AlwievieFloriesAlip_1664628133-removebg-preview.png

Alwievie Flories Alip

Latar Belakang
Nama diberi Alwievie Flories Alip, lahir dan dibesarkan di Kota Belud, Sabah. Sekarang bekerja dan menetap di bandaraya Kuala Lumpur. Masih bujang, dan bekerja sebagai seorang Jurutera di salah satu kompeni swasta di Sabah.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Mula menyimpan emas pada tahun 2017 selepas mendengar tentang Public Gold melalui Introducer saya iaitu Cikgu Steven Blanda. Disebabkan masih bergelar pelajar pada ketika itu, saya hanya menyimpan 1 gram sahaja di akaun emas GAP pada ketika itu. Kemudian setelah mula bekerja pada tahun 2018 diri ini mulai belajar konsisten menyimpan emas, sekurang-kurangnya 1gram atau RM100 sebulan.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Pada Disember 2020, saya mulai mencari satu Bisnes yang mana boleh bantu tambah pendapatan saya sekurang-kurangnya RM100 sebulan. Meskipun saya sedang bekerja pada ketika itu , namun, masih rasa perlu untuk ada bisnes sampingan. Ini kerana saya sedar banyaknya komitmen saya pada ketika itu, bayar itu ini dan bantu adik beradik.

Saya berhubung semula dengan Introducer saya iaitu Tuan Steven Blanda dan menyatakan minat untuk memulakan bisnes dengan Public Gold. Saya bermula dengan menjadi Normal Dealer pada 06 Disember 2020. Secara rasmi saya serius membuat promosi dan recruitment pada 07 Disember 2020. Saya tak henti-henti aplikasikan semua ilmu yang dipelajari melalui G100 Educational System , terutama 5 Basics sehingaa ke hari ini.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Walaupun saya tiada pengalaman dan tidak pernah terlibat dengan bisnes secara formal, saya mampu ikut dan berkembang dengan Public Gold melalui G100 Network. Saya sangat bersyukur adanya Educational System yang disediakan oleh G100 Network yang mudah faham dan cepat disesuaikan tidak kira latar belakang. Setiap kali training diadakan, saya akan berasa teruja dengan model latihan dan program perkongsian ilmu emas. Siapa rajin ikut, akan dapat hasilnya. Cepat atau lambat sahaja.
Perubahan selepas bersama G100
Bersyukur, dengan hasil tunjuk ajar dan menghadiri semua event G100 Network dan mentorship terus daripada mentor, Tuan Mohd Zulkifli Shafie serta Tuan Steven Blanda, saya berjaya menjadi Master Dealer (MD) dalam masa 17 bulan. Saya juga berjaya tambah sekurang-kurangnya RM100 duit poket dengan insentif Public Gold sahaja bagi bantu keperluan buat rumah keluarga dan bantu diri sendiri. Target saya bersama Public Gold adalah untuk bebas kewangan sepenuhnya dalam masa 5 tahun dari sekarang. Saya yakin mampu mencapainya dengan G100 Network.
Penghargaan
“TERIMA KASIH PUBLIC GOLD, TERIMA KASIH G100 NETWORK, TERIMA KASIH TUAN MOHD ZULKIFLI SHAFIE, TERIMA KASIH TUAN STEVEN BLANDA, TERIMA KASIH TEAMSB_G100!”