WhatsApp-Image-2022-08-17-at-10.32.15-PM.jpeg

DANG ARFAH MD TAIB

Latar Belakang
Saya lahir di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Bekerja sebagai seorang Jurutera Projek di salah sebuah syarikat GLC. Sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Pada mulanya tidak peduli dengan suami yang membeli emas secara direct di sebuah kedai emas di Terengganu dan menyimpan sejak 2017. Saya cuba mula membeli emas dengan rakan sepejabat dan juga merupakan introducer saya iaitu Pn Fatimah Nordin dengan suka-suka sahaja pada Jun 2020.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Turning point untuk serius membina business dengan Public Gold ialah setelah saya mengikuti FB Live daripada Tuan Shamsudin Kadir atau dikenali sebagai Tuan SK. Di penghujung talk beliau ada promote buku ‘Makan Gaji Tapi Tetap Kaya’. Cover page buku ini ada menunjukkan ‘bom jangka’. Buku ini menceritakan perihal kebanyakan dari kita ni selesa kerja makan gaji dan berada dalam comfort zone. Mungkin berasa selesa pada satu ketika, tetapi lama kelamaan menyebabkan keselesaan itu hilang dengan keadaan ekonomi telah berubah.

Maka, dari sinilah yang membuatkan saya tertarik untuk membaca buku berkaitan perniagaan. Sejak itu, terus buat keputusan untuk menjadi Priority Dealer pada Julai 2020.

Target saya ialah bersara awal daripada kesibukan kerja yang banyak mengorbankan masa. Jadi, saya ingin mendapat balik masa-masa yang begitu berharga untuk bersama keluarga tanpa rasa terbeban dengan masalah kewangan. Malah, seandainya hilang pekerjaan, InsyaAllah dealership dan bisnes PG akan menyediakan platform pendapatan yang sangat kukuh sebagai pengganti.

Saya terfikir bagaimana saya boleh membebaslkan diri daripada waktu kerja yang lama dengan income sekadar cukup makan. Daripada situ, saya terus mengkaji tentang peluang yang ada untuk jana pendapatan dengan Public Gold disamping memberi manfaat kepada ramai orang tentanh kepentingan atau kelebihan menyimpan emas.

Saya letakkan target secara berperingkat bermula dengan Club 100, top producer every month seterusnya 300 FL dan 300K setahun. Semenjak itu, saya mula belajar dan berguru dengan upline saya, Jade Triple Star FMD iaitu Dr Syafiq Roslan bagaimana saya boleh kejar citi-cita tersebut dengan cepat dan berkesan.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Perasaan ups and down sudah tentu ada. Dengan mindset yang kuat dan pilih circle yang betul, membuat saya terus kuatkan semangat untuk teruskan mencapai Master Dealer. Support daripada suami sudah tentu introducer dan upline FMD saya serta toolset yang lengkap disedialam oleh team G100 memudahkan kerja saya.
Saya juga tidak lepaskan peluang untuk join semua seminar dan training dari PG1S dan Mentor sendiri, Tuan Zulkiflie Shafie Pengasas G100. Kata-katanya membuatkan saya terus semangat untuk sebarkan manfaat simpan emas.
Perubahan selepas bersama G100
Saya tak pandai berbisnes, tak pandai menulis dan bercakap. Saya juga tak berminat untuk membaca buku. Setelah duduk di bawah team G100, saya dah mula suka membaca dan membeli buku-buku. Saya menmanfaatkan masa sebaiknya dengan membaca buku dan lebih berdisiplin.
Penghargaan
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada suami, ibu dan ayah saya yang menyokong untuk meneruskan bisnes PG. Penghargaan kepada Mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie, Founder G100, Dr Syafiq Roslan upline FMD dan tidak lupa kepada introducer saya Pn Fatimah Nordin.

Alhamdulillah, target untuk menjadi Master Dealer tercapai pada Julai 2021. Jadi fokus saya adalah untuk terus mendidik masyarakat tentang simpanan emas yang betul dan membina pasif income bersama-sama Public Gold.