PG00414353_JENNET-BLASIUS-UNGGIM_KKB.jpg

JENNET BLASIUS

Latar Belakang
Berasal dari Kuala Penyu, Sabah. Berbangsa Kadazan campur Visaya. Lulusan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor dengan memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan). Sekarang bekerja sebagai Engineer di sebuah Syarikat Oil and Gas yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Pada February tahun 2021, saya diperkenalkan dengan emas Public Gold oleh seorang rakan sekuliah universiti iaitu Sis Alice Laong Luchang. Saya berdaftar di bawah bimbingan beliau. Saya bermula dengan simpanan emas pertama RM300. Setelah itu saya hadir G100 Talk Show pertama kali, ilmu disampaikan oleh Puan Marlia Ramli. Saya sangat tertarik dan terbuka minda tentang bagaimana emas boleh bantu saya ada simpanan duit. Kerana saya kerja sudah bertahun-tahun tapi simpanan duit pun tiada. Saya juga mengenali dua buah Buku Mentor iaitu Misi Bebas Hutang dan Wang Emas. Di sinilah bermulanya saya menyimpan emas disiplin dan konsisten. “Tak paksa tak jadi”, itu pesan diri saya.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Di saat saya sudah menanamkan matlamat ingin “secure” duit saya kepada aset lebih teguh iaitu emas, saya paksa untuk tukarkan sebahagian besar duit saya dalam bank ke GAP. Selepas sahaja tamatnya G100 Talk Show pertama tu, saya terus hubungi introducer saya Sis Alice Laong untuk grab promosi dealership GAP ketika itu bernilai RM6,000. Walaupun saya masih tak faham tentang “Dealership” itu apa, tetapi alang-alang dah niat simpan banyak, baik jadi dealer percuma terus.

Untuk 4 bulan pertama saya belum faham lagi tentang dealership sehinggalah saya hadir pertama kali PLT dan NDO, salah satu Core Program terpenting anjuran G100. Dari training ini lah saya nampak jalan bisnes Public Gold yang saya anggap “My Future Bright”. Saya mahu juga mempunyai “side income” yang pasif selain gaji hakiki saya. Mahu merasa “extra money” yang menambah pendapatan saya setiap bulan.

Saya meletakkan bulan Ogos 2022 adalah detik saya mula membuat keputusan ingin menjadi salah seorang dealer aktif Public Gold. Saya mula follow mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie, follow upline FMD saya Cikgu Steven Blanda dan semua dealer Public Gold yang telah berjaya. Paling penting, saya nak follow system PG1S rapat-rapat kerana saya percaya semuanya akan lebih mudah bila kita ada sistem.

Di samping saya menyebarkan manfaat simpanan emas kepada masyarakat, saya juga tetapkan matlamat “Ingin menjadi seperti mereka yang berjaya” dan “ingin membahagiakan orang-orang yang saya sayangi”

Incentive pertama yang saya dapat sebagai dealer membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus jalankan bisnes Public Gold ini. Walaupun kecil, tapi seperti yang saya katakan “I can see my bright future” jika saya buat buat lebih konsisten lagi.

Banyak-banyak bisnes saya jumpa, bisnes Public Gold lah yang paling terbaik!
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Oleh kerana kerjaya saya lebih kepada offshore based, ianya menjdikan masa saya sangat terhad untuk buat bisnes Public Gold.

Offshore merupakan cabaran terbesar saya. Hal ini kerana sekiranya saya di offshore, ianya mengambil masa 42 hari atau lebih. Saya sangat limited kepada internet access. Yang saya suka dengan bisnes Public Gold ni adalah kita tak perlu banyak berjumpa orang. Semua urusan kita boleh lakukan secara online sahaja.

Cumanya, dekat offshore saya sangat terhad untuk hadir training G100,terhad buat posting ke media sosial dan sukar untuk menjawap pertanyaan customer. Sekurang-kurangya, sekiranya saya dapat access internet melalui whatsapp, itu sudah cukup membuatkan saya bersyukur.

