Adik saya, seorang wartawan Harian Metro telah diberhentikan kerja. Jadi untuk membantu beliau, saya minta beliau buat bisnes emas PG. Kebetulan ada satu seminar tentang bisnes Public Gold, saya ajak adik saya ikut serta.
Apabila pulang dari seminar Public Gold, saya rasa gelisah. Saya tahu tentang emas, tapi saya tidak bersungguh ajak orang simpan emas. Sudahlan plan bisnes Public Gold kelihatan sangat bagus. Akhirnya saya buat keputusan untuk serius buat bisnes Public Gold. Langkah pertama saya buat adalah upgrade menjadi Priority Dealer.
Seterusnya saya bergerak sendiri. Waktu permulaan itu saya tidak kenal pun siapa Master Dealer saya. Bagi saya tak penting, saya boleh bergerak sendiri sehinggalah 68 hari saya serius buat bisnes Public Gold, saya dapat capai Club 100.
Pada suatu hari, Tuan Zulkifli whatsapp saya perkenalkan diri sebagai Master Dealer saya. Kira-kira jam 3 pagi kami sambung whatsapp. Keterujaan saya memang kemuncak. Saya pernah teringin untuk berhubung dengan beliau, tapi saya menyimpan hasrat sehingga saya dah capai kejayaan menjadi Master Dealer baru saya nak hubungi beliau.Tapi rezeki saya beliau hubungi saya terlebih dahulu.
Kemudian beliau hubungi saya lagi untuk berjumpa dengan saya. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, saya terus bersetuju. Pada 25 Disember, kami berjumpa dan waktu itu banyak ilmu baru yang saya perolehi dari beliau menguatkan lagi semangat saya untuk berjaya menjadi Master Dealer. Akhirnya, selepas 70 hari dari Tarikh saya dapat Club 100, saya Berjaya mencapai 300 orang frontline untuk melayakkan saya menjadi Master Dealer.
Pada Financial Year Public Gold 2021/22, saya telah terpilih sebagai salah seorang top dealer untuk Public Gold Leadership Seminar iaitu percutian VVIP percuma ke Itali bersama qualifier lain. Ini merupakan trip saya yang pertama bersama Public Gold. Memang terasa seperti VVIP apabila mengikuti trip ini. Paling menggembirakan adalah dapat bersama mentor dan Master Dealer hebat dalam dalam G100.