan kecil hingga besar dalam hidup, saya putuskan sendiri sejak umur 13 tahun lagi. Apabila saya diarah untuk buat itu dan buat ini, saya jadi tak selesa. Jadi, saya buat keputusan tidak mahu bekerja.

Aura Emas Meresap ke dalam Jiwa

Dipendekkan cerita, saya sambung pelajaran ke peringkat master dengan elaun research grant sebanyak RM 1800 sebulan. Jumlah ini sangat banyak bagi seorang student yang tiada komitmen. Saya buat simpanan setiap bulan tetapi duit ini akhirnya bocor. 

Membaca buku adalah cara terbaik untuk saya belajar. Saya baca buku kewangan bertajuk The Richest Man in Babylon oleh George S. Clason untuk perbaiki kewangan saya.

Dalam buku itu penulis memperkenalkan Lima Hukum Emas. Perkataan emas yang diulang dalam buku itulah yang membuatkan saya tercari-cari ilmu emas sampai suatu hari saya ternampak posting emas sahabat saya di MRSM Transkrian, Tn. Syarif Syamil (kini introducer saya di Public Gold).

Selain kalis inflasi, emas juga kalis boros. Saya tak peduli tentang rule of thumb dalam pelaburan iaitu buy low sell high. Apa yang saya tahu, saya nak duit saya diselamatkan daripada sifat boros ini. Jadi, saya mula simpan emas dengan RM 100 (0.5319 gram) dan terus khatam buku Wang Emas tulisan Tn. Mohd Zulkifli Shafie (kini mentor saya dalam bisnes Public Gold) dalam masa tiga hari. 

Setiap kali dapat duit elaun, saya akan asingkan sebahagian untuk simpan emas. Di universiti, saya ada buat bisnes jual buku secara kecil-kecilan secara online dan juga mengajar tuisyen pelajar SPM untuk tambah pendapatan. Duit-duit ini saya pejam mata dan tukarkan jadi emas.

Asal duit jadi emas!Tanggungjawab di Bahu

Saya happy kini saya kurang boros. Simpanan pun makin bertambah. Perasaan gembira ini saya kongsikan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Tetapi apa yang saya perhati, kebanyakan daripada mereka tidak tahu pun manfaat emas. Apabila sebut emas, mereka cuma tahu barang kemas sebagai perhiasan kaum wanita.

Saya rasa tanggungjawab sudah hinggap di bahu. Jadi, setiap kali ada peluang, saya pasti akan hadir ke seminar emas di cawangan Public Gold (PG) untuk menimba ilmu emas. 

Tetapi semakin saya mengkaji ilmu emas ini, saya temukan suatu ilmu yang lebih hebat iaitu ilmu pendapatan pasif. Tak kerja tapi ada duit. Inilah yang saya nak! Sebelum ini saya cuma tahu kebebasan kewangan ini hanya dapat dicapai melalui hartanah. Rupanya ada cara yang lebih mudah iaitu bisnes PG.

Saya ambil keputusan besar dalam hidup saya iaitu untuk membina bisnes secara serius. Atas saranan introducer saya, saya hadir ke Jutawanemas Leadership Training (JLT) di Sunway Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Ketika ini saya masih seorang customer PG, bukan lagi dealer

Dealer yang saya jumpa di JLT semuanya hebat belaka. Daripada lebih kurang 20 orang yang hadir ketika itu, jika ada yang akan menangis dan berhenti buat bisnes, sayalah orangnya. Saya takut. Saya tak biasa dengan situasi begini.

Tetapi apa yang bagusnya, saya tak bagi banyak pilihan kepada diri  saya. Saya tak ada plan nak bekerja. Saya tak ada Plan B. Saya cuma ada Plan A iaitu bisnes PG. Tidak boleh tidak, saya mesti buat juga. Jadi, saya beli emas sejumlah RM 18,000 untuk bergelar dealer. 

Walaupun Return of Investment (ROI) daripada bisnes PG tidak nampak hasilnya pada permulaan, tetapi kini ianya sudah berkali ganda besar daripada saya biarkan sahaja duit itu berada dalam akaun bank. Sedikit pun saya tidak berasa kesal dengan keputusan yang saya buat tiga tahun lalu.

Bebas Bagai Burung di Langit

Tiada seorang manusia pun di dunia ini yang tiada kekurangan termasuklah saya. Saya seorang introvert. Saya lebih suka bersendiri dan kurang gemar ke tempat yang ramai orang. Tetapi apabila saya terjun ke dalam bisnes ini, saya perlu buat perubahan besar. Saya harus mula menonjolkan diri di khalayak ramai setidaknya di media sosial. 

Perasaan takut itu saya mesti letak tepi jika saya serius mahu menggapai cita-cita. Alhamdulillah saya kira pada hari saya ke udara di konti radio NASIONALfm adalah ketakutan terbesar yang saya berjaya pecahkan.

Dengan segala cabaran yang datang, alhamdulillah setelah setahun serius buat bisnes, saya terima anugerah pertama daripada PG. Tahun kedua, makin bertambah anugerah yang diperoleh. Tahun ketiga ini dan seterusnya, saya impikan untuk mencipta kejayaan bersama dealer dalam empayar saya.

Tiada insan yang lebih risaukan keselamatan anaknya melainkan seorang ibu. Alhamdulillah, setelah 14 tahun merantau menggali ilmu dan jarang-jarang berada di rumah, kini saya ada di depan mata mama saya setiap masa. Ini rahmat dan kejayaan terbesar bagi saya apabila saya memutuskan untuk serius membina masa depan bersama PG.

Apa yang membuatkan saya lebih gembira adalah saya dapat beri apa yang mama saya inginkan. Saya sudah sediakan dana umrah untuk mama cuma belum dapat ke tanah suci lagi lantaran pandemik yang melanda. Selain itu, saya sudah ada dana kecemasan 6 bulan gaji (merujuk kepada gaji fresh-graduate dalam bidang kejuruteraan) walaupun langsung tidak bekerja dan pernah mencapai pendapatan seorang jututera berkelulusan PhD di syarikat yang saya rancang untuk mohon bekerja dahulu. 

Sekarang saya rasakan bagai seekor burung yang bebas terbang di udara. Bebas terbang ke mana saja tanpa batas waktu dan masa. Semoga Allah kurniakan rezeki yang diberkati, ketenangan dalam jiwa dan kekuatan dari segenap sudut dalam meniti kehidupan yang sementara ini.

Jutaan Terima Kasih

Sekecil mana pun kejayaan yang saya kecapi hari ini bukanlah sepenuhnya atas usaha dan kudrat sendiri. Ianya adalah daripada rahmat dan kasih sayang Allah dan doa daripada keluarga. Mereka sentiasa menyokong dan menghulurkan bantuan yang tidak berbelah bahagi kepada saya.

Syukur ke hadrat Ilahi saya dikurniakan introducer, Tn. Syarif Jamil dan mentor Tn. Mohd Zulkifli Shafie yang menjaga saya dalam perjalanan bisnes ini. Tanpa introducer, saya tidak kenal konsep bisnes yang unik ini dan tanpa didikan mentor, saya tidak menulis kisah ini di saat ini.

Akhir kata, terima kasih tak terhingga kepada semua pihak pengurusan PG kerana menyediakan peluang sehebat ini kepada saya untuk membina masa depan yang amat cerah.