Saya ingat lagi sebelum saya berhenti kerja di sebuah syarikat di Malaysia untuk menyambung pengajian Master di Universiti Malaya, saya berjumpa dengan Manager syarikat tersebut meluahkan kerisauan saya, memandangkan ketika itu saya adalah salah seorang team leader department tersebut. Saya berkata kepada beliau, saya risau bila saya sambung Master nanti, saya tiada pendapatan. Kerana ketika itu terdapat satu department baru yang mana pekerja boleh melakukan kerja hanya dirumah sahaja. Tetapi bila memikirkan saya tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya, saya berputus asa dengan department baru dan tetap dengan niat saya untuk berhenti kerja dan menyambung pengajian.
Saya memulakan pengajian pada penghujung 2019, berbekalkan duit yang saya sempat kumpul semasa bekerja. Namun saya perasan, sifat boros saya semakin hari semakin menjadi-jadi. Habis sahaja kelas, saya akan order GrabCar dari UM ke rumah (pergi sahaja dalam RM 30) ataupun train yang berdekatan (RM10). Duit tabungan gaji semakin lama semakin susut. Sehinggalah saya terjumpa posting mengenai promosi dealer di Facebook introducer saya, iaitu Dr. Syafiq Roslan yang merupakan salah seorang pin leadership Public Gold.
Pada awalnya, saya sekadar ingin mencuba. Saya tekad keluarkan duit simpanan saya dari ASB dan terus grab promosi dealer berjumlah RM 5,000 sebagai normal dealer. Saya ingat lagi, ketika itu promosi malam Rabu. Keesokkan harinya, saya terus berkongsi di WhatsApp tentang kelebihan emas walaupun ketika itu ilmu emas saya tak banyak. Tapi saya dapat rasakan keseronokan dalam berkongsi ilmu-ilmu yang dapat membantu orang lain kukuhkan kewangan mereka dengan emas.
Semakin hari semakin ramai yang bertanyakan tentang emas dan saya berjaya bantu lebih 20 jiwa hanya dalam 2 minggu. Jadi saya teruskan konsisten berkongsi di WhatsApp status. Sehari tak update, saya rasa hidup saya kosong. Waktu ni, saya tak nampak lagi hasilnya, insentif pertama yang saya terima adalah berjumlah RM100. Bagi seorang student yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, itu pun saya dah merasakan jumlah yang banyak.
Tapi bukan duit yang saya nampak ketika tu, keseronokan berkongsi ilmu tu melebihi duit yang saya dapat. Saya seronok! Seronok berkongsi ilmu. Dan sekarang, dengan keseronokan yang saya dapat, pendapatan passive yang saya terima 5 angka sebulan. Double happiness. Alhamdulillah.