Cabaran lain adalah dari diri saya sendiri. Terkadang saya ada sikap “malas”, rasa nak “give up”, tidak berani, takut kepada rejection, malu dan sebagainya. Akan tetapi, saya banyak belajar untuk “overcome” cabaran ini melalui coaching dari upline saya sendiri Cikgu Steven Blanda, training, ilmu emas dan tunjuk ajar ramai insan-insan hebat dalam G100.
Perubahan selepas bersama G100
Saya yang dulu bukanlah yang sekarang. Saya sangat happy perubahan yang saya dapat sejak bersama bisnes Public Gold. Dari seorang yang sangat Zero tentang ilmu emas dan bisnes, menjadi seorang yang mampu membimbing lebih 700 orang penyimpan emas dan lebih 1,000 orang penyimpan emas bersama team saya sendiri.

“Circle Positif” dalam G100 ini sangat memberikan impak yang besar. Kami menjalankan bisnes dengan sangat harmoni dan ikhlas membantu membangunkan antara satu sama lain. Ilmu yang disampaikan dalam G100 tersangatlah mahal tetapi saya dapat secara murah dan juga lebih banyak PERCUMA. Semua ini tidak dapat di luar.

G100 memiliki lebih 300,000 penyimpan emas. Dealer active G100 pula terdiri daripada mereka yang datang dari pelbagai background. Tak kira apa pun background, kami semua mempunyai matlamat yang sama. Menyebarkan manfaat dan ingin mencapai Financial Freedom melalui bisnes Public Gold.

Kalau dulu saya melakukan banyak aktiviti yang membuang masa dan tidak memberikan hasil kepada saya, tapi sekarang saya banyak habiskan masa kepada membuat bisnes Public Gold. Saya masih mempunyai kerja hakiki, tetapi jujurnya mindset saya kepada bisnes Public Gold adalah 100% dan saya sangat happy. Sehingga lah jika saya tak hadir mana-mana training atau event yang dianjurkan G100, saya rasa bersalah dan rugi.

Dari segi kewangan pula, saya sangat bersyukur. Income PG sangat membantu saya. Jika kita buat perkara betul dengan sabar, nescaya hasilnya tidak akan mengkhianati kita. Cashflow saya bertukar dari negarif kepada positif. Saya aplikasikan ilmu yang saya terima dari G100 dalam membaiki sistem pengurusan kewangan saya sendiri.

Setakat saya konsisten menjadi penyimpan emas dan dealer aktif Public Gold, saya berjaya memiliki simpanan lebih 12 bulan gaji, tutup hutang PTPTN, selesaikan baki loan kereta dan selesaikan deposit bayaran muka kereta baru buat ayah saya. Syukur tidak terhingga. Walaupun saya buat loan hutang belian kereta baru, tetali cashflow saya masih positif. Hal ini kerana, income dari Public Gold membantu serba sedikit menambahkan pendapatan saya setiap bulan.

Saya follow kata mentor, bukan emas yang buat kita kaya, tetapi ILMU.
Penghargaan
Saya bukanlah sesiapa. Tapi saya sendiri yang tentukan saya nak jadi macam mana. Terima kasih sangat kepada introducer saya Sis Alice Laong kerana memperkenalkan saya dengan simpanan emas dan bisnes Public Gold.

Terima kasih juga kepada upline FMD saya iaitu Cikgu Steven Blanda yang tidak pernah berhenti mendidik dan membimbing kami semua di bawah empire #TeamSB sehinggalah kami menjadi diri kami sekarang.

Terima kasih kepada One and Only mentor hebat kami Tuan Mohd Zulkifli Shafie, pengasas rangkaian G100 Network atas segala ilmu, nasihat, tunjuk ajar, training dan program mahal yang diberikan. Saya bersyukur lahir dalam “dulang emas” mentor. Ramai lagi dekat luar itu cemburu dengan apa kami dapat melalui G100. Ianya tak semudah ABC. Kami follow rapat-rapat.

Sekalung terima kasih kepada Founder Public Gold iaitu Dato Wira Louis Ng kerana memperkenalkan Satu Platform yang di impikan semua orang yang sangat telus ke arah mencapai financial freedom.

Semoga kita semua berjaya dalam bisnes Public Gold. See you all at the top!