Pada disember 2018 saya baca buku Wang Emas dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjadi dealer. Saya biasa membuat bisnes sambilan tetapi kebanyakkan bisnes apabila ia mula membuahkan hasil, saya terpaksa berkorban masa yang banyak masa jika betul-betul serius. Dengan kata lain ia bersifat ‘active income’. Namun bisnes Public Gold ini sebaliknya. Kita tidak perlu berhenti kerja walaupun pendapatan bulanan mencecah lima angka. Saya masih lagi bekerja pada masa yang sama saya boleh menjalankan bisnes tanpa perlu pegang stok! Sungguh menyeronokkan kerana ia bersifat ‘passive income’.
Sebaik grab promosi menjadi dealer PG, saya segera menghubungi semula dengan Mentor dan menyatakan minat untuk memulakan bisnes dengan Public Gold. Mentor saya menasihatkan saya untuk menyertai kursus Jutawan Leadership Training (JLT) di Seberang Jaya jika betul-betul seruis hendak maju dalam bisnes. Ringkas cerita dalam kusus tersebut saya berpeluang bertemu dengan beliau, pengasas G100 Network buat pertama kalinya. Beliau juga menerangkan terdapat banyak sistem sokongan diberikan terutamanya saya diajar bagaimana memulakan bisnes dengan betul tanpa melakukan kesalahan. Disamping berkembang dalam Public Gold melalui G100 Network. Akhirnya Saya membuat keputusan besar untuk fokus sebaik menamatkan kursus